Masjid Tepian Putra amat mengalu-alukan penyertaan golongan yang mempunyai masalah pendengaran di Negeri Pahang khususnya di daerah Kuantan untuk mengikuti kelas pengajian fardu ain merangkumi perkara-perkara asas seperti akidah, feqah dan akhlak.
Kelas pengajian ini memberikan peluang kepada golongan bermasalah pendengaran untuk menambah dan menimba ilmu serta berpeluang untuk bertanyakan terus kepada guru agama hal-hal yang berkaitan kemusykilan agama yang dihadapi mereka.
Ketika ini terdapat lebih kurang 40 orang peserta yang mendaftar dan mereka dibimbing oleh seorang tenaga pengajar iaitu Ustaz Khalid yang turut merupakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Chenor Maran. Kebanyakkan peserta yang menyertai kelas ini adalah terdiri daripada kalangan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia.
Pihak masjid juga menyediakan bayaran sumbangan sebanyak RM10.00 setiap seorang kepada peserta yang hadir selain menyediakan jamuan ringan sebagai inisiatif tarikan untuk menarik lebih ramai peserta golongan bermasalah pendengaran hadir ke kelas ini disamping menikmati pembelajaran ilmu asas fardu ain dalam suasana yang lebih santai bersama rakan-rakan yang lain.
JADUAL DAN KEKERAPAN KELAS
1. Setiap Ahad minggu ke-2 dan ke-4
2. Masa : 2.30 petang – 4.00 petang
Nota: Pihak masjid memberikan sumbangan tunai sebanyak RM10.00 setiap seorang bagi peserta yang menghadiri kelas ini selain menyediakan jamuan ringan