Majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Masjid Tepian Putra

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Masjid Tepian Putra

10 November 2019

Menjadi kelaziman Masjid Tepian Putra mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul menerusi pelbagai pengisian program kerohanian. Program bermula pada jam 6.00 petang berhimpun dan berarak sambil mengalunkan selawat ke atas junjungan baginda Rasulullah saw beserta bacaan doa sebelum Maghrib. Sesudah solat Maghrib berjemaah disusuli pula dengan program Maulid dan Qasidah. Tausiah disampaikan oleh penceramah jemputan al Fadhil Ustaz Uwais al Qarni Bin Abdul Wahab, Pengetua Maahad Tahfiz Ribat Bukit Pelindung, Kuantan.

Disamping itu, program ini turut dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan, Dato’ Haji Fadzilah Bin Haji Salleh Pengerusi Masjid Tepian Putra dan Al Fadhil Qadhi Kuantan Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abd Karim.