Berperanan sebagai pusat ibadah dan perkembangan ilmu bagi membentuk masyarakat berilmu, beriman dan beramal soleh serta berupaya menghindarkan diri daripada gejala sosial bagi melahirkan ummah yang bertaqwa.
Misi
Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran masjid yang cekap dan berhemah.
Membangunkan keperibadian ummah dan institusi masjid berdasarkan akidah, syariah dan akhlak Islamiah melalui pelbagai aktiviti
Menyediakan kelengkapan untuk kemudahan jemaah beribadah, mewujudkan dan memperbanyakkan aktiviti keilmuan ke arah melahirkan masyarakat yang bertaqwa.
Piagam Pelanggan
Kami berusaha menjadi pusat ilmu dan dakwah
Kami berusaha menyediakan pengajian dan latihan membina sahsiah
Kami berusaha menggalakkan program yang berlandaskan syariat bagi mewujudkan persefahaman dan muhibbah dalam kalangan ahli jemaah
Kami berusaha menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid
Kami bersedia menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat
Kami berusaha aktviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam
Kami sentiasa berusaha menerbitkan bahan-bahan edaran berkala bagi manfaat masyarakat