Posted on Leave a comment

MASJID DITUTUP: UTAMAKAN DUNIA DARI AKHIRAT? TUBUH DARI IBADAH?

MASJID DITUTUP: UTAMAKAN DUNIA DARI AKHIRAT? TUBUH DARI IBADAH?

Ada yang bertanya, apakah sebenarnya dalil yang membolehkan kita menutup masjid dari ibadat serta mengutamakan kesihatan tubuh berbanding keperluan mendirikan ibadah. Bukankah menghalang orang Islam dari mendatangi masjid dan memakmurkan rumah Allah itu tanda kejahatan serta dilarang secara nas di dalam al-Quran:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا
Ertinya : Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? (Al-Baqarah : 114 )

JAWAPAN RINGKAS
Islam menetapkan tanpa kesihatan tubuh & keselaatan nyawa, maka ibadah tidak dapat dijalankan. Justeru, walaupun Islam atau agama merupakan maqasid tertinggi dalam Maqasid al-Shariah yang lima, namun itu tidak beerti Islam akan membiarkan umatnya mengorbankan diri & nyawa hanya kerana beribadat, sedangkan Islam adalah agama fitrah dan meraikan keadaan setiap hambanya. Justeru, wujud peruntukan rukhsah dalam banyak keadaan.

Malah, sebenarnya menutup masjid dan menghalangkan umat Islam dari berkumpul mendirikan solat berjemaah dan Jumaat pada tempoh tertentu ketika ini bagi tujuan mengelakkan dari menularnya jangkitan BUKANLAH MENGUTAMAKAN TUBUH BERBANDING IBADAH sebagaimana didakwa, namun ia adalah UNTUK MENJAGA KEDUA-DUANYA SEKALIGUS, NYAWA DAN AGAMA.
Ibadah solat berjemaah atau bersendirian masih dapat dijalankan di rumah masing-masing dan nyawa juga turut dijaga, lebih dari itu, tindakan PENCEGAHAN ini juga secara nas adalah menuruti arahan syara’ dan menghidupkan sunnah Nabi salla allaihi wasallam. Tindakan tersebut sebenarnya bakal diganjari dan sangat bermanfaat dari sudut kerohanian seseorang.

Ayat di atas juga difahami secara salah, kerana ia ditujukan kepada penzalim yang menghalang kerana kebencian terhadap Islam dengan niat untuk merobohkan Islam dan segala syiarnya termasuk masjid itu sendiri. Konteks tersebut tidak sama sekali tepat dalam situasi penutupan masjid sewaktu covid 19 ini.

Dari sudut dalil terdapat beberapa dalil yang jelas antaranya:
1. Terdapat sahabat Nabi yang dibenarkan untuk mengungkap kalimah kufur sewaktu darurat bagi menjaga nyawanya. Ini diiktiraf oleh Allah swt di dalam Surah an-Nahl ayat 106
مَن كَفَرَ بِاللَّهِ مِن بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ
Ertinya : Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman .. ( An-Nahl : 106)

2. DIbolehkan berbuka puasa bagi mereka yang uzur atau musafir dan menggantikan dengan waktu lain Ketika sihat.
Firman Allah SWT :
فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Ertinya : Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain..

3. Fardhu haji hanya akan menjadi wajib ke atas seseorang apabila cukup syarat istito’ah, antaranya adalah diyakini selamat kenderaan dan perjalanan. Tanpa keyakinan terhadap selamatnya jalan, maka haji juga tidak menjadi wajib ke atas individu tersebut. (Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah)

4. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam yang bersamanya 1400 sahabat bersetuju untuk menangguhkan umrah qada’ walaupun sudah sampai di Dzul Hulaifah di sempadan tanah Mekah apabila dihalang orang kafir Quraisy Mekah, dan hanya dapat memasukinya pada tahun ketujuh iaitu tahun berikutnya melalui perjanjian Hudaibiah.

5. Menjaga nyawa dan menjauhi diri dari terdedah dari tempat jangkitan atau boleh berjangkit adalah tuntutan syara’ yang mana menurutinya dalah sunnah dan pahala, malah besar ganjarannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut:
عَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا-، أَنَّهَا قَالَتْ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الطَّاعُونِ، فَأَخْبَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، فَجَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فَلَيْسَ مِنْ رَجُلٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ، فَيَمْكُثُ فِي بَيْتِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ “.
Ertinya : “Dari Aisyah r.a, dia berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang Ta’un, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan kepadaku: “Waba’ (Ta’un) itu adalah azab yang Allah kirim kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah jadikan sebagai rahmat bagi orang-orang beriman. Tiadalah seseorang yang ketika terjadinya waba (Ta’un) lalu dia tinggal (berdiam) di rumahnya, bersabar dan berharap pahala (di sisi Allah), juga dia yakin bahawa tidak akan menimpanya kecuali apa yang ditetapkan Allah untuknya, maka dia akan mendapatkan seperti pahala syahid”. [ hadis sahih, Riwayat al-Bukhari]

Rasulullah s.a.w turut bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا
Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu kawasan, janganlah masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di kawasan tersebut janganlah kamu keluar dari situ.”(Riwayat al-Bukhari)
Wallahu’alam, Sekian terima kasih
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
1 April 2020

Posted on Leave a comment

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Pada 1974, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Nabi Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Sumber: http://jarigoyang.blogspot.com/

Posted on Leave a comment

Misteri Binaan Piramid Terjawab

Misteri Binaan Piramid Terjawab

Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).

Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa … Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com
http://mselim3.blogspot.com/2012/04/misteri-binaan-piramid-terjawab.html

Posted on Leave a comment

How the Pyramids were built? According to Quran

How the Pyramids were built? According to Quran
quranvisu
July 25, 2017

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاأَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَاهَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ – القصص: 38
Fir’aun (Pharaoh) said: “O chiefs! I know not that you have an ilah (a god) other than me, so kindle for me (a fire), O Haman, to bake (bricks out of) clay, and set up for me a Sarhan (a lofty tower, or palace, etc.) in order that I may look at (or look for) the Ilah (God) of Musa (Moses); and verily, I think that he [Musa (Moses)] is one of the liars.”(Quran 28:38)

The picture shows Professor Michel Barsoum standing next to the Great Pyramid. He stresses that these stones were poured into molds of clay! This is what he proved in his research that these stones are not natural. Prof. Michel Barsoum confirmed after Electronic microscope analysis that they are a result of a quick interaction between clay, limestone and water at high temperatures.
Mario Collepardi, an Italian Professor studied the architecture of the pyramids, emphasized that the Pharaohs brought the limestone dust (available a lot in their area), mixed it with normal soil. Then they added water from the river Nile and lit fire to a temperature up to 900 degrees Celsius. This heat gave the stone strength and a shape similar to natural rocks.

The picture shows two adjacent stones of the pyramid’s stones. We can notice the small oval cavity between them which is referred to by the arrow. It is a proof that the stones had been poured from mud in the rock template because this cavity was formed during casting stones, not as a result of erosion. It is originally out of these stones.

The picture shows one of the three pyramids at Giza with the top still covered by a layer of mud. This layer is from the same stone used in building; which indicates that clay was fully used in building the pyramids. This “ Pharaonic technology” was perhaps a secret of the strength of the pharaonic civilization and kept on as a secret not mentioned even in manuscripts and inscriptions. Therefore, the Qur’an tells us about one of the hidden secrets that cannot be known only to Allah, and this is strong evidence that the Quran is the book of Allah!
This is an evidence of full consistency between the Qur’an and science and truthfulness of Allah Almighty when He said about his book:
“Do they not then consider the Qur’an carefully? Had it been from other than Allâh, they would surely have found therein many a contradiction.”(Quran 4:82)
References:
https://www.geopolymer.org/news/cutting-edge-analysis-proves-davidovits%E2%80%99-pyramid-theory/

Davidovits pyramid theory worldwide


Herodotus, The Histories, Oxford University Press, 1998
Davidovits, J. and Morris, M, The Pyramids, Dorset Press, 1988
Barsoum, M. W., Ganguly, A. and Hug, G. Microstructural Evidence of Reconstituted Limestone Blocks in the Great Pyramids of Egypt, Journal of the American Ceramic Society 89 (12), 2006.

Posted on Leave a comment

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam
Nama Ibu : Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-Khatab
Gelaran : Asyajj Bani Marwan
T/Lahir : 61H di Madinah.
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”

“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”

“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”

“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.

“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”

“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.

4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”

5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”

6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”

7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah Umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat………..kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini….hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas…..!!!

Sumber:http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm

Posted on Leave a comment

TOKKU PALOH – ULAMAK, PEJUANG DAN PENTADBIR

TOKKU PALOH – ULAMAK, PEJUANG DAN PENTADBIR

Biodata Tokku Paloh

Nama sebenar: Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
Asal: Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir: 1817
Tahun wafat: 1917 (usia 100 tahun)
Sumbangan: Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang.
ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.
Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.
Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu.

Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu.
Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik.
Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.
Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.
Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.

Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.
Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.

Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.
Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini.
Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.
Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari.

Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya. Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana.
Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh.
Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.

Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Sumber: http://reasonofallreason.blogspot.com

Posted on Leave a comment

KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS

KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS

Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.

Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan.
Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata jangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Kota Jerusalem.
Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke Jerusalem, Umar telah bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan radhiAllahu anhu mencegah Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar; Iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani.

Di sinilah hikayat kisah agung pembukaan Kota al Quds yang dilakukan Khalifah Umar al Khattab. Khalifah Islam ke-2 yang pernah mendapat gelaran al Faruq ini, dipuji Baginda salallahualaihi wasalam sebagaimana sabdanya yang bermaksud,”Sesungguhnya Allah Taala menempatkan kebenaran pada ucapan Umar dan hatinya”.
Khalifah Umar al Khattab tidak pergi ke Baitul Maqdis dengan ketumbukan tentera, bukan juga dengan pakaian yang mewah-mewah dan kehebatan kerajaannya. Tetapi beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani oleh seorang P.A (personal assistant) / khadamnya sahaja. Perjalanan Umar dan khadamnya dari Madinah ke Kota al Quds, hanya cukup berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya pula akan berjalan sambil memandu pedati unta tersebut. Manakala jika khadamnya yang naik unta, Umar pula yang akan berjalan memandu pedati untanya. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga sampai ke Kota al Quds.
Sebelum sampai ke Kota al Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya. Abu Ubaidah bin Jarrah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang dijanjikan syurga. Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khalid bin al Walid.

Apabila tentera-tentera Islam menyedari kedatangan Umar al Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh penghormatan. Ketika itu Umar yang memimpin pedati unta yang dinaiki oleh khadamnya. Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera, tetapi hal itu ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.
Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar sudah berceloreng dengan debu-debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke pintu Kota al Quds.
“Wahai Amiral Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah”

Tiba-tiba Umar al Khattab merenung Abu Ubaidah, salah seorang panglima Islam yang menewaskan tentera-tentera Rom Byzantine itu dengan wajah yang sangat murka atas apa yang diucapnya. Lalu terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah,”Demi Allah. Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran buat umat ini! Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah”.
Saidina Umar menolak cadangan Abu Ubaidah dan tidak memanjangkan dialog bersamanya. Umar bersama khadamnya terus berlalu pergi meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya.

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin. Apabila Kota al Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus kekal menaiki unta, sementara dia yang akan memegang pedati unta yang dinaiki Umar. Tetapi Umar tegas melarang dan mengarahkan pembantunya agar terus mengikut tempoh gantian yang ditetapkan. Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke gerbang Kota al Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta tersebut.
Kerumunan tentera-tentera Rom dan rakyat al Quds beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah peradaban dunia. Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan di raja seperti emas, mahkota, permaisuri, gundik-gundik dan sebagainya. Tetapi Umar sebagai khalifah, pemimpin terunggul yang berjaya menundukkan keangkuhan Rom, datang dengan baju kasar yang kurang kualitinya, lusuh dan berdebu, manakala kedua-dua kakinya berlumpur.

Umar berhenti apabila menjejaki gerbang Dimashq, salah satu pintu masuk ke Jerusalem. Kemudian terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ, dengan penuh kehambaan kepada Allah Taala wajahnya bersemarak sinar keizzahan Islam.
Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Umar radhiAllahu anhu. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi dan namanya. Mereka terpedaya dengan sangkaan-sangkaan buruk mengenai Umar, sebaliknya Khalifah Umar hanya ditemani oleh seorang khadam setibanya di Jerusalem. Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya. Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Seluruh rakyat Iliya’ dan pembesar-pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras.
“Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah”.
Patriarch Sophronius bersama uskup-uskup lain memakai pakaian yang mewah-mewah bergemerlapan, sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa. Sophronius malu melihat penampilah Khalifah sungguh sederhana, dalam hatinya berkata,”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas”.
Saat Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar, dia termanggu apabila teringat tanda-tanda pemilik sebenar Kota al Quds sebagaimana yang disebut di dalam Injil. Sophronius mara bertemu Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota al Quds. Kemudian Sophronius berkata kepada Umar.

“Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan kunci kota al Quds, seterusnya menguasai Baitul Maqdis memiliki tiga tanda. Petanda-petanda tersebut jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.
“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah (lumpur). Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan.

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar al Khattab, kemudian dia meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya. Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar, dengan perasaan penuh debaran dan ta’ajub Sophronius berkata,”Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan. Tidak diberikan kunci-kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya (seperti yang disebut di dalam Injil), (1) Khadamnya yang menunggang kenderaan. (2) Calitan debu-debu tanah. dan (3) Tampalan pada baju”.

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman, tidak akan musnah ditelan peredaran. Kemudian dia menambah lagi,”Aku tidak sedih (memberikan kunci kepada Umar) kerana kalian masuk ke kota ini sebagai orang yang memiliki kriteria tersebut (dalam Injil kami sebagai pembuka Kota Jerusalem), (aku tidak gelisah) kamu menakluki perbendaharaan dunia ini sedang kami dalam kawalan kalian. Kamu tentu menguasai kota ini selamanya dengan aqidah Islam, pentadbiran Islam dan juga akhlak Islam”.
Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan keamanan penganut Kristian yang akan tetap tinggal di Jerusalem (penduduk Iliya’).

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya’. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka samaada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka samaada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya'”.

“Menjadi kewajipan ke atas penduduk Iliya’ untuk membayar jizyah sebagaimana ahli agama lai membayarnya. Menjadi kemestian ke atas mereka untuk mengeluarkan oran Rom dan perompak, maka sesiapa dari kalngan mereka yang keluar maka dia dan hartanya selamat sehinggalah dia sampai ke tempat perlindungannya. Dan sesiapa dari kalangan mereka mahu kekal maka dia selamat tetapi mestilah dia membayar jizyah sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk Iliya'”.
“Sesiapa dari kalangan penduduk Iliya’ yang mahu pergi dengan hartanya bersama-sama orang Rom maka mereka selamat sehinggalah mereka sampai ke tempat perlindungan. Sesiapa dari kalangan penduduk bumi ini yang mahu kekal maka hendaklah dia membayar jizyah sebagaimana penduduk Iliya’ dan sesiapa yang mahu berada di bawah Rom dan sesiapa yang mahu kembali kepada keluarganya tidak diambil daripada mereka sesuatu pun sehinggalah mereka menuai tanaman mereka. Sesungguhnya apa yang ada di atas tulisan ini adalah janji yang bertunjang kepada Allah, Rasul dan para Khulafa’ dan orang-orang Mukmin jika mereka membayar jizyah yang diwajibkan ke atas mereka”.

Inilah sebahagian dari jaminan hak dan keselamatan umat Islam kepada rakyat Iliya’. Rakyat Iliya’ diwajibkan membayar jizyah, manakala yang telah memeluk Islam wajib membayar zakat. Kota al Quds kemudiannya menjadi tanggungjawab umat Islam dan rakyat Iliya’ untuk memeliharanya daripada ancaman dan pencerobohan musuh. Perjanjian antara penganut Kristian dan masyarakat Islam ini dinamakan sebagai ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant).
Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar berangkat menuju ke Baitul Maqdis, salah satu tempat yang menjadi wasiat Baginda salallahualaihi wasalam kepada umat Islam agar menziarahinya. Sehinggalah tiba waktu solat, Sophronius mempelawa Saidina Umar melaksanakannya di Holy Sepulchure / Gereja al Qiamah (tempat maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian). Tetapi ajakan itu ditolak kerana Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujjah generasi Islam selepasnya untuk mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudian meninjau sekitar kawasan Gereja al Qiamah dan berjalan sepanjang 500 meter menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya. Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam pada 21 Ogos 1969.
Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis. Lalu salah seorang bertanya kepada Umar,”Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”

“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringat Baginda salallahualaihi wasalam pernah bersabda…”
MAKSUDNYA : “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kalian semua sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)”.
Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata. – TARBAWI

Posted on Leave a comment

UMAR AL MUKHTAR-DIA DI GELAR SINGA PADANG PASIR

UMAR AL MUKHTAR-DIA DI GELAR SINGA PADANG PASIR

Asy Syaheed Umar Al Mukhtar adalah simbol pembebasan Libya dan lambang kepahlawanan mujahiddin Libya.Umar Al Mukhtar di lahir kan pada tahun 1862 merupakan anak kepada Mukhtar Bin Ommar dan Aiesha binti Muhareb dari suku Boray dan Al Manfah.Ayah beliau meninggal dunia sewaktu ayah nya sedang mengerjakan Haji.Umar Al Mukhtar mendapat pendidikan di Jaghboub dalam bidang Sains Islam selama 8 tahun.

Pada tahun 1897 Umar Al Mukhtar di lantik oleh Sidi Al Mahdi sebagai Syeikh Zaywat Ali Aqour.Pada bulan oktober 1911 Itali telah datang menjajah Libya.Pada ketika itu hidup rakyat Libya sangat sengsara akibat penindasan oleh penjajah.Di kenakan cukai tinggi dan di zalimi.

Namun rakyat Libya bersungguh-sungguh berjuang mempertahan kan Libya,tanah tumpah darah mereka.Mereka melakukan pelbagai cara untuk bangkit menentang walaupun dalam serba kekurangan dengan kelengkapan senjata yang kurang sempurna.

Pada awal penjajahan,Italy memberi tumpuan penuh kepada tanah jajahan di bandar-bandar persisiran pantai seperti Tripoli,Benghazai,Misrata dan Derna.Pertempuran hebat dan pertumpahan darah besar-besaran telah berlaku pada 23 0ktober di Alhani berhampiran Tripoli.Berikutan dengan itu,rakyat Libya sudah tidak tahan lagi dan semangat ingin bebas dari cengkaman penjajah membuak-buak.

Umar Al Mukhtar telah di arah kan oleh Sidi Idris Al Mahdi mengetuai beberapa pertempuran.Umar Al Mukhtar telah membentuk satu pasukan tentera Mujahiddin di anggotai oleh pemuda islam Libya dan mendapat bantuan makanan,senjata,bijirin,kelengkapan dan ternakan(termasuk kuda perang) untuk kegunaan tentera mujahiddin oleh rakyat Libya.Rakyat Libya ketika itu saling membantu untuk kebangkitan tentera mujahiddin yang di ketuai Umar Al Mukhtar.

Antara pejuang-pejuang yang turut bersama Umar ialah Asy-Syaheed Ramadhan As Swahii,Asy-Syaheed Muhd Farhat Azzawawi,Asy-syaheed Al Fadeel Bo Omar,Asy-Syaheed Solaiman Al Borouni dan Asy-Syaheed Silima Al Mailan.

Umar Al Mukhtar berperanan sebagai ketua yang mengatur strategi pasukan tentera nya.Umar menyusun gerakan tentera nya di Gunung Hijau (Al Jabal Al Akhdar,Timur Jauh,Libya) dan telah melancar kan serangan padu dari pergunungan itu.
Pada tahun 1922,Libya sudah tertakluk.Perjanjian telah di tanda tangani oleh Sidi Idris Al Sanusi dan kemudian Sidi Idris Al Sanusi terbang ke Mesir meninggal kan kuasa kepada Umar Al Mukhtar untuk menentang habis-habisan dalam keadaan serba kekurangan dan daif.Menyedari kegagalan Itali mengawal dan menyekat kebangkitan tentera mujahiddin,Itali telah menghantar seorang pegawai tertinggi yang terkenal dengan sikap zalim dan bengis iaitu Badolio dan menghantar Pemerintah Tentera bernama Radolfo Grasianni.
Sementara Libya di bawah jajahan Itali yang ketika itu di ketuai oleh Mussolini,rakyat makin tersiksa dan tertindas.Ramai yang mati di bunuh tanpa sebarang bicara,tidak kira kanak-kanak mahu pun orang-orang tua.pada tahun 1929 di penghujung November,rakyat Libya dari mana-mana kabilah di paksa tinggal di Tahanan Berpusat di Baraqa.Di dalam tahanan,kekurangan makanan,ubat-ubatan dan siksaan yang di alami menyebabkan ramai rakyat Libya terkorban di dalam tahanan.Mereka di bunuh dan ditembak beramai-ramai akibat kekurangan bekalan makanan.Anggaran dari 10,000 hanya 35,000 rekod rakyat Libya yang terselamat dari tahanan itu.

Sementara itu di Gunung Akhdar,pada tahun 1931,tentera mujahiddin mula tersepit akibat kedaifan dan kekurangan makanan,senjata,dan anggota.Umar Al Mukhtar yang pada ketika itu sudah pun berusia 80 tahun sering jatuh sakit.Ini menyebab kan ada dari tentera mujahiddin yang putus asa dan meminta Umar Al Mukhtar menurun kan senjata dan menyerah namun ia mendatang kan marah Umar dan Umar berkata bahawa dia tidak akan menjual tanah air dan agama nya kepada orang kafir.

Itali menyangka boleh membeli perjuangan dan iman Umar Al Mukhtar.Beliau di tawarkan 50,000 Lira Itali sebagai pertukaran menyerah kalah.Namun ia di tolak oleh Umar dengan tegas.
Pada 12 september 1932 pertempuran hebat berlaku dan Umar yang terkenal dengan jolokan SINGA PADANG PASIR telah tertangkap dan sekali lagi beliau cuba di beli dengan di tawarkan pengampunan sebagai pertukaran Umar memberi perintah kepada Tentera mujahiddin nya agar berhenti berjuang.Namun ia di tolak tegas oleh Umar dan beliau minta di bicarakan.

15 september 1931,perbicaraan menyayat hati telah berlaku.perbicaraan yang tidak adil untuk Umar dan perbicaraan itu cuma mengambil masa 75 minit sahaja.Umar di jatuh kan hukuman gantung sampai mati.Betapa tidak adil memandang kan usia Umar sudah lanjut dan perbicaraan itu tidak mengikut undang-undang antarabangsa.Pada 16 september 1931 Umar di gantung di hadapan 20 ribu rakyat Libya dan kematian nya di ratapi oleh rakyat Libya.Sebelum hukuman di jalankan Umar sempat berpuasa dan menunai kan solat sunat,Sewaktu penggantungan di jalan kan Umar kelihatan tenang dan proses penggantungan berjalan dengan mudah.Betapa Allah mengasihi HambaNya yang berkorban nyawa mempertahan kan agama yang suci ini.

Kematian Umar Al Mukhtar membangkit kan amarah Arab dan mencetus kan bantahan dari Negara2 Islam,demontrasi besar-besaran telah berlangsung dan Solat Jenazah serentak telah berlaku di seluruh dunia menjadi kan ia sebagai sejarah yang telah terukir.

INFO-

-Asy Syaheed Umar adalah Wira kebanggaan Rakyat Libya
-Diberi Jolokan SINGA PADANG PASIR oleh rakyat Libya.
-Simbol Pembebasan Libya dan di gelar Bapa Jihad Pembebasan Libya
-Wajah nya di abadikan di matawang kebangsaan Libya (dinar)
-Muzium Umar Al Mukhtar di bina pada tahun 1991.
-Kelab Umar Al Mukhtar di tubuhkan di mesir pada tahun 1940
-Di anugerah kan anugerah YEMENI MEDAL OF INDEPENDENCE OF THE FIRST DEGREE yg di terima oleh anak nya pada tahun 1991.

Posted on Leave a comment

Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsa

Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsa

Jurnal | Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Pencerobohan Palestin oleh Tentera Salib benar-benar mencabar Salahuddin al-Ayubi, apatah lagi setelah khabar mengenai kekejaman Tentera Salib terhadap Muslim telah tersebar. Ia membakar semangat jihad Salahuddin untuk membebaskan bumi Palestin daripada tangan Tentera Salib. Pembebasan bumi Palestin daripada kuasa penjajahan menjadi keutamaan kepadanya memandangkan bumi tersebut sebagai salah satu daripada tempat suci bagi umat Islam.

Bahā’ al-Dīn ibn Shaddād, seorang penulis biografi mencatatkan kata-kata Salahuddin bahawa,

“Ketika Tuhan mengizinkan saya untuk menakluki Mesir, saya menyedari bahawa Dia juga menginginkan saya menakluki kawasan pantai Syria, kerana Dia telah meletakkan ilham ini dalam fikiran saya.”

Realitinya, ungkapan tersebut bukanlah suatu perkara yang baru, kerana kebanyakan Muslim berhasrat sama seperti beliau. Namun dalam keadaan ini Salahuddin kelihatan lebih bertanggungjawab berbanding Muslim lain dalam membebaskan Palestin dan kawasan sekitarnya. Matlamat beliau akhirnya dapat direalisasikan setelah beliau berpeluang menjadi pengganti kepada Nūr al-Dīn Zangī yang telah meninggal dunia di Damsyik pada 569H/1174. Penggantian itu berlaku setelah beliau mendapat banyak persetujuan daripada para panglima, pemimpin agama dan juga para pemikir Islam.

Misi Salahuddin dan tenteranya melawan Perang Salib dalam membebaskan Palestin daripada cengkaman pihak musuh telah menghasilkan satu kemenangan yang besar. Sebelum menakluki Palestin, Salahuddin telah berjaya membebaskan pelbagai wilayah sekitarnya. Perang Hittin jelas mencerminkan budi pekerti Salahuddin yang mulia terhadap para panglima Tentera Salib yang berjaya ditangkapnya. Antaranya ialah Raja Guy dari Lusignan. Suatu ketika, Salahuddin meminta Raja Guy dan Raynald dari Chatillon, kedua- duanya di bawa ke khemah menghadapnya dan meminta Raja Guy duduk di sebelahnya. Melihat tetamunya yang kehausan, Salahuddin menghulurkan minuman kepada Raja Guy. Serentak itu, Salahuddin berkata, “Kami tidak memberikan kepadanya air untuk menyelamatkannya.” Walaupun begitu, mengikut tradisi Arab, sikap ramah kepada tetamu dengan memberikan minuman kepada mereka adalah sebagai tanda nyawanya dalam keadaan selamat.
Salahuddin kemudian bergerak ke arah Raynald lalu membunuhnya dengan pedang bagi memenuhi janjinya disebabkan oleh tindakan Raynald yang bertindak menyerang kumpulan kafilah yang tidak bersenjata sewaktu dalam tempoh gencatan senjata. Lebih buruk lagi, penghinaan Raynald terhadap Nabi Muhammad s.a.w. benar-benar menguji kesabaran Salahuddin, menyebabkan dia berjanji tidak akan memaafkan serta akan membunuh Raynald jika berjaya ditangkap. Guy yang menyaksikan kejadian tersebut berasa gementar kerana merasakan saat pembunuhannya bakal tiba selepas Raynald dibunuh Salahuddin, namun ditenangkan oleh Salahuddin dengan berkata, “Bukan suatu kebiasaan bagi raja-raja membunuh raja-raja yang lain, tetapi dia telah melampaui batas.”
Salahuddin akhirnya mengeluarkan perintah kepada para tenteranya supaya melayan para tetamunya dengan baik, malah Raja Guy dihantar pulang ke Damsyik dengan rasa hormat.

Layanan yang berbeza antara Raja Guy dan Raynald secara tidak langsung telah membentuk pola yang berbeza dalam mengurus berdasarkan kepada keadaan. Hanya yang melampaui batas sahaja akan diambil tindakan, sebaliknya musuh yang tidak melampaui batas akan dimaafkan oleh Salahuddin dan layak menerima layanan yang mulia daripada beliau. Ini boleh dikatakan sama dengan tindakan Umar al-Khattab ketika beliau memberikan jaminan kepada non- Muslim di Islamicjerusalem, melalui perjanjian yang dikenali sebagai al-‘Uhdah al-‘Umariyyah.

Dalam misi menakluki Palestin, Salahuddin tidak menyerang Tentera Salib secara membabi buta bagi menjaga hubungan kedua- dua belah pihak, lebih-lebih lagi bagi memelihara kesucian al-Aqsa. Ini juga demi mengelak daripada mana-mana bahagian bangunan rosak. Beliau mengambil inisiatif mencontohi cara Umar al-Khattab ketika beliau berusaha menakluki kawasan tersebut pada zaman awal Islam. Justeru, Salahuddin bertindak menghantar utusan kepada pihak Tentera Salib agar menyerah kalah, namun permintaan Salahuddin ditolak. Setelah dikepung 40 hari oleh tentera Salahuddin, akhirnya kemenangan berpihak kepada Salahuddin.

‘Imād al-Dīn al-Iṣfahānī melaporkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. Sikap pemaaf Salahuddin terhadap masyarakat Kristian telah menyebabkan beliau tidak menghukum bunuh mereka berbanding yang dilakukan oleh Tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini. Bahkan mereka semua dibebaskan dengan syarat membayar wang tebusan diri. 10 dinar untuk lelaki, 5 dinar untuk perempuan, dan 2 dinar untuk kanak-kanak. 7000 daripada orang-orang miskin juga dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar sekaligus. Namun, sekiranya ada antara mereka tidak mampu membayar wang tebusan diri tersebut, secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.

Pendekatan Salahuddin tersebut secara tidak langsung dapat mengelak pertentangan di Islamicjerusalem tanpa berlakunya pertempuran atau pertumpahan darah yang lebih dahsyat. Ia sekaligus mencerminkan kebaikan Islam itu sendiri di mata pihak musuh. Sesungguhnya diri Salahuddin itu dihiasi dengan akhlak Islam yang indah. Pada pendapat penulis, cara beliau melayan tawanan Kristian itu sendiri cukup menggambarkan perwatakannya sebagai seorang yang pemaaf dan bersikap belas kasihan, sekalipun dengan musuh Islam itu sendiri. Dari sudut teori dan praktikalnya, layanan yang baik terhadap golongan bukan Islam dan bersikap belas kasihan terhadap mereka adalah semata-mata bagi menunjukkan kebaikan dan sikap pemaaf Islam itu, yang mana kebaikan itu mengatasi segala keburukan dan perkara-perkara negatif yang lain. Matlamatnya adalah untuk menyedarkan masyarakat Kristian khasnya serta penganut agama lain umumnya, mengenai Islam sebagai agama yang mengasihi manusia yang lain serta bersifat kemanusiaan.

Maher Y. Abu Munshar dalam bukunya Islamic Jerusalem and Its Christians mengulas bahawa dalam menentukan bentuk layananterhadap masyarakat Kristian, Salahuddin telah membuat pembahagian kepada dua kelompok utama.

Pertama, pihak Tentera Salib yang telah membuat pelbagai kekejaman ke atas masyarakat Arab serta Yahudi. Kedua, penduduk peribumi Kristian di Palestin yang terdiri daripada kaum Arab dan bukan Arab yang mengikut aliran gereja Greek Ortodoks.

Selaku penduduk peribumi Palestin, mereka meminta hak untuk terus mendiami bumi Palestin. Namun, Salahuddin telah mengenakan syarat supaya mereka membayar wang tebusan diri dulu kemudian barulah dibenarkan untuk tinggal di Palestin dengan menerima pemerintahan Islam serta dikehendaki membayar jizyah.

Secara umum, sistem jizyah diwujudkan sebagai pulangan kepada keamanan dan perlindungan yang diberikan kepada golongan bukan Muslim. Sehubungan itu, sistem jizyah bukan satu bebanan kepada bukan Muslim, malah merupakan satu keringanan yang besar berbanding sistem cukai yang dilaksanakan oleh pemerintahan Rom Timur sebelumnya. Walaupun demikian, golongan yang tidak berkemampuan diberi pertimbangan dan mereka boleh dibebaskan tanpa syarat. Justeru, masyarakat bukan Islam, seperti Kristian Ortodoks dan sebagainya, yang mahu tinggal di bawah pemerintahan Islam terus dibiarkan kekal mendiami bumi Palestin. Mereka diberikan ruang pilihan yang bebas untuk mengamalkan ritual keagamaan masing-masing yang selama ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Cerminan akhlak mulia Salahuddin itu dapat dibuktikan lagi dengan layanannya terhadap masyarakat Kristian yang telah menebus diri mereka untuk bebas. Ini berlaku apabila beliau telah membekalkan sejumlah wang serta haiwan tunggangan setelah melihat para tebusan membawa ibu bapa dan tetangga mereka yang sudah berumur. Salahuddin juga memerintahkan tenteranya supaya mengiringi mereka bagi memastikan mereka ini selamat tiba ke destinasi yang diingini. Dalam hal ini, Geoffrey Regan mengatakan bahawa,
Para pekerja Salahuddin yang tidak mampu melihat penderitaan para pelarian itu telah meminta para pekerja yang lain turun dari haiwan tunggangan, lantas menetapkan bahawa rombongan Kristian yang sudah berumur supayamenaiki tunggangan mereka, malah tentera Salahuddin sendiri yang memegang anak-anak Kristian dengan tangan mereka.

Ibn al-Athīr dan al-Iṣfahānī adalah dua daripada ahli sejarah yang merekodkan sikap ramah serta belas kasihan Salahuddin terhadap perempuan yang mulia, dengan membenarkan mereka meninggalkan Palestin tanpa sebarang wang tebusan.

Sebagai contoh, Permaisuri Sybil, seorang permaisuri Byzantine, yang telah menjadi ahli agama dan menubuhkan sebuah tempat peribadatan dan mempunyai ramai pengikut di bawahnya, telah diberikan jaminan keselamatan oleh Salahuddin. Bahkan permintaannya untuk meninggalkan tempat tersebut bersama para pengikutnya telah diterima oleh Salahuddun dengan belas kasihannya tanpa sebarang syarat. Malah, beliau telah membawa Permaisuri Sybil bertemu dengan suaminya yang dipenjarakan di Nablus dan membenarkannya berada di sisi suaminya.

Runciman dalam bukunya A History of the Crusades menyatakan bahawa ramai daripada kaum perempuan Kristian yang menebus diri mereka datang menghadap Salahuddin sebelum mereka keluar meninggalkan kota tersebut dalam keadaan dukacita. Ada di antara mereka berkata,

Wahai Sultan, sebagaimana kamu lihat, kami akan pergi meninggalkan tempat ini sekarang. Kami sebagai para isteri, ibu-ibu, anak-anak perempuan kepada para tahanan. Kami akan meninggalkan tempat ini selama-lamanya dan meninggalkan para tahanan yang menjadi pelindung kepada kami. Jika kamu membunuh mereka, kehidupan kami akan musnah. Jika kamu membebaskan mereka, kamu telah mengurangkan kesakitan dan kesusahan kami kerana kami tidak dapat hidup tanpa adanya penjaga.

Mendengar masalah tersebut, Salahuddin bertindak membebaskan anak remaja kepada ibunya, suami kepada isterinya dan bapa kepada anaknya. Malah mereka diberikan sejumlah wang daripada perbendaharaan sesuai dengan keperluan mereka. Sementara, para tahanan yang masih berbaki pula dijamin oleh beliau bahawa mereka akan dilayan sebaik mungkin dan penuh belas kasihan. Menurut Runciman, layanan Salahuddin kepada masyarakat Kristianbegitu bertentangan dengan perbuatan Tentera Salib semasa penaklukan Perang Salib Pertama.

Selain itu, ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunya Salah al- Din al-Ayyubi (Saladin), turut menyatakan pendapat daripada William B. Stevenson bahawa ramai daripada masyarakat Kristian yang meninggalkan Palestin tanpa membayar terlebih dahulu wang tebusan. Pendapat ini turut disokong oleh Stanley Lane Poole yang turut menyatakan hal yang sama, bahkan menyatakan bahawa Salahuddin membenarkan para pendeta dan masyarakat Kristian yang berharta membawa bersama-sama harta peribadi ketika meninggalkan Palestin. Al-Iṣfahānī menyatakan bahawa Heraclius dan para paderinya dikatakan meninggalkan kota tersebut dengan perhiasan emas dan perak yang penuh sarat, selain daripada satu gerabak perhiasan dan barang-barang berharga daripada Gereja Suci Sepulchre. Sebaliknya, orang Muslim akan membeli barangan yang mereka tidak ingini. Jelas di sini bahawa Salahuddin tidak membenarkan Muslim yang lain melanggar hak asasi manusia dengan cara tidak membenarkan mereka merampas barangan hak milik peribadi bukan Muslim, namun dikehendaki membelinya sekiranya berkeinginan.

Di samping itu, permintaan saudaranya, al-Mālik al-‘Ādil supaya membebaskan 1,000 orang masyarakat Kristian yang terdiri daripada orang-orang yang kurang upaya serta miskin turut dipenuhi oleh Salahuddin. Bahkan, beliau bukan sekadar membebaskan sejumlah 1,000 orang, tetapi sebanyak 10,000 orang kesemuanya, termasuk tahanan yang sudah berusia. Tindakan ini jelas menggambarkan sikap dan layanan baiknya terhadap masyarakat Kristian.
Apabila diamati dari sudut keagamaan, kelihatannya Salahuddin mengamalkan toleransi yang tinggi terhadap masyarakat Kristian. Beliau sesekali tidak menghalang penganut Kristian daripada melaksanakan ritual keagamaan mereka, bahkan tidak mengubah aspek demografi mereka. Atas fakta ini, Karen Amstrongberpendapat bahawa,

“Islam tidak berusaha untuk membina masjid di mana-mana bahagian Kristian di Baitulmuqaddis.”

Dapat dilihat di sini bahawa pemerintah Islam sesekali tidak masuk campur dalam hal keagamaan orang yang bukan beragama Islam. Di bawah pemerintahan Islam jugalah menyaksikan penganut Kristian terus melakukan penziarahan tempat suci mereka di Palestin. John Wilkinson menguatkan lagi pandangan ini apabila beliau mengatakan bahawa ziarah orang-orang Kristian ke Baitulmuqaddis pada waktu tersebut “tidak terganggu.” Bahkan, gereja atau sinagoga iaitu rumah ibadat penganut Yahudi terus kekal terpelihara. Dengan kata lain, tempat peribadatan mereka dijamin tidak akan dicerobohi.

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang tidak berusaha untuk menghentikan hak penganut bukan Islam.

Semasa berlaku pengepungan ke atas Acre, seorang ibu daripada Tentera Salib mengadu kehilangan anaknya apabila seorang Muslim dikatakan memasuki khemahnya dan menculik anaknya yang berusia 3 bulan. Kemudian, beliau mengambil keputusan berjumpa dengan Salahuddin atas saranan daripada putera raja yang menyatakan bahawa Salahuddin sememangnya memiliki hati budi yang baik. Beliau berkata, “Pergi dan beliau akan membawa anak kamu kembali.”

Mendengar aduan perempuan Kristian tersebut, Salahuddin memerintahkan agar anaknya segera dicari. Akhirnya setelah pencarian dilakukan, didapati anak kecil tersebut telah dijual di pasar. Justeru, Salahuddin memerintahkan supaya sejumlah wang diberikan kepada pembeli terbabit agar anak tersebut dapat diserahkan kembali kepada ibunya. Salahuddin dikatakan tidak berganjak selagi anak tersebut tidak dibawa kepada ibunya. Setelah bayi tersebut diserahkan kembali kepada ibunya, perempuan Kristian itu berdoa, lalu dibawa pulang ke khemahnya dengan menaiki kuda. Berdasarkan kisah ini, dapatlah dikatakan bahawa Salahuddin sememangnya seorang kesateria yangmemiliki hati yang begitu baik dan mengambil berat terhadap segala masalah rakyatnya, sekalipun dia itu seorang yang beragama Kristian.

Hubungan antara Muslim dan Kristian jelas kelihatan setelah berlakunya Perang Salib Ketiga (1189-1892). Kejatuhan Palestin ke tangan umat Islam membuatkan penganut Kristian tidak berpuas hati kerana bagi mereka, Palestin adalah hak milik mereka yang tidak boleh dikongsi sama sekali dengan umat agama lain seperti yang telah dijelaskan di atas. Walaupun Raja Richard memenangi sebahagian daripada wilayah di Palestin, namun beliau gagal mendapatkan kembali kota Baitulmuqaddis. Kemuncak peperangan ini akhirnya berakhir dengan Perjanjian Damai Ramallah yang ditandatangani pada 2 September 1192. Perjanjian tersebut secara tidak langsung menandakan berlakunya komunikasi antara dua pemimpin. Namun demikian, perjanjian tersebut terpaksa ditangguhkan buat seketika kerana Raja Richard telah jatuh sakit secara tiba-tiba.

Secara tersiratnya, terdapat perilaku yang mulia oleh Salahuddin terhadap musuhnya yang beragama Kristian iaitu Raja Richard apabila beliau telah memberikan layanan baik yang semaksimum mungkin kepada Raja Richard setelah mengetahui musuhnya itu jatuh sakit ketika di Jaffa. Raja Richard telah mendapat bantuan perubatan dan sekaligus mendapat makanan yang diidamkannya daripada Salahuddin. Kesinambungan daripada peristiwa terbabit, ternyata budi pekerti Salahuddin telah memberi kesan yang mendalam kepada Raja Richard sehingga beliau berkata kepada salah seorang pengikut Salahuddin,
Tolong sampaikan salamku kepada sultan dan katakan kepadanya,

“Demi Tuhan! hendaklah dia mengabulkan permintaanku untuk berdamai kerana semua ini harus segera berakhir. Negeriku di seberang lautan sudah hancur. Justeru,peperangan ini sesekali tidak akan mendatangkan kebaikan, baik untuk kami, mahupun untuk kalian!”
Berdasarkan kepada pernyataan Raja Richard tersebut dapat difahami bahawa layanan baik Salahuddin terhadap musuhnya telah menguatkan lagi tekad musuhnya untuk berdamai seperti yang telah dinyatakan di atas.
Menariknya, selepas sahaja perjanjian tersebut ditandatangani kedua belah pihak, Salahuddin telah membuat satu pengisytiharan,

Dengar semua! Keamanan telah diatur. Sesiapa dari tempatnya berhasrat untuk mengunjungi tempat kami, maka dia boleh berbuat demikian. Barang siapa dari tempat kami berkeinginan mahu mengunjungi tempat kalian, maka kami boleh melakukannya juga. Laluan rombongan ziarah dari Syria juga telah dibuka sekarang.

Daripada jaminan keamanan tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa penganut Kristian terus diberi kebebasan oleh Salahuddin, iaitu dalam bentuk kebebasan untuk bergerak sebebas kaum Muslim. Salahuddin sendiri telah menghulurkan bantuan dalam bentuk pengawalan untuk mengawal para rombongan ziarah sehingga mereka kembali semula ke Jaffa, bahkan memerintahkan tenteranya supaya menyediakan makanan dan melayani mereka dengan penuh kebaikan.

Di samping itu, masyarakat Kristian yang menetap di Palestin juga mempunyai hak untuk memiliki rumah, kedai dan tanah. Pintu turut terbuka untuk orang Kristian memasuki lapangan pekerjaan tanpa sebarang bentuk diskriminasi. Matlamat daripada tindakan Salahuddin tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah semata-mata bagi menjaga keamanan bumi Palestin kerana ia bukan sahaja hak milik umat Islam, namun dikongsi bersama antara dua lagi kepercayaan yang lain iaitu Kristian dan Yahudi. Seperti yang telah ditegaskan oleh Salahuddin dalam sesi perundingan bersama orang-orang yang terkemuka ketika membincangkan usaha-usaha perdamaian di antara dua pihak,

Palestin [Islamicjerusalem] adalah milik kami, sama juga milik kamu. Bagi kami, ia lebih bermakna berbanding kamu kerana di sana Nabi kami melakukan Israk Mikraj. Janganlah berharap bahawa kami akan menyerahkan tempat ini kepada kamu. Penaklukan ke atasnya suatu ketika dahulu adalah suatu perkara yang tidak terduga, berpunca daripada kelemahan umat Islam ketika itu…”

Perjanjian perdamaian ini juga dapatlah dikatakan sebagai tanda pengiktirafan Raja Richard kepada keseluruhan kepimpinan dan kedaulatan Salahuddin. Justeru seiring dengan perjanjian damai tersebut, Raja Richard telah menyerahkan anak saudara lelakinya untuk dijaga oleh Salahuddin. Beliau juga menaruh kepercayaan yang cukup tinggi terhadap Salahuddin bagi menjaga gereja di Palestin, lantaran keyakinannya yang cukup tinggi bahawa Salahuddin adalah seorang yang berpegang teguh terhadap perjanjian yang telah dimeterai.

Jelas, penganut Kristian di Palestin sememangnya berada dalam keadaan yang selesa semasa di bawah pemerintahan Salahuddin. Pembukaan kembali Palestin oleh Muslim di bawah Salahuddin ini telah memperlihatkan satu dimensi baru yang menyegarkan apabila layanan istimewa dalam segenap aspek tidak hanya terhenti sekadar umat Islam sahaja, malah termasuk kalangan yang bukan Islam. Ia seperti yang pernah dilakukan oleh Umar al-Khattab yang pernah memberi jaminan keselamatan kepada golongan bukan Islam di Islamicjerusalem. Oleh itu, pendapat yang diutarakan oleh Stanley Lane Poole harus disokong kerana ada kewajaran dalam pendapat beliau yang memuji Salahuddin. Pandangan beliau adalah berdasarkan kepada layanan Salahuddin terhadap masyarakat Kristian seperti dibincangkan di atas. Menurutnya,
Rahsia di sebalik kehebatan Salahuddin terpancar pada kecintaan rakyatnya. Sedangkan pihak lain cuba menggapainya dengan menakut-nakutkan, melalui kekerasan dan kedudukan, beliau menyempurnakan hasratnya dengan kebaikan.

Seharusnya, nasihat Salahuddin kepada anaknya mengenai sumber kekuatan yang terdapat pada diri beliau, harus dijadikan pegangan oleh pemerintah Muslim era kini mahupun akan datang. Ini terutama dalam misi menubuhkan sebuah kerajaan dan pemerintahan yang benar-benar berdaulat dan diterima ramai. Kata Salahuddin,
Cuba memenangi hati rakyat, dan meneliti kemakmuran mereka, lantaran itu menjamin kegembiraan mereka… Saya menjadi hebat seumpama ini kerana saya telah berjaya memenangi hati rakyat dengan kelembutan dan kebaikan.”
Oleh yang demikian, sikap yang ditunjukkan oleh Salahuddin terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam, terutamanya masyarakat Kristian, boleh digambarkan sebagai suatu tindakan yang matang. Ia sekaligus menjadi faktor wujudnya keamanan di Palestin pada waktu tersebut seperti yang telah digambarkan di atas.

Kesimpulan:

Salahuddin al-Ayubi telah memberi ruang yang terbuka kepada golongan Kristian dan jaminan keselamatan kepada mereka. Jelas, ia menunjukkan bahawa kewujudan pelbagai latar agama di kalangan rakyat tidak menjadi penghalang kepada pemerintahan Islam untuk membangunkan wilayahnya. Golongan Kristian di Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis telah mendapat layanan yang baik dari seorang pemimpin Muslim yang telah berjaya membebaskan wilayah tersebut buat kali yang kedua. Keadilan yang diberikan itu sungguh berharga dalam hal hubungan antara Muslim dan Kristian. Keadilan harus mewarnai kehidupan seharian, tanpa mengira agama dan bangsa. Justeru, dalam hal ini, Salahuddin sesekali tidak mengamalkan dasar mengecualikan orang lain, namun menangani mereka dengan keadilan. Ini patut menjadi contoh teladan kepada pemimpin, ilmuwan dan masyarakat Islam seluruhnya.

Bibliografi:
Abu Munshar, Maher Y. (2007), Islamic Jerusalem and Its Christians: A History of Tolerance and Tensions, London: IB Tauris.

Ameer ‘Ali, Syed (1934), A Short History of the Saracen, London: Macmillan.

Amstrong, Karen (1996), A History of Jerusalem: One City, Three Faiths, London: HarperCollins Publishers.

Asming Yalawae et al. (2007), “Akhlak Warisan Rasulullah s.a.w Membawa Kemuliaan Umat”, Jurnal Usuluddin, Bil. 26, Disember.

El-Awaisi, Abd al-Fattah (2008), Meneroka Identiti Islamic Jerusalem, (terj.) F. A. Rahman et al., Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Gil, Moshe (1997), A History of Palestine 634-1099, (terj.) Ethel Broido, Cambridge: Cambridge University Press.

Glubb, Faris (1999), “Jerusalem: the Central Point in Saladin’s Life”, Journal of Islamic Jerusalem Studies, Vol. 2.

Ibn al-Athīr, Abū al-Ḥasan ‘Alī al-Shaybānī (1998), al-Kāmil fī al- Tārīkh, Jil. 9, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn al-‘Ibrī, Ghrighuriyus al-Maltī (1992), Tārīkh Mukhtaṣar al-Duwal, Beirut: Dār al-Mashriq.

Ibn al-Jawzī, Abū al-Faraj (1995), al-Muntaẓam fī Tārīkh al-Mulūk wa al-Umam, Jil. 17, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Shaddād, Bahā’ al-Dīn (2000), al-Nawādir al-Sulṭāniyyah wa al- Maḥāsin al-Yūsufiyyah, Kaherah: Dar al-Manar.

__________ (2001), The Rare and Exellent History of Saladin or al- Nawādir al-Sulṭāniyya wa’l-Maḥāsin al-Yūsufiyya, (trans.) Donald S. Richards, Hampshire: Ashgate.

Al-Iṣfahānī, ‘Imād al-Dīn (t.t.), Kitāb al-Fatḥ al-Qussī fī al-Fatḥ al- Qudsī, t.tp.: t.p.

Lane Poole, Stanley (1985), Saladin, London: Darf Publishers.

Mohd Roslan Mohd Nor (2003), “Tebus Baitulmaqdis”, Utusan Malaysia, 30 Mei.

__________ (2006), “Li al-‘Alamin: the Concept and Implementation of Inclusive Vision in IslamicJerusalem”, Palestine Internationalist, Vol. 1, No. 3, March.

__________ (2011), “Protecting Non-Muslim: Its Implementation during Early Muslim Rule of Islamic Jerusalem”, al-Bayan: Jurnal al-Quran and al-Hadith 9, h. 209-222.

Nicole, David (1986), Saladin and the Saracens, Great Britain: Reed International Books Ltd.

Regan, Geoffrey (1987), Saladin and the Fall of Jerusalem, London:
Croom Helm.

Runciman, Steven (1952), A History of the Crusades: the Kingdom of Jerusalem and the Frankish East (1100- 1187), Vol. 2, Cambridge: Cambridge University Press.

Sami bin Abdullah (2009), Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan, Jakarta: Penerbit Almahira. 96

Stubbs, William (2000), al-Ḥarb al-Ṣalibiyyah al-Thālithah (Salah al- Din and Richard), (terj.) Ḥabashī Ḥasan, Kaherah: al-Ḥay’ah al- Miṣriyyah al-‘Āmmah li al-Kitāb, Jil. 1.

Al-Tel, Othman I. (2003), The First Islamic Conquest of Aelia (Islamic Jerusalem): A Critical Analytical Study of the Early Islamic Historical and Narratives and Sources, Dundee: al-Maktoum Institute Academic Press.

Tibawi, Abdul Latif (1980), Jerusalem the Key to World Peace, London: Islamic Council of Europe.

‘Ulwan, Abdullah Nasih (2004), Salah al-Din al-Ayyubi (Saladin): Hero of the Battle of Hittin and Liberator of Jerusalem from the Crusaders (532-589H/1137-1193M), (terj.) Khalifa Ezzad Abu Zeid, Kaherah: Dār al-Salām.

Wilkinson, John (1990), “Jerusalem under Rome and Byzantine 63BC- 637AD”, dalam Jerusalem in History, ed. K. J. Asali, New York: Olive Branch Press.

Suntingan daripada jurnal yang bertajuk SALAHUDDIN AL-AYUBI DALAM MENANGANI MASYARAKAT KRISTIAN DI ISLAMICJERUSALEM DAN PALESTIN tulisan :

1) Mohd Roslan Mohd Nor, PhD, adalah Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel: m_roslan@um.edu.my.

2) Nor Shakila Mohd Noor adalah calon ijazah tinggi Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Kredit: Detik Islam

Posted on Leave a comment

Biografi ringkas Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

Biografi ringkas Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Pada 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Ayah Hassan Al Banna

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan Ikhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku “Letter To A Muslim Student” (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Ikhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya “Esteshhaad” yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.