CADANGAN NAIK TARAF MASJID

FASA 1: RM 4 JUTA

Projek Pembesaran dan Naik Taraf Kemudahan Masjid Tepian Putra Kuantan memerlukan dana keseluruhan sebanyak RM9 juta (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta), dengan RM4 juta diperlukan untuk fasa pertama. Fasa ini melibatkan pembesaran dewan solat utama, ruang ibadah wanita, bilik pengurusan imam, bilik kelolaan bilal, bilik stor, sistem PA, serta tempat wuduk lelaki dan wanita. Penambahbaikan ini turut merangkumi pemasangan sistem pendingin hawa dan audio-vidual berkualiti tinggi demi keselesaan dan kemudahan jemaah. 

Namun, dana terkumpul masih jauh daripada mencukupi untuk menampung kos ini. Pihak pengurusan masjid sedang giat mengumpul sumbangan bagi merealisasikan projek ini, yang bertujuan menjadikan Masjid Tepian Putra sebagai pusat ibadah dan komuniti yang kondusif serta relevan untuk generasi kini dan masa hadapan.

*SEGALA SUMBANGAN WAKAF DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967*