Posted on Leave a comment

UK: Muslim worhipper stabbed during prayers forgives his attacker

UK: Muslim worhipper stabbed during prayers forgives his attacker
23rd Feb 2020

By Ahmed J Versi
London, (The Muslim News): A Muslim worshipper who was stabbed in the neck during late afternoon (Asr) prayers, on Thursday, has forgiven his attacker. Raafat Maglad who is in his 70s was taken to hospital for treatment to stab injuries, victim had suffered a 1.5cm wound to his neck. He was later discharged following treatment.

29-year-old Daniel Horton of no fixed abode has been charged with grievous bodily harm. He appeared at Westminster Magistrates’ Court on Saturday. He was remanded in custody by District Judge Nina Tempia to appear at Southwark Crown Court on 20 March.

The Metropolitan Police said it was not treating the unprovoked knife attack as terror-related.
The attack on Muaddin (one who calls people to prayer) took place at Regent’s Park Mosque in London.
Maglad forgave his attacker. At a press conference he told reporters: “I forgive him. I feel very sorry for him.”
“What is done is done, he is not going to return.
“As a Muslim I didn’t put any hatred in my heart. What is done is done.
“He is a human being and this is my faith. What happened to me is my faith,” he said.

Maglad, who is originally from Sudan, described what had happened: “We were praying and I just felt somebody hit me from behind. He didn’t say anything. I just felt blood flowing from my neck and that’s it, they rushed me to the hospital. Everything happened all of a sudden.”

A video posted on social media showed a white man in a red-hooded top and jeans being pinned to the floor in the mosque by police, who were arresting him.
“A 29-year-old man, who is believed to have been attending prayers, was arrested inside the mosque on suspicion of attempted murder. He has been taken into custody at a central London police station. The incident is not being treated as terror-related at this time,” the Metropolitan Police had said in a statement Friday.
The Met’s Chief Superintendent for the central-west borough, Helen Harper, said: “I would like to thank everybody in the mosque who helped to detain the man before he was arrested and continue to help my officers with their inquiries. I’m extremely relieved the injuries suffered by the victim do not appear to be life-threatening.”

“However, this incident has undoubtedly caused a great deal of concern, and we are working as swiftly as possible to establish the circumstances. No other suspects are being sought at this time.”
There were conflicting reports as to whether the attacker was known in the mosque or not. Some worshippers said they had seen him before and others not.
A Spokesman of the mosque told The Muslim News the attacker was not “a regular” to the mosque” and that he may have spoken to Maglad once or twice in the past.

In a statement, the mosque said: “There was an incident today at London Central Mosque where an unknown individual attacked and stabbed the muezzin during Asr prayer around 3 p.m.”
“The attacker was apprehended by the worshippers until the police arrived and arrested him. The muezzin did not sustain any life-threatening injuries but was seriously injured and is being treated at the hospital.

“We await further information from the police regarding the incident. Our thoughts and prayers are with the muezzin and his family.”
Mayor of London, Sadiq Khan in several tweets that every Londoner “is entitled to feel safe in their place of worship, and I want to reassure London’s communities that acts of violence in our city simply will not be tolerated. As Mayor, I’ll continue to protect all Londoners’ right to practise their faith freely & safely, but Govt need to act quickly to provide the funds & reassurance London’s faith communities deserve. I’ve written to the Home Secretary to share my concerns. Places of worship should be sanctuaries – a safe haven.

“No-one should be scared to attend mosques, churches, synagogues or temples. I’ll be showing my solidarity with Muslim Londoners by praying at London Central Mosque today.I’m deeply concerned by this incident at London Central Mosque. Every Londoner is entitled to feel safe in their place of worship & I want to reassure London’s communities that acts of violence in our city will not be tolerated. The Met are providing extra resources in the area.”
Harun Khan, Secretary General of the Muslim Council of Britain, said: “We condemn this attack. Our thoughts and prayers are with the muezzin and those at London Central Mosque, its leaders and congregants.”

“It is deeply distressing to hear of an attack of this nature, with worshippers being targeted in a mosque, a place of spiritual sanctuary.
“Regardless of the motive of the attacker, we must remain calm but vigilant, as we aim to balance the importance of retaining mosques as open spaces and the security of worshippers. In this light, we will be reissuing our safety advice to mosques across the country.

Prime Minister Boris Johnson posted a brief statement on the incident on Twitter.
“I’m deeply saddened to hear of the attack at the London Central Mosque. It’s so awful that this should happen, especially in a place of worship. My thoughts are with the victim and all those affected.
”Regent’s Park Mosque is one of the largest in the U.K., with 6,000 Muslims a week praying there.

Posted on Leave a comment

KALAMUNA SIRI 6: “NAK JAGA DIRI ATAU JAGA AGAMA?”

KALAMUNA SIRI 6: “NAK JAGA DIRI ATAU JAGA AGAMA?”
By Dr Zulkifli Al Bakri

21 April 2020

Saya terbaca di Facebook, ada pertikaian berkenaan larangan untuk menunaikan solat Jumaat kerana menurutnya, solat Jumaat adalah satu bentuk pemeliharaan agama (hifz al-din). Maka, tidak dapat tidak ia adalah satu dharuriyyah. Walaupun memelihara nyawa (hifz al-nafs) juga adalah dharuriyyah, tetapi ia tetap berada di bawah hifz al-din. Justeru, solat Jumaat tetap wajib dan larangan itu bercanggah dengan maqasid al-syariah. Lalu dia bertanya dengan nada yang agak emosional, “Nak jaga diri atau jaga agama?”

Saya tersenyum. Maqasid al-syariah sememangnya mudah untuk difahami secara umum sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh al-Raisuni dalam Maqasid al-Maqasid. Ia boleh difahami berdasarkan penjelasan para ulama, mengambil manfaat ‘amali daripadanya untuk meningkatkan semangat dan kefahaman dalam melaksanakan ibadah. Tetapi aplikasinya tidak semudah yang disangka. Semata-mata pembaca bidang maqasid, tidak melayakkan seseorang itu mengistinbatkan maqasid daripada dalil-dalil syarak, kerana ia merupakan tugas para ulama dan mujtahid.

Maqasid al-syariah adalah prinsip-prinsip yang menyediakan jawapan kepada banyak persoalan-persoalan kehidupan berkaitan syariat.
Mengapa menunaikan zakat adalah “rukun” dalam Islam?
Apakah manfat fizikal dan spiritual bagi puasa dalam bulan Ramadhan?
Mengapa minum arak itu satu dosa besar dalam Islam, walaupun sedikit?
Apakah kaitan antara hak asasi manusia pada hari ini dengan syariat Islam?
Bagaimana syariat Islam boleh menyumbang kepada pembangunan dan ketamadunan?

Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT hanyalah untuk memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Ia bertepatan dengan objektif hukum Islam untuk memelihara kepentingan dan keperluan manusia di dunia dan akhirat.
Atas asas ini sebagaimana kata Imam Al-Syatibi, wujudnya keperluan berbentuk dharuri, haji dan tahsini bagi manusia untuk dijaga dan dipelihara. Segala perintah dan larangan Allah SWT adalah untuk menjaga ketiga-tiga keperluan ini.
Dharuriyyah adalah perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan agama (hifz al-din), nyawa (hifz al-nafs), harta (hifz al-mal), harta (hifz al-mal), akal (hifz al-mal) dan keturunan (hifz al-nasl). Imam al-Mahalli menyebutkan dalam Syarh Jam’ al-Jawami’: “(al-Dharuri) ialah sesuatu yang sangat diperlukan sehingga sampai ke tahap terdesak, terpaksa dan tidak dapat dielakkan.”

Menurut Ibn ‘Ashur dalam Maqasid al-Syari’ah al-Islamiyyah, maqasid daruriyyah adalah maslahat yang sangat penting untuk didapatkan bagi umat secara keseluruhan dan individu, di mana peraturan akan cacat tanpanya. Apabila ia tidak dilaksanakan, maka keadaan umat akan rosak dan kacau bilau.

Apa yang boleh kita fahami dengan hifz al-nafs? Ibn ‘Ashur menyebutkan:
“Makna hifz al-nafs iaitu memelihara ruh individu dan masyarakat keseluruhannya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan. Hal ini kerana alam adalah terdiri dari beberapa unit individu yang mempunyai keunikan sebagai asas kepada ketamadunan dunia. Hifz al-nafs bukan bermaksud melaksanakan hukuman qisas semata-mata sebagaimana yang yang difahami oleh sebahagian para fuqaha’, malah hukuman qisas adalah elemen yang tersangat lemah dalam hifz al-nafs kerana ia akan menghilangkan sebahagian daripada nyawa. Justeru, memelihara nyawa manusia lebih baik daripada menjatuhkan hukuman sebagaimana mencegah penyakit yang berjangkit adalah lebih utama daripada merawatnya.”
Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah, pemerintahan yang baik, mengurangkan kadar kemiskinan dan memnuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, perpaduan sosial dan pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan. Betapa pentingnya hifz al-nafs ini sehingga ada sebahagian ulama’ yang menulis khusus berkenaan hal ini antaranya al-Balkhi melalui bukunya Masalah al-Abdan wa al-Anfus.

Sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengekang sebarang risiko yang boleh membawa kehilangan nyawa rakyatnya. Dalam konteks COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan adalah antara kaedah terbaik. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala ketenteraman dan keamanan pula akan hilang.

Solat Jumaat itu adalah satu kewajipan. Namun, kelonggaran tetap ada kepada yang uzur. Sebagaimana Dr. Muhammad al-Zuhaili menghuraikan tentang uzur bagi yang dibenarkan untuk tidak menunaikan solat Jumaat, “Dan setiap keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang dikiaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tidak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya atau hartanya.”
Akhirnya, kita akan dapat satu jawapan; matlamat hifz al-din takkan tercapai kecuali dengan hifz al-nafs. Benarlah kata Saidina Ali rahimahullah
الدين أس والسلطان حارس، فمالا أس له فمهدوم، ومالا حارس له فضائع
“Agama itu asas, pemerintah adalah penjaga, sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh, sesuatu yang tiada penjaga akan hilang.”
Bersabarlah. Tiba masanya, kita akan boleh kembali menunaikan solat Jumaat seperti sediakala.

Posted on Leave a comment

Malaysia to revisit 12MP in light of COVID-19, weak oil prices – Mustapa

Malaysia to revisit 12MP in light of COVID-19, weak oil prices – Mustapa

Bernama | April 24, 2020 19:17 MYT

Mustapa said the oil and gas sector had a big impact on the world economy — not only Malaysia but also major oil producing countries. – Filepic/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia will need to realign its economic planning under the 12th Malaysia Plan (12MP) in view of the COVID-19 pandemic and the recent oil price crash.

Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Datuk Seri Mustapa Mohamed said planning for the 12MP was done when the economy was okay in 2019 and therefore there was a need to realign although work on the five-year plan, which covers the period from 2021 to 2025, had almost been completed.

“When I came to the ministry five to six weeks ago, the 12MP was almost in place. But with the current situation (whereby) revenues have been affected and, equally important, this new normal, it is going to take a while before companies are revived and the small and medium enterprises (SMEs) can be back on their normal footings once again. Companies are holding back investment decisions.

“So we have to revisit some of the assumptions made in the last few months when preparing the 12MP, ” he said during a webinar session organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) today.

The session was moderated by IDEAS chief executive officer Ali Salman.

Mustapa said the oil and gas sector had a big impact on the world economy — not only Malaysia but also major oil producing countries.

“When it comes to planning, some of the numbers that we crunched earlier are no longer relevant and now we are going back to the drawing board in terms of forecast of economic growth, in terms of allocations — of course, it would be affected — and other implications on the country’s economy,” he added.

Malaysia has been very dependent on the oil and gas sector, which currently contributes 20 per cent of the government’s revenue, and the downtrend in oil prices will affect the country’s revenue.

Mustapa noted that in the initial stage of COVID-19, governments had not anticipated the magnitude of the health crisis’ impact on the global economy.

However, he said, Malaysia was able to weather the storm as the government had been very much focused in combating the COVID-19 pandemic with the support from the private sector and government-linked companies.

In Malaysia, local businesses, especially in the tourism sector and the SMEs, have been significantly affected by the pandemic.

“When it first started, not many people expected the pandemic to last this long. In the beginning, we did not fully understand the full impact. Take tourism for example; the sector has been worst hit. A few hotels have been closed completely as they had very low occupancy rates of five to 10 per cent.

“This is unprecedented. Various organisations have done surveys and shared the findings with us and all those indicated that micro-enterprises and others have been badly affected. Even retailers have been telling us that their businesses have been badly affected,” he added.

He noted that the authorities would likely consider opening up more sectors as the Movement Control Order entered the fourth phase between April 29 and May 12.

“Going forward in the next few weeks, there will be more people coming back to work, including the SMEs, that would further lighten the burden of Malaysian workers,” said Mustapa, adding that fiscal injections via stimulus packages would stimulate consumption.

“The gradual opening of the economy will continue to drive private consumption. It has got to do with confidence, but at this time, there is a change of consumer buying pattern as people are spending on food and essential products such as medicines.

“Going forward, we have to depend on the private sector as businesses are opened and tourists start coming in by next year to drive a total recovery of private consumption,” he noted.

According to him, COVID-19 also provides an opportunity to reform the Shared Prosperity Vision 2030.

“In a way, it is an opportunity to have a look at the fundamentals, of how we have been doing things in the past. We have to speed up digital government. We have done well in that initiative, but we have to look a lot more into that as well as on digital commerce,” said Mustapa.

Asked whether the government would consider re-introducing the Goods and Services Tax, he said: “The focus now is on the bread-and-butter issue. No one is left behind. The priority now is the current situation. Middle- to longer-term issues will have to come later.”

— BERNAMA

Posted on Leave a comment

COVID-19: KERAJAAN PAHANG UMUM 6 LAGI INISIATIF

COVID-19: KERAJAAN PAHANG UMUM 6 LAGI INISIATIF

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 22 APRIL 2020: Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan enam lagi inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak pandemik COVID-19 di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif pertama adalah sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 2,400 veteran tentera berpencen tanpa gaji yang menjadi ahli Persatuan Veteran Tentera Negeri Pahang dengan jumlah peruntukan RM90,000.

“Insiatif kedua adalah sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 anggota sukarela Rejimen 505 Askar Wataniah dengan nilai peruntukan sebanyak RM45,000.

“Kerajaan Pahang juga memberi sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 565 nelayan tidak berlesen dengan peruntukan RM84,750,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Dato’ Sri Hj Wan Rosdy berkata, inisiatif seterusnya adalah barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 penerima sepertimana dipohon oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan nilai peruntukan RM15,000.

“Seterusnya adalah sumbangan kepada pengurusan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kerana menanggung perbelanjaan makan dan minum 60 pelajar anak Pahang yang kekal tinggal di rumah sewa dengan nilai peruntukan berjumlah RM20,000,” katanya.
Menurut beliau, nilai keseluruhan bagi keenam-enam inisiatif terbaharu ini ialah RM614,750.

“Dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Pahang sebanyak 28 inisitif dengan nilai peruntukan RM24.962 juta atau kira-kira 3.37 peratus daripada Bajet Negeri Pahang 2020 sebanyak RM739.89 juta
“Jumlah penerima keseluruhannya pula melibatkan kira-kira 101,894 ketua isi rumah atau kira-kira 27.86 peratus dari 365,800 ketua isi rumah di negeri ini.
“Diharapkan, kesemua 28 inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya membantu rakyat yang terkesan teruk dengan PKP dalam usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19 ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Posted on Leave a comment

Kenyataan Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 2020

Kenyataan Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 2020

Kategori: Berita Semasa

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa‘ala alihi wasahbihi ajma‘in
Adalah dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur, telah memperkenankan Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 1441 Hijriyyah bersamaan 2020 Miladiyyah ialah RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Sahaja).
Semua umat islam di dalam negeri ini hendaklah mengeluarkan Zakat Fitrah mereka bermula daripada awal Ramadhan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri.

Memahami keutamaan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan pematuhan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaedah bayaran melalui Amil Zakat Fitrah tidak disediakan. Justeru itu, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) telah menetapkan kaedah bayaran pada tahun ini adalah sepertimana berikut:
a) Secara atas talian (internet) melalui capaian https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/. Hebahan dan perkongsian alamat capaian ini akan dibuat melalui media massa.
b) Aplikasi PahangGo (Akan Dimaklumkan)
c) Aplikasi SnapNPay (Akan Dimaklumkan)
d) Zakat Fitrah Pahang 15888. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat bayaran secara atas talian (internet) seperti di atas.

Kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah 15888 ini adalah pilihan kepada mereka sepertimana berikut ;
i.Tidak mempunyai kemudahan membuat bayaran secara atas talian (internet)
ii.Tidak mempunyai anak atau saudara mara atau individu yang boleh membantu membuat bayaran secara atas talian
iii.Tiada wakil untuk membayar Zakat Fitrah secara atas talian bagi pihak mereka

Melalui kaedah ini, pihak Majlis akan mendahului bayaran bagi pihak pembayar dan memerlukan pembayar membuat bayaran semula kepada Majlis selepas berakhir tempoh PKP.
Jika ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam tempoh Ramadhan dan khidmat Amil Fitrah disediakan maka kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah 15888 ini tidak lagi disediakan.

Keharusan menggunakan kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah Pahang 15888 ini adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Syarak Negeri Pahang.
Selain kaedah-kaedah bayaran yang dinyatakan di atas, pihak Majlis akan terus meyediakanlain-lain kaedah bayaran alternatif kepada mereka yang tidak kemudahan membuat bayaran secara atas talian (internet) agar tanggungjawab menunaikan Zakat Fitrah dapat ditunaikan.

Sesiapa yang didapati memungut Zakat Fitrah tanpa dia diberi kuasa atau dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ini umat Islam digalakkan menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah dan juga patuh dengan apa-apa ketetapan pihak berkuasa selama tempoh PKP ini berkuatkuasa.
Di kesempatan ini, saya bagi pihak Majlis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan selamat menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ini.

Sekian, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain,
DIMP.,SAP.,AMP.,PKC.
Setiusaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
TARIKH : 23 APRIL 2020M / 29 SYA’BAN 1441H

Posted on Leave a comment

COVID 19 : SUMBANGAN BARANGAN MUIP DI PUSAT KUARANTIN ???? DAN ????

COVID 19 : SUMBANGAN BARANGAN MUIP DI PUSAT KUARANTIN ???? DAN ????

??????? 20 April 2020 bersamaan 26 Syaaban 1441H

Dua buah pusat kuarantin di daerah ini menerima sumbangan barangan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Sumbangan barangan berupa al-Quran, surah Yasin, kain pelikat, telekung serta alat mainan untuk keperluan mereka yang dikuarantin di Pusat Kuarantin KPTM dan HTAA.

Posted on Leave a comment

COVID 19 : BANTUAN KEWANGAN MUIP MELANCARKAN OPERASI HTAA MENANGANI COVID 19

COVID 19 : BANTUAN KEWANGAN MUIP MELANCARKAN OPERASI HTAA MENANGANI COVID 19

??????? 27 Mac 2020 bersamaan 2 Syaaban 1441H

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membiayai pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan bagi melancarkan operasi pengurusan HTAA menangani COVID-19.
Peruntukan bantuan kewangan berkenaan digunakan untuk pembelian peralatan antaranya televisyen untuk ‘teleconference’, 20 set alat bantuan pernafasan, peralatan screening dan beberapa peralatan rawatan yang lain.
Selain itu, peruntukan sebanyak RM60 ribu juga diserahkan kepada HTAA bagi bantuan khas kepada keluarga pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di hospital ini.

Posted on Leave a comment

COVID 19 : MUIP BANTU GELANDANGAN SUMBANG DAN AGIH 200 BUNGKUSAN MAKANAN

COVID 19 : MUIP BANTU GELANDANGAN SUMBANG DAN AGIH 200 BUNGKUSAN MAKANAN

???????. 7 April 2020 bersamaan 13 Syaaban 1441H –

Golongan gelandangan juga tidak terabai dalam menerima sumbangan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Mereka merupakan golongan gelandangan dan miskin bandar disantuni menerusi pengagihan sumbangan 200 bungkusan makanan. Penglibatan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan, sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO seperti Dapur Infaq serta MRA bagi menjayakakan program ini. Sumbangan diagihkan dari pukul 6.00 petang hingga pukul 8.15 malam.

Posted on Leave a comment

Muip mengagihkan beg bekalan keperluan harian kepada asnaf di negeri Pahang.

Muip belanjakan RM1.8 juta bantu asnaf
NORAWAZNI | | 11 April 2020

Muip mengagihkan beg bekalan keperluan harian kepada asnaf di negeri Pahang. –

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sudah membelanjakan lebih RM1.8 juta bagi membantu golongan asnaf di negeri itu yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Penolong Pegawai Zakat Unit Faqir Miskin Muip, Mohd Nasrul Hakim Mat Daud berkata, sehingga kini pihaknya telah mengagihkan sebanyak 30,715 beg bekalan keperluan harian secara berperingkat menerusi pegawai Muip cawangan dan jawatankuasa masjid.

Menurutnya, jumlah bantuan terbabit dijangka bertambah setelah kerajaan mengumumkan lanjutan PKP fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini.
“Kita yakin lanjutan PKP akan menyebabkan lebih ramai asnaf akan kehabisan bekalan makanan kerana tidak dapat bekerja dalam tempoh lama.
“Jadi pertambahan itu dijangka berlaku dua kali ganda dan pihak kita sudah bersedia serta terus membantu mereka (asnaf),” katanya.

Selain golongan asnaf, Muip turut memberi bantuan kepada mualaf terdiri daripada masyarakat orang asli, Cina dan India di Pahang.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah bantuan yang paling banyak diagihkan mengikut daerah iaitu Kuantan sebanyak 5,050 diikuti Cameron Highlands (4,500), Pekan (4,460), Jengka (3,800), Jerantut (3,600) Temerloh (3,169), Bentong (2,260) dan Raub (1,500).
Mohd Nasrul Hakim berkata, fasa pertama agihan bantuan bermula 23 Mac hingga 6 April lalu dan fasa kedua akan dilakukan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai bantuan untuk orang asli, beliau berkata, bantuan untuk asnaf orang asli banyak dilakukan di daerah seperti Cameron Highlands, Pekan, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera.
“Sebahagian bantuan sudah disampaikan dan bagi kawasan pedalaman akan dilakukan secara berperingkat dengan bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

Katanya, pihaknya hanya mengagihkan bantuan makanan, namun sekiranya ada keperluan mendesak seperti memerlukan susu anak, pegawai Muip cawangan dibenarkan mengambil keperluan itu di Pasaraya Darul Makmur (PDM).

Posted on Leave a comment

MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG SALUR BANTUAN MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG SALUR BANTUAN MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

PEKAN. 21 Mac 2020 Bersamaan 26 Rejab 1441 Hijrah – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sumbangan bantuan bagi menangani wabak COVID-19 kepada golongan asnaf fakir dan miskin, keluarga pesakit yang terlibat serta pihak hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19 ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengumumkan sumbangan bantuan ini menerusi kenyataan media seperti berikut :
✅Bantuan berjumlah RM250,000.00 kepada kerajaan negeri bagi membantu pihak-pihak tertentu yang memerlukan bantuan untuk mendepani isu wabak ini.

✅Tambahan sebanyak RM200.00 kepada 3,030 orang penerima bantuan be zakat – (akan terus dimasukkan ke dalam akaun).

✅Tambahan sebanyak RM200.00 kepada 9,664 orang penerima bantuan tahunan zakat – (akan terus dimasukkan ke dalam akaun).

✅Sumbangan 20 set alat bantuan pernafasan (mesin tabung oksigen) kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Kuala Lipis.

✅Bantuan Khas kepada keluarga pesakit COVID-19 berjumlah RM1,000.00 di Negeri Pahang.

✅Sumbangan peralatan screening kepada ketiga-tiga hospital yang dinyatakan tadi.

Baginda turut menyeru kepada semua GLC, Badan Korporat, NGO dan individu yang berkemampuan untuk bersama-sama menyumbang kepada Tabung Amal COVID-19 yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.

Wabak jangkitan COVID-19 di Malaysia yang meningkat dari hari ke hari, justeru itu YAB Perdana Menteri mengumumkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac bagi tujuan membendung penularan COVID-19 ini.
#asnafzakat