Bagaimana Muhammad Al Fateh Berusaha Menawan Kota Konstatinopel Pada 29 Mei 1453
29 Mei, hari ini dalam sejarah. Lebih 500 tahun dahulu Islam semakin berkembang di wilayah Anatolia dan di sekitarnya, begitu juga pengaruh dan penguasaan Daulah Uthmaniyyah yang semakin meningkat berbanding kerajaan Seljuk yang ketika itu semakin lemah.
Mereka juga adalah salah satu peneraju sistem Khilafah yang bukan berbangsa Arab.
Ini Sebab Utama Anda Perlu Pilih Pelan ‘Giler Unlimited’ U Mobile Yang Murah Tapi Berbaloi
Jadi Adakah Islam Itu Harus Diterajui Oleh Bangsa Arab Sahaja?
Begitulah tahun demi tahun silih berganti, begitu juga amanah sebagai seorang sultan semakin berat dek kerana wilayah yang berjaya dibuka semakin berkembang di bahagian Balkan, Eropah dan juga asia.
Namun janji Rasulullah melalui sabda Nabi saw ketika perang Khandaq masih belum lagi terlaksana.
Lahirnya seorang putera bernama Mehmed II bin Murad II melalui ibu kandungnya Huma Hatun yang solehah dan berwawasan tinggi. Aktif dan lasaknya Mehmed II ketika kecil telah berjaya didisiplinkan oleh gurunya Syeikh Molla Gurani.
Berkat ketegasan guru-gurunya dan kecerdikan yang dianugerahkan kepada Mehmed, baginda genius dalam bidang matematik, fasih berbicara dalam 9 bahasa dan juga seorang yang mahir dalam sejarah Islam.
Tambahan pula, baginda turut mahir dalam ilmu sains ketenteraan dan bidang geografi khususnya sekitar kota Konstantinopel kerana dirinya telah bertekad sepenuh hati untuk membuka kota tersebut dengan tangannya sendiri.
Benteng Rumeli atau dalam bahasa Turkinya dipanggil Rumeli Hisarı.
Keghairahan Sultan Mehmed II yang merupakan sultan yang ke-7 dalam merealisasikan sabda Nabi saw, baginda telah mengarahkan pasukannya untuk membina Benteng Rumeli bertentangan dengan Benteng Anadolu yang telah dibina oleh moyangnya.
Begitu juga baginda adalah orang pertama yang telah membuat inovasi baru iaitu meriam balistik untuk menghancurkan tembok kota Konstantinopel yang mempunyai 3 lapisan melalui bantuan seorang rakyat Hungary yang bernama Urban.
Sultan Murad II
Benteng Rumeli
Replika Meriam Urban
Hampir sahaja pasukan tentera Sultan Mehmed II ditumpaskan akibat pasukan tentera laut yang diketuai Baltaoğlu Süleyman Beğ disebabkan tidak mampu menahan serangan 3 kapal gergasi melalui bantuan luar kota Konstantinopel.
Namun dengan pantas Syeikh Aksyamsuddin menyanggah keputusan untuk berundur yang mula bersarang di dalam hati Mehemmed dan tentera muslimin.
Jesteru itu, Syeikh Aksyamsuddin cuba mengembalikan semangat dan visi Sultan Mehmed II melalui sepucuk surat.
Kalimah demi kalimah baginda membacanya, baginda mulai sedar akan kelemahannya dan terus kembali kepada pasukan kaum muslimin untuk memberikankhutbah yang terakhir dan menyusun kembali strategi.
Mereka mengumpul kembali semangat dan memperbaharui niat untuk ke kota yang menawarkan penghormatan baginda.
“Sama ada kita menang atau syahid !”