Palestin dari segi Lokasi Sejarah
Palestin merujuk kepada tanah bahagian Barat Daya Syam. Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika sepertimana keistimewaannya yang dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi. Palestin menikmati cuaca iklim Laut Meditteranien.
Sejarah awal Palestin
Bumi Palestin merupakan kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin merupakan tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian sebelum kira-kira 9 ribu tahun sebelum masehi, suku darinya telah terdiri Bandar paling tua dalam sejarah (Kota Ariha) kira-kira 8 ribu tahun sebelum Masehi, sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.
Bumi Palestin merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani juga: Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian nabi-nabi bani Israel di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka; yang mana Isa alaihi salam telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah. Namun orang-orang yahudi umumnya telah menyeleweng dan tidak beriman dan beramal dengan ajaran nabi-nabi Allah alaisalatuwassalam. Oleh itu berkali-kali bangsa yahudi dimurkai Allah dan dimusnahkan.
Apabila Allah menurunkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi penutup dengan membawa akidah yang sama dengan nabi-nabi Allah terdahulu, orang-orang yahudi juga yang menolak dan tidak dapat menerima. Tambahan lagi sifat perkauman yahudi, menyebabkan mereka menolah Rasulullah s.a.w yang didatangan Allah dari bangsa Arab.
Oleh itu mereka yang beriman kepada ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w., yang juga menerima kenabian rasul-rasul terdahulu, Orang-orang Islamberiman bahawa mereka pewaris yang sebenar pada pusaka-pusaka nabi Dawud, Sulaiman dan nabi-nabi Bani Israel dan orang-orang soleh mereka, dari mereka yang pernah memerintah Palestin sejak zaman-berzaman di bawah panji Tauhid; kerana orang Muslimlah yang mengangkat panji Tauhid selepas mereka, dan melalui resam nabi-nabi.
Di dalam Al-Qur’an dijelaskan peristiwa-peristiwa dan kisah-kisah benar akan kaum-kaum yahudi yang ingkar, walhal mereka diturunkan nabi-nabi dari kalnangan bani Israel. Namun orang-orang Yahudi sendiri telah memesong dari kebenaran dan menyelewengkan kitab-kitab mereka, malah sanggup membunuh nabi-nabi mereka, maka layaklah mereka mendapat laknat dan kemurkaan Allah.
Sesungguhnya bangsa yang paling lama menduduki Palestin dan persekitarannya adalah Bangsa Kan’an yang telah berhijrah dari Semenanjung Arab sejak sekitar 4500 tahun. Pada waktu itu Palestin dikenali dengan nama Tanah Kan’an dan bangsa Palestin yang ada hari ini adalah susur galur Kan’an. Kemudian bercampur dengan bangsa-bangsa Timur Laut Mediterranien Balsat atau dikenali sebagai Palestin, dan kabilah- kabilah Arab walaupun Palestin telah diperintah berbagai kaum dalam satu-satu masa tetapi bangsa Palestin tidak pernah terputus dari terus menghuni tanah mereka.
Penduduk Palestin sendiri sebahagian besarnya telah memeluk Islam dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa mereka sejak kedatangan Islam. Telah menegaskan lagi fakta ini dengan kewujudan syiar-syiar Islam bagi bumi Palestin sejak zaman pembukaan Palestin pada tahun 15 Hijrah/636 Masehi sehingga sekarang, walaupun telah dikeluarkan sebahagian dari penduduknya secara paksa oleh Rejim Zionis sejak tahun 1948.[1]
Memahami susur galur Bani Israel
Bani Israel adalah keturunan dari nabi Yaakub, termasuklah anak anak dan cucu cicitnya (Israel : orang yang berjalan malam). Nabi Yaakub menetap di Palestin. Anak nabi Yaakub ada sorang nama Yahuza, di situlah asalnya nama Yahudi. Kita tahu cerita bagamana anak nabi Yaakub, iaitu Nabi Yusof yang dikhianat oleh abang-abang baginda, ditinggalkan di padang pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke Mesir oleh pedagang yang melalui tempat peninggalan Nabi Yusuf. Di ringkaskan cerita, selepas nabi Yusof menjadi pemerintah Mesir, beliau menjemput nabi Yaakub dan keluarga pindah ke Mesir. Maka pusat kenabian berpindah ke Mesir, sehinggalah kepada zaman nabi Musa dan firaun.
12:99
Sahih International
And when they entered upon Joseph, he took his parents to himself and said, “Enter Egypt, Allah willing, safe [and secure].” (Surah Yusuf).
Nabi Musa slepas melarikan diri dari Firaun melalui laut merah tu membawa rakyatnya (bani israel) kembali ke Palestin. namun orang Yahudi yang tidak memasuki Palestin kerana kedegilan lantas Allah sesatkan selama 40 tahun dan pada waktu itu, Nabi Musa dan Harun wafat. Nabi Yusa’ (dikenali sebagai Joshua) adalah nabi yang memimpin Yahudi masuk balik ke Palestin selepas itu (1190 s.m.). di dalam Quran ada disebutkan kisah nabi Daud dan tentera Raja Talut. Raja Talut memberi takhta kepada nabi Daud sebagai raja di Palestin, dan dari sini bermulalah kerajaan yahudi di Palestin. Nabi Daud menukar nama bandar pemerintahan yang asalnya Madinatussalam kpd jerusalem (Hebrew) – 995 s.m.
Nabi Daud kemudian digantikan oleh nabi Sulaiman, dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan nabi Sulaiman (menguasai jin dsb) dan mereka (orang Yahudi hingga sekarang) percaya nabi Sulaiman ada membina temple (nama: Haikal temple mengikut mereka) di Jerusalem, tetapi tidak di mana Masjidil Aqsa Sekarang (lihat kajian-kajian saintifik).
Selepas nabi Sulaiman wafat, Palestin terbahagi kepada 2, pertama ialah kingdom of Israel, yg ditewaskan oleh Parsi kemudiannya. Satu lagi ialah Kingdom of Yahudi yang ditewaskan di Nebuchadnezar. Yahudi dihalau ke Iraq dan tidak dibenarkan masuk lagi. (500-an s.m.). Pemerinatahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 s.m.) sehinggalah Umar Al-Khatab mengambil Palestin pada tahun 638 m.
Kesimpulan: Sejarah Bumi Palestin, Kewujudan Bani Israel & Kependudukan Umat Islam di Palestin.
Dari penjelasan di atas kita boleh fahami bahawa;
a. Bangsa Yahudi cuma menjadi kerajaan di Palestin selama 4 kurun sahaja yaitu dari nabi Daud hingga sebelum Nebuchadnezzar (1104 s.m. – 586 s.m) sementara umat Islam memerintah selepas Saidina umar menakluk Baitul Maqdis selama 12 kurun. Pun begitu, orang yahudi tidak boleh mendabik dada kerana bangsa yahudi pada umumnya menolak nabi-nabi Allah, maka orang Islamlah yang merupakan pengikut nabi-nabi tersbut sehingga sekarang, yang mempercai dan mengikuti syariat Allah yang ditutunkan Allah (termasuk nabi Daud) sehingga nabi terahkir.
b. Sesungguhnya dakwaan-dakwaan hak Yahudi bagi Palestin telah kabur dengan hak Arab dan Orang Muslim terhadap tanah mereka. Bangsa Palestin telah memakmurkan bumi Palestin kira-kira 1500 tahun sebelum terdirinya negara haram Yahudi, bahkan kewujudan bangsa Palestin berterusan semasa pemerintahan Yahudi sehinggalah Yahudi telah terpisah dari Palestin sampailah ke hari ini. Yahudi hanya memerintah sebahagian dari Palestin bukanlah keseluruhannya dalam tempoh sekitar 4 kurun terutama antara 1000 sehingga 586 sebelum Masehi. Lalu tamatlah pemerintahan mereka seperti mana telah tamat pemerintahan Kaum lain seperti: Asyuriyan, Farsi, Firaun, Greek dan Rom. Sedangkan Bangsa Palestin terus memasak di bumi itu.
c. Adapun pemerintahan Islam yang paling panjang iaitu 636M sehingga 1917M terkecuali tempoh perebutan dalam Perang Salib yang berlanjutan 90 tahun iaitu sekitar tahun 1200. Seraya Yahudi telah terputus hubungan dengan tanah Palestin selama 1800 tahun sejak 135 Masehi sehinggalah kurun ke-20.
d. Selain kedudukan mereka dalam politik dan ketamadunan dan kebudayaan di dalam Palestin. Bahkan telah diharamkan dalam ajaran agama mereka untuk kembali ke Palestin. Sebahagian besar (80%) dari Yahudi hari ini menurut kajian beberapa pengkaji Yahudi sendiri seperti penulis terkenal Arthur Costler tidak memperakui dari segi sejarah kaitan antara Yahudi dengan Palestin sebagaimana tidak diperakui bahawa mereka (80%) ini sebahagian dari kaum Bani Israel. Majoriti Yahudi hari ini berasal dari Yahudi Khazr “Ashkanz” ia adalah sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukas dan telah menjadi Yahudi pada kurun ke-8 Masehi. Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tetapi selatan Rusia.[1]
e. Manakala dakwaan yang mengaitkan Yahudi dengan Palestin tidak berdiri di atas hakikat kebenaran bahawasanya sebahagian besar Bani Israel menafikan penyatuan mereka dengan Musa alaihisalam dalam perjalanannya menuju bumi Baitul Maqdis. Sepertimana mereka menolak untuk menyertai kepulangan ke Bumi Palestin dari Babylon selepas diusir kerajaan Parsi pada masa itu. Sepanjang sejarah sehinggalah kini jumlah Yahudi di Palestin tak pernah melebihi 40% dari jumlah mereka di seluruh dunia.[1]
Palestin Dalam Period Kelahiran Rasulullah SAW dan Kegemilangan Islam
Pada 20 April 570M, bersamaan 12 R’awwal Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah, bumi mula mendapat tanda-tanda rahmat dan keberkatan kerana. Pelbagai petanda seumpama Haliamtussa’diyah yang menyusukan Muhammad mendapat keberkatan di atas binatang peliharaan. Sinar kenabian mula terserlah dengan budi pekerti dan sifat sehingga perletakkan batu hajtulaswad yang hampir menumpahkan darah kaum-kaum di Mekah mendapat sentuhan hikmah pemuda bakal nabi.
Keunggulan budipekerti dan amanah Muhammad telah ditakdirkan Allah pada tahun 586M Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah seorang usahawan ketika itu.
Pada 6 Ogos 610M bersamaan 17 Ramadan Turunnya wahyu pertama kepada Muhammad SAW di jabal Nur melalui turunnya surah pertama IQRA’. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hira’ 613M Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi terus bertahannut/beruzlah di Gua Hiraq’ sehingga di satu malam baginda melihat wajah asli Jibril di gua Hiraq. Kemudian nabi menerima wahyu kedua Ya-ayyuhalmuddatsir yang membawa arahan agar nabi memulakan dakwah. Nabi mula berdakwah secara sembunyi.
Sekitar tahun 614M kuasa Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir – mengalahkan kuasa Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.
Pada tahun 616M, iaitu setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) … “Fasda’ maatu’ mar…..” maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit safa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa.
Pada 618M Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran – Surah Ar Ruum.
Peristiwa Isra’ Mi’raj
Suatu peristiwa yang signifikan di dalam kehidupan Rasulullah SAW dan umat Islam yang langsung berkaitan dengan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa sebagaimana tertera di dalam surah Al-Isra’ ayat pertama ialah baginda di Isra’ dan Mi’rajkan oleh Allah SWT dan sekali gus merupakan bermulanya kewajipan solat lima waktu yang menjadi ‘tiang agama’ Islam untuk umatNya sehingga hari Qiamat.
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)
Di Masjidil Aqsa merupakan tempat sujudnya Nabi Muhammad SAW ketika melakukan Isra’ mi’raj.
Mengikut setengah riwayat peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Haritsah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Pendapat lain pula mengatakan berlaku pada hari isnin 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah (tahun 619M). Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Pada 621M Perjanjian Aqabah I – 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dan bermulanya Kerajaan Islam
Pada 12 November 622M, bersamaan 1 Rabiulawwal 1Hijrah, Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan sekali gus menandakan fasa kemenangan dan pembentukan kerajaan Islam. Selepas tarikh ini, banyak surah dan ayat-ayat yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW berupa ayat-ayat hukum dan pelaksanaan syariat.
Pada 8 Rabiulawwal 1H, perjalanan hijrah Nabi bersama Saidina Abu Bakar AS dan rombongan tiba di Qubak selatan Madinah. Di sini nabi mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Qubak.
Pada 24 Nov. 622M, bersamaan 12 R’Awwal 1H Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali memasuki bandar Madinah dan segera mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.
Pada 623M (2H) Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.
Islam berkembang di Madinah dan dakwah menghadapi golongan-golongan penentang.
Sepanjang perjuangan dakwah dan tarbiyah nabi dan para sahabat di Madinah, pelbagai peristiwa sokongan dari mereka yang mendapat hidayah dan tentang oleh para musuh-musuh yang ingkar kepada perintah Allah Ajawa-jalla dihadapi Rasulullah SAW dan umat Islam yang bersama baginda. Diantara peperangan yang terpaksa dihadapi uamt Islam ialah Perang Badar (H), Perang Uhud (H), serta usaha-usaha mendepani keingkaran golongan kaum Yahudi di Madinah. Semua dihadapi oleh Rasulullah SAW dengan bimbingan wahyu dan penuh hikmah. Kebenaran yang dibawa Rasulullah terus berjaya menawan hati-hati yang ikhlas dan ramai pemuka-pemuka arab quraish yang dahulunya menentang telah bersama di dalam ajaran murni Islam yang syumul. Di antaranya ialah Khalid Al-Walid seorang panglima yang hebat dan bertaqwa. Berikut di antara golongan-golongan penentang di kalangan kaum-kaum Yahudi di Madinah;
BANI AL-NADIR : Ianya satu golongan Yahudi yang merupakan sekutu Qabilah Khazraj. Mereka tinggal berhampiran kota Madinah (Yathrib – pada masa seleum Rasululah sollallaahu ‘alaihi wasallam). Mereka memeterai perjanjian dengan kaum muslimin yang memberikan jaminan keselamatan di antara mereka. Namun mereka mengkhianatinya.
Disebabkan pengkhianatan mereka terhadap Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan kaum muslimin, mereka diperangi dan diusir dari kota Madinah. Peperangan antara kaum Muslim dengan Yahudi Bani al-Nadir ini dinamakan Peperangan Bani Al-Nadir yang berlaku pada tahun keempat hijrah.
BANI QAINUQA’: (disebut juga sebagai Bani Kainuka, Bani Kaynuka, Bani Qaynuqa’ (bahasa Arab: بنو قينقاع) adalah satu di antara tiga suku Yahudi yang tinggal di Yatsrib, sekarang Madinah. Mereka merupakan kumpulan Yahudi yang paling ramai dan paling kuat di kota Yatsrib. Pada tahun 624, mereka diusir oleh Nabi Islam, Muhammad, kerana diketahui melanggar perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah.
Pada abad ke-7, Bani Qainuqa’ adalah sebuah suku yang tinggal di dua benteng di bahagian barat daya kota Yatsrib, yang sekarang disebut Madinah, telah menetap di sana sejak waktu yang tidak diketahui. Kedatangan mereka mengikut setengah para Sarjana Barat dari Palestin kerana di Palestine tersebar luas penganut Agama Nasrani.
Meskipun sebahagian besar dari mereka menggunakan nama Arab, tetapi mereka adalah dari etnik asli Yahudi dan beragama Yahudi. Mereka mencari nafkah melalui perdagangan dan kerajinan tangan, termasuk menjadi tukang emas dan tukang besi, serta membuat senjata. Pasar di Yatsrib terletak di tempat dimana bani Qaynuqa’ tinggal. Bani Qaynuqa’ bersekutu dengan sebuah suku arab, Bani Khazraj, dan mendukung mereka melawan Bani Aus.
BANI QURAYZAH : Iaitu golongan Yahudi yang berada di Madinah yang merupakan sekutu Qabilah Aus dan telah membuat tali persahabatan dan perjanjian damai dengan kaum Muslimin. Namun mereka mengkhianatinya, di mana mereka telah membuat pakatan dan membantu orang-orang kafir Quraisy untuk memerangi Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan kaum Muslimin dalam peperangan Ahzab.
Selepas kemenangan dalam peperangan Ahzab, Allah mewahyukan kepada Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam agar memerangi mereka yang berbuat khianat. Akhirnya mereka dapat ditawan dan dijatuhi hukuman mati bagi semua lelaki. Manakala perempuan-perempuan dan kanak-kanak dijadikan tawanan perang dan harta mereka dijadikan harta Ghanimah (harta rampasan perang). Hukuman ini dijatuhkan oleh ketua mereka sendiri yang telah memeluk agama Islam iaitu Sa’ad bin Mu’adz. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima hijrah.
Peristiwa-peristiwa tersebut memberikan gambaran bagaimana dendam kesumat bangsa Yahudi yang sukar menerima kebenaran dan memiliki sifat perkauman sempit dan salah yang sudah sekian lama mereka miliki turun temurun sebagaimana dijelaskan di dalam banyak surah di dalam AL-Qur’an. Mereka benar-benar kalah ujian dari Allah apabila nabi penutup di datangkan Allah bukan dari kaum Yahudi, sebaliknya dari bangsa Arab, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Islam tersebar keluar dari tanah Arab.
Islam yang sifatnya syumul, menyeluruh dan bertepatan dengan waktu, geografi, bangsa, budaya dan status terus berkembang dan dapat diterima oleh mereka yang ikhlas dan mendapat hidayah Allah SWT. Antaranya ialah pada 630M (8H) Peperangan Muktah berlaku dan Kaum Muslimin berdakwah dan berhadapan dnegan kuasa Rom – Pimpinan Khalid Al Walid. Beberapa misi dakwah turut dilakukan oleh para sahabat sehingga kepengujung misi kenabian Rasulullah AQW.
Pada 632M, 25 Zulkaedah 10H Nabi melaksanakan Haji Widak. Pada 632M bersamaan 12 R’awwal 11 Hijrah, Rasulullah SAW wafat pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi. Islam terus di pimpin oleh para sahabat-sahabat agung dan terus membawa misi meingiklankan Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Syariat berasaskan ubudiyah lillahi wahdah – Untuk membawa manusia tunduk dan patuh kepada ajaran dan hukum-hukum Allah SWT.
KHALIFAH AL RAASYIDIN
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Islam terus berkembang dan sahabat-sahabat agung meneruskan misi dakwah dan tarbiyah membawa manusia untuk beriman dan menegakkan syariat Allah demi kesejahteraan manusia.
Di antara 632-634M Saidina Abu Bakar al-siddiq RA (selama 2 Tahun) menjadi khalifah Islam pertama. Beliau meninggal dunia pada thn 13 H dan dimakamkan di rumah nabi.
Di antara 634-644M Saidina Umar RA mengambil alih menjadi Khalifah memimpin ummat (selama 10 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh seorang majusi di Madinah ketika hendak menjadi imam sembahyang subuh. Beliau dimakamkan di rumah Nabi.
Di antara 644-656M, Saidina Osman RA (selama 12 Tahun) berusia 82 Tahun. Beliau dibunuh /ditetak dari belakang ketika sedang membaca Al Quran kerana isu pentadbiran tanah di iraq. Pemilik-pemilik tanah tidak puas hati kerana Osman membahagikan tanah melalui ketua-ketua kabilah yang difikirkan layak. beliau dimakamkan di perkuburan baqi’ di Madinah.
Di antara 656-661M, Saidina Ali Abi Talib RA (memimpin selama 5 Tahun). Beliau mati dibunuh oleh Puak Khawarij di Kufah. Muawiyah, Aisyah, Talhah dan Zubir bin Al Awwam tidak puas hati kerana Ali lambat mencari pembunuh Othman. Semasa pemerintahan Ali berlaku peperangan Jamal dan Peperangan Siffin.
Ketika saidina Umar al-Khattab memimpin ummah, tentera Islam berjaya menakluki Baitul Maqdis dan pertama kali Masjidil Aqsa didirikan oleh Khalifah Umar bin Khatab. Mesjid Aqso itu dibangun dengan membangunnya dari kayu. Berulangkali para Khalifah dinasti Islam melakukan perbaikan dan pembaruan masjid Aqsha selepas itu. Pada tahun 691 (72 H), Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari dinasti Umayyah, baginda membaikpulih Masjid Al-Aqsa dengan kubah berwarna hijau, ia juga mendirikan sebuah bangunan berbentuk kubah untuk melindungi batu tempat Rasulullah SAW dimi’rajkan kelangit yang kemudian disebut Qubbah Al-Shakhrah (Qubbatush-Sha-khrah, artinya Kubah Batu, Inggris: Dome of the Rock). Kubahnya berwarna kuning keemasan.
KHILAFAH UMAYYAH
Di anatra tahun 661-750M Muawiyah bin Abu Sufyan mengasaskan Dinasti Umaiyyah. Pusat di Damshik, Syria (90 Tahun).
KHILAFAH ABBASIYAH
Di antara tahun 750-1258M (132H) Di sebelah Asia – timbul gerakan pemberontakan oleh Abu Muslim Al Khurasani dengan bantuan puak Syiah lalu menghasilkan Revolusi yang dipanggil Revolusi Abasiyyah. Membentuk Kerajaan Abassiyah dan Khalifah yang pertama ialah Abul Abbas As Saffah (508 Tahun). Seramai 37 orang Khalifah Kerajaan Abbasiyah menjadikan Kufah dan baghdad sebagai ibu kita. Kerajaan ini tewas di tangan Hulagu Khan- cucu Jenghis Khan. Kota Baghdad telah memainkan peranan yang penting kepada tamadun Ilmu sama seperti peranan Cordova di Andalusia. Terutamanya di zaman Khalifah Harun Al Rashid dan anaknya Al Makmun. Inilah Zaman Keemasan Abbasiyah. Kegiatan ilmiayah berlaku dengan pesat terutamanya penulisan kitabn, terjemahan dan hubungan diplomatik serta perdagangan. i.e Eropah, India dan Cina.
SALAHUDDIN AL AYYUBI DAN PEPERANGAN SALIB
Di antara 1145M 541 – 569H Dalam keadaan yang kritikal itu Allah membangkitkan Raja wilayah Mesir yang bernama Imaduddin Atabek Zinkiy (541H) . Beliau berjaya mengalahkan kaum salib di banyak medan jihad dan berjaya mengambil kembali kota Ruha dari tangan Kristian. Bila beliau meninggal ia diganti oleh anak beliau Nuruddin Mahmud Zinkiy (569H). Beliau berusaha untuk membebaskan Jurusalem dari tangan Kristian tetapi belum sempat, beliau telah meninggal. Tempat beliau diganti oleh Raja Mesir yang bernama SALAHUDDIN YUSUF BIN AYYUB atau Salahuddin Al Ayyubi.
Pada masa beliaulah Palestin dapat dibebaskan dari cengkaman Kristian dan islam berjaya gilang gemilang dalam peperangan salib. Nampaknya beliau telah dipersiapkan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat untuk menerima tugas besar iaitu jihad. Beliau seorang yang tegas, bertekad kuat, ikhlas, tidak bertangguh, kuat berjuang, berani mati membela kebenaran, bersemangat tinggi melawan kekufuran, mampu memipin secara berkesan, mampu berorganisasi, soleh, tekun beragama, berjiwa besar, berperikemanusiaan yang tinggi serta berbudi pekerti luhur.
Di antara tahun 1187- 2.9.1192M (583-588H) Peristiwa Perang Salib. Berlaku selama 5 tahun. Pada hujung abad ke 6 hijrah Kerajaan Islam telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan berpecah-pecah. Kaum Kristian di barat mula merasa ini peluang yang baik untuk merampas kembali Baitul Maqdis dari kaum muslimin. Seluruh Eropah menyerbu kaum muslimin apabila Paus mengeluarkan seruan untuk melancarkan perang salib secara besar-besaran. Semua raja-raja eropah telah turun padang. Di antarnya Kaisar Frederick, Raja-raja Inggeris, Perancis, Sicily, Leopold raja Austria, Duck von Burgand, Count von Flander. Namun perang salib ini telah menghumbankan raja-raja ini ke kancah kekalahan di tangan kaum muslimin. Frederick telah mati dalam pertempuran. Pahlawan-pahlawan merekanramai yang mati dan dikuburkan di Elia.
Sebenarnya peperangan salib ini membahayakan kedudukan Kota Makah dan Madinah. Di bawah pemerintahan Salahuddin Islam dapat disatukan semula dari lembah Nil hingga ke Lembah Furat. Di bawah pasukan Salahuddin berhimpun kaum muslimin dari pelbagai kaum iaitu suatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan teknologi peperangan yang ada pada ketika itu Salahudin mula menyeru jihad pada tahun 1187M berjaya menghalau kaum salib dan merampas kembali Jerusalaem dan Palestin di Medan Pertempuran HATHIN pada tahunpada bulan Julai 1187/ 583H.
Dengan kekalahan ini Eropah mengerah bala tentera yang amat besar di bawah pimpinan Raja Inngeris yang terkenal dengan panggilan RICHARD THE LION HEART dan menyerang Palestin namun dikalahkan oleh Salahudin dan kaum salib menandatangani perjanjian damai pada tahun 588H bersamaan 2.9.1192 di RAMALLAH. Richard kembali ke England dengan malu. Setahun kemudian Salahuddin meninggal (1193). Sebelum kemenangan di Hithin kaum muslimin tidak mempunyai sejengkal tanahpun dibarat Sg Jordan.
Dalam peperangan salib ini ketokohan Salahuddin menyebabkan kaum muslimin tidak membantah diajak berjihad, walaupun sebelum ini mereka telah terlalu letih kerana berperang terlalu lama. Orang-orang Arab, Turkemen dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad oleh Salahuddin. Salahuddin ternyata dapat menyatukan umat dengan aneh sekali, sehingga tidak ada satu daerah pun yang memberontak dalam pemerintahannya. Setelah kekalahan pada tahun 1192 itu raja-raja Kristian di Konstantinopel, Armenia dll tidak berani mencabar kaum muslimin dan masing-masing menghormati salahuddin. Di bawah pemerintahannya semua anak-anak, dan rakyatnya terdidik dengan perjuangan . Salahuddin mempunyai Dewan Penasihat Khusus dalam urusan peperangan.
Pada tahun 1258M Hulagu Khan Menghancurkan Baghdad dan menamatkan Empayar Abasiyah yang memerintah selama 508 tahun. Umat Islam diperintah oleh kaum yang tidak beragama dan bodoh buat beberapa waktu.
KHILAFAH UTHMANIYYAH
Di antara tahun 1281-1924M Kerajaan Turki Uthmaniyah (selama 643 Tahun). Merupakan empayar Islam yang terbesar. Diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. Memiliki 37 orang khalifah.
Pada 1453M (853H) Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al Faateh) menakluki Konstantinopel (kini Istanbul), Ibu negara Rom Timur atau Byzantium ketika itu. Usaha menjatuhkan konstantinopel tidak berjaya dilakukan selam 800 tahun setelah dicuba lebih 30 ekspidisi setelah Rasulullah menyebutnya di dalam Hadith berbunyi “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Usaha dakwah dan penaklukkan telah dilakukan di zaman khilafah Ummayah & Abassiyah. Sehingga munculnya raja Muhammad Al Faateh ini yang baru berusia 24 tahun. Kejayaan Turki menakluki Konstantinopel terletak kepada kekuatan akidah, akhlak dan ibadah selain ketekunan mereka menguasai industri perang, kepemimpinan dan organisasi ketenteraan serta keunggulan bidang persenjataan.
Sultan Muhammad Al-Faateh adalah individu yang begitu berkualiti keIslamannya. Beliau adalah orang yang tidak pernah meninggal solat fardu, solat rawatib dan solat tahajjud semenjak dari akil baligh. Benarlah hadis Rasulullah di atas dan kekuatan ini yang menjadi kualiti kepada kejayaan perjuangan ummat ketika itu.
Sultan Muhammad Al-Faateh juga adalah seorang yang mahir dalam bidang Matematik dan berjaya mnerapkannya dalam peperangan. Beliau mengumpulkan segala jenis teknologi senjata yang ada pada ketika itu.
Pada tahun 1774M Kerajaan Uthmaniyah dikalahkan oleh tentera barat dengan kekalahan yang teruk, antara lain akibat kemerosotan iman, akhlak, kesatuan dan teknologi peperangan.
1914-1918M Perang Dunia I – mengakibatkan 21 juta orang terbunuh. Kos peperangan ialah 37 bilio pound sterling.
ERA SEKULARISMA DAN PASCA DAULAH ISLAMIYAH
Pada tahun 1924M Kehancuran Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyah di Turki akibat kejahatan raja-rajanya dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan dan ditambah dengan perancangan halus Yahudi dan barat untuk melemahkan Islam. Kemunculan Mustafa Kamal Attatur sebagai perosak nilai Islam dan bapak sekularisma di Turki.
GERAKKAN IKHWAN MUSLIMIN
Allah Yang Maha Berkuasa tidak membiarkan umatnya terus jahil dan tidak terbimbing. Seorang mujadid dilahirkan dan pada 1928, seorang pemuda yang memiliki pemikiran yang tajam, kesedaran yang tinggi dan memiliki Al-Qur’an di dalam hatinya muncul dengan suatu gagasan bagi memperkenalkan gerakkan Islah dengan memulakan kumpulan kecil Ismailiah Mesir yang ketika itu dijajah British. Hasan Al-Banna adalah nama yang hebat, Beliau adalah seorang besar yang mendapat taufiq dan tidak mahu menyalahi jalan yang benar. Beliau bukan sahaja menarik orang kepada agama, bahkan juga beliau telah mengisi hati pengikutnya dengan perasaan cinta kepada Islam.
Ikhwan Musimin ditubuhkan pada bulan Mac 1928 di bandar Isma’iliyyah. Pertubuhan ini berkembang pesat. Antara yang ikut serta dalam perjuangannya ini pada peringkat awal adalah adik bungsunya Abdul Rahman Al Banna dan enam sahabatnya yang lain. Pertubuhan ini telah berkembang subur di masa tercetusnya perang dunia yang kedua dan berjaya menjadi salah satu kuasa politik yang bertarung semasa itu dan model sebagai gerakan Islam yamg mampu menghadapi cabaran semasa.
Terdapat tiga strategi dalam mengatur Ikhwan Al Muslimin iaitu peringkat pertama memperkenalkan Ikhwan Al Muslimin dan menyebarkan da’wah asas melalui ceramah-ceramah dan mengadakan kegiatan kebajikan masyarakat. Keduanya membentuk keperibadian anggota-anggota Ikhwan Al Muslimin sebagai persediaan untuk melancarkan jihad. Ketiganya, melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas tetapi penekan sepenuhnya kepada ahli-ahlinya dengan disiplin perjuangan yang tinggi.
Sebagai sebuah gerakan massa, Ikhwan Al-Muslimin menumpukan perhatian kepada bidang ekonomi dan sosial dalam menyebarkan da’wahnya. Dalam bidang ekonomi Ikhwan Al-Muslimin berjaya menubuhkan kilang tekstil, syarikat perniagaan, syarikat pengiklanan. Manakala dalam bidang sosial pula Ikhwan Al-Muslimin menubuhkan sekolah, pusat perkhidmatan, mengadakan kelas petang di seluruh negara. Kesannya Ikhwan Al-Muslimin mendapat sambutan bukan saja di Mesir bahkan ke negara-negara Arab yang lain di Timur Tengah.
Di kemuncak kegemilangannya Ikhwan Al-Muslimin berjaya mewujudkan lebih 2000 cawangan di seluruh Mesir dengan keanggotaan dianggarkan seramai dua juta orang. Juga banyak cawangannya terbentuk di beberapa negara seperti Iran, Syria, afrika Utara dan Pakistan. Dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan kelas menengah dan penduduk bandar seperti para intelek, para pekerja dan sedikit sahaja dari kalangan petani dan penduduk desa.
Bagi Hasan Al-Banna perjuangan Islam Ikhwan Al-Muslimin bukanlah Islam yang hanya memberi penekanan kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi merangkumi perkara yang berkaitan dengan urusan negara dan ummah. Sehingga beliau menyatakan bahawa, “ sesungguhnya Islam adalah agama, dunia, politik dan negara.” Seluruh umat dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain oleh batas-batas geografi. dan masih berpendapat keagungan islam hanya boleh tercapai dengan mengembalikan keagungan bangsa Arab. Untuk itu beliau menekankan perlu wujud perpaduan Arab sebagai pra-syarat bagi mengembalikan keagunganIislam.
Beliau tidak yakin Islam boleh dibangunkan oleh bangsa lain selain dari bangsa Arab. Oleh itu Ikhwan Al-Muslimin berperanan penting menggerakkan penentangan rakyat terhadap pendudukan Inggeris di Mesir dan apabila meletus perang palestin,Ikhwan al-muslimin merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk membantu saudara sesama Islam menentang pengganas-pengganas zionis.
Hasan Al-Banna juga mengasaskan Pasukan Bersenjata berikutan dari rancangan Zionis untuk merampas Palestin dan ianya diawasi dan dikawal oleh Hasan Al-Banna. Beberapa Peranan pasukan bersenjata Ikhwan Al-Muslimin seperti terlibat dalam perang Arab-Israel tahun 1948-1949. Kesan dari penglibatan Ikhwan dan dilihat sebagai ancaman kepada kepimpinan Mesir di tambah pula dengan konspirasi British dan Amerika, pada disember 1948 Ikhwan Al-Muslimini semasa Mesir di bawah pimpinan Nikrasyi Pasya telah mengharamkan gerakan ini dan penangkapan 32 orang Ikhwan Al-Muslimin.
Semua cawangan organisasi Ikhwan Al Muslimin dibubarkan dan harta bendanya diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri. Ikhwan Al Muslimin juga dituduh sebagai musuh ketat kerajaan yang cukup lengkap dengan persediaan senjata, hospital-hospital, sekolah-sekolah, kilang-kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh. Hasan Al-Banna tidak pula ditangkap keran tidak ada bukti kukuh mengaitkannya beliau dengan keganasan.
Pertukaran pemerintah menyebabkan tekanan bertambah keatas Ikhwan Al-Muslimin iaitu ramai anggota gerakan ini ditangkap dan ditahan di khemah-khemah tahanan dan harta benda mereka dirampas. Usaha Hasan Al-Banna untuk menyelamatkan suasana ini gagal walaupun beliau tidak ditangkap tetapi pergerakannya terbatas. Kesannya Hasan Al-Banna telah ditembak mati pada 12 februari 1949 di hadapan ibu pejabat pertubuhan syukbanul muslimin oleh pasukan polis Rahsia Mesir.
Selepas kematian Hasan Al-Banna, Hasan Al-Hudaybi telah dilantik sebagai pengganti Hasan Al-Banna.
Kejatuhan kerajaan khalifah Othmaniah, pergolakkan dunia perang dunia pertama memburukkan keadaan negara-negara Islam. Pada 1939-1942M Perang Dunia Ke II meletus. Dilaporkan ianya telah mengorbankan 35, 513,877 nyawa. Kos ialah 1 juta poun sterling sejam.
SEJARAH PALESTIN MORDEN [4]
Napoleon Bonaparte adalah orang yang bertanggungjawab mambawa kembali orang-orang yahudi ke Palestin pada 20 April 1799, iaitu seramai 5000 orang. Tujuannya adalah untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Islam Uthaminiyyah yang memerintah wilayah ini. selepas perang dunia pertama, Yahudi di Palestin cuma 55,000 (8.4%), selebihnya adalah penduduk Arab, mereka tinggal aman damai dan bumi Palestin begitu subur dengan pelbagai hasil seperti zaitun, teen, kurma dan limau. Bagi membicarakan sejarah moden Palestin, ia boleh dibahagikan kepada 6 fasa:-
Fasa 1: 1880 – 1917
Pertubuhan Zionis Antarabngsa dan Pengistaharan Balfour
Pada Ogos 1897 suatu persidangan antarabangsa zionis telah berjaya di adakan di Switzeland dan di bawah pimpinan Tudor Heartz telah juga membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi. Gerakan Zionis berdiri sebagai gerakan perkauman yang terpaksa dibina di atas landasan dan latar belakang keagamaan dan keturunan kaum Yahudi (memperkudakan agama untuk meraih sokongan). Mereka telah merancang dan mengabungkan diri dengan projek penjajahan Barat yang ketika itu memiliki kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan. Usaha mereka pada awalnya gagal untuk memperolehi sebarang sokongan sehingga akhir perang dunia pertama (WW1).
Mereka terus berusaha dan meletakkan syarat-syarat kepada kejayaan pertubuhan mereka adalah untuk merampas tanah Palestin yang majoritinya diduduki orang Islam dengan menafikan hak-hak penduduk Palestin yang berbangsa Arab. Bagi mereka tiada beza antara fahaman komunis atau sekular atau keagamaan ataupun kebudayaan mahupun politik, semuanya sama sahaja pada akhirnya Zionis sepakat untuk berusaha mencapai cita-cita mereka (ini menunjukkan prinsip “matlamat menghalalkan cara”) walaupun perlu menggunakan apa juga tipu muslihat dan kezaliman.
Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Uthamniyyah melarang orang yahudi membeli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas itu.
Semasa WW1, British telah membuat perjanjian dengan 3 pihak iaitu perjanjian dengan France dan Russia tentang pembahagian kawasan kemenangan (jika mereka menang); perjanjian dengan Raja Hussin supaya menolong lemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (jika berjaya, bagi Palestin); dan terakhir dengan Zionis yg ketika itu menguasai Amerika. Tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang menentang German. Sebagai balsaan kepada golongan zionis, akan diberikan Palestin kepada mereka, yang kemudianya dinamakan sebagai ‘Balfour’ declaration. Inilah di antara sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi. Ia bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).
Fasa 2: 1917-1948 – Kejatuhan Khalifah Uthmaniah & Penubuhan Israel Haram
Kawasan Palestin dikenali sebagai trans-Jordan ketika itu. Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat Islam tanpa sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (sebelum ada PBB) didesak untuk menerima ‘Balfour declaration’ antara British dengan Yahudi.
Pada 24 Julai 1922, declaration tu diterima dan ianya seperti suatu kebenaran bagi orang-orang yahudi dari negara-negara eropah dan rusia memasuki tanah Palestin beramai-ramai. High commisioner British di Palestin adalah orang yahudi ketika itu. British yang menjajah Palestin memberi laluan mudah usaha-usaha zionis dan orang-orang yahudi mula menggunakan strategi ganas dengan menubuhkan kumpulan-kumpulan pengawal yang akhirnya menjadi kumpulan-kumpulan ganas (gangster) seperti Kumpulan
Rejim Israel mula mengenakan tekanan seperti cukai tanah yang tinggi dikenakan kepada penduduk Palestin supaya mereka menjual tanah mereka.
Pada waktu ini, Jihad Palestin mula ditubuhkan. Bermula tahun 1929, umat Islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa haram menjual tanah kepada yahudi dikeluarkan tahun 1935. Sepanjang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal.
British mengeluarkan kertas putih yang menyatakan kerajan palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (iaitu pada 1949), yang diperintah oleh Arab dan yahudi.
Pada tahun 1944, cuma sekitar 75000 orang yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tidak akan ada lagi orang yahudi yang akan dibawa masuk ke Palestin kecuali dengan izin orang arab di Palestin.
Selepas WW2, tahun 1947, British membincangkan isu Palestin di PBB. resolusi 181 PBB menyatakan bahawa PBB bercadang bahagikan Palestin kpd 2, 55% daripada kawasan diserah kepada yahudi (yang cuma 33% daripada penduduk) dan selebihnya kepada Arab. Walaupun ternyata pembahgian tersebut tidak logik, namun yahudi masih tidak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan.
Gerakan penentangan terhadap kehadiran yahudi terus dilakukan oleh kaum muslimin di Palestin dan Ikhwanul Muslimin mula menghantar sukarelawan berperang di Palestin.
Namun kerjasama British dan persatuan yahudi antarabangsa sudah bertambah kuat dan pada ada 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sebagai negara dan Arab diusir beramai ramai. Periatiwa ini dikenali sebagai NAKBAH yang membawa maksud malapetaka besar.
Nakbah – Penguasaan Israel dan Pengusiran Penduduk Palestin
Dalam peristiwa nakbah (baca lanjut di SINI), Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.
Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.
Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.
Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).
Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.
Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.
Pada 1948, sejumlah 396 penempatan (kampung) di seluruh Palestin dirosakkan dengan meletupkan rumah-rumah dan merosakkan kebun-kebun. Senarai Penuh dan jumlah penduduk yang terkesan dapat diteliti di SINI.
Fasa 3: 1949 – 1967
Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. mereka merancang untuk menubuhkan Israel Kubra (the great Israel) yang meliputi kawasan Palestin termasuk iraq dan madinah kerana mereka bangsa mereka pernah menetap di sana.
Pada 1957 Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi untuk menentang Yahudi yang kemudiannya dikenali sebagai PLO yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili orang Palestin.
Fasa 4: 1967 – 1987
PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yg menyatakan hak orang Palestin menubuhkan negara di Palestin.
Pada tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East palestin dengan israel, dan israel kalah teruk. perang tu dinamakan ‘Peperangan Karamah’. Tahun 1987, PLO yg diketuai oleh Yaser Arafat menukar pendekatan perjuangan, daripada arm struggle kpd negotiation.
Pada 1978 Camp David dimetrai, ia adalah perjanjian antara Mesir (Anuar Sadat) dan Israel. israel bersetuju withdraw dari Palestin, dengan syarat Israel diiktiraf. waktu tu, semangat orang arab malah maruah umat Islam JATUH teruk. Pembunuhan Anwar Sadat yang menanda tangani perjanjian tersebut adalah satu dari tanda kebencian ummat terhadap perjanjian tersebut.
Pada tahun 1987, HAMAS muncul di Palestin dan berpusat di Gaza dengan tercetusnya Intifada (upraising atau gerakan penentangan) terhadap kezaliman Israel. Hamas adalah salah satu gerakan berasaskan Ikhwanul Muslimun yang diketuai oleh As Syahid Sheikh Ahmad Yasin, seorang ulama’ yang sangat tajam pemikiran, penilaiannya dan ketegasannya terhadap isu-isu asas Islam, khususnya di dalam berdepan dengan rejim zionis. Hamas ditakuti oleh orang yahudi kerana prinsip pejuangannya dan dipimpin oleh golongan pelajar dan profesional.
Fasa 5: 1987 – 2000
Perang teluk (Fasa1 Perang Iraq-Iran: September 1980 -Ogos 1988 dan Fasa2 Iraq-Kuwait/Amerika 2 Ogos 1990-27 Feb 1991) menyebabkan bantuan negara negara Arab kepada pejuang di palestin dihentikan. Maka perjuangan di Palestin juga terjejas.
Pada 1993, berlaku inisiatif perjanjian damai OSLO di mana PLO (Yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Tebing Barat.
Isi Perjanjian Oslo 1993 adalah seperti berikut:-
1. Rakyat Palestin diberikan pemerintahan autoriti di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
2. Sebelum bermula pemerintahan autoriti pada tahun ke-3, sempadan kawasan akan diadakan bagi kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Ia akan menjadi sempadan kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (resolusi 242 dan resolusi 338).
3. Dalam tempoh 2 bulan selepas perjanjian ini dimeterai, kerajaan Israel akan mengundurkan askarnya dari kawasan Semenanjung Gaza dan kawasan Jericho.
4. Selepas 9 bulan pemerintahan autoriti berjalan, satu pilihanraya umum mesti diadakan bagi memilih PA (pihak berkuasa Palestin). Pihak PA Cuma mempunyai kuasa memerintah di kawasan yang diberi autonomi sahaja. Sebaik sahaja pilihanraya umum diadakan, tentera Israel mesti berundur dari penempatan rakyat Palestin.
5. Kerajaan yang diterajui pihak PA cuma mempunyai kuasa memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja. Pihak PA tidak boleh membina kekuatan dan senjata bagi menangkis ancaman dan serangan dari luar. Pihak PA tidak mempunyai kuasa di kawasan penempatan Israel di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Pihak PA juga tidak mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa.
6. Kerajaan Israel mempunyai kuasa veto untuk membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legislatif PA.
7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai mesti diselesaikan melalui rundingan bersama.
8. Penyerahan kuasa akan dilakukan secara berperingkat.
9. Pihak PA tidak akan dilabel sebagai pengganas kerana mereka menjaga keamanan rakyat Palestin. Pihak PA bertanggungjawab menghalang apa sahaja usaha bersenjata ke atas rakyat Israel dan askarnya daripada pihak rakyat Palestin.
Perjanjian ini ditandatangani diantara Yasser Arafat (FATAH) yang mewakili rakyat Palestin dengan Yitzhak Rabin yang mewakili rakyat Israel pada 13 September 1993 (Isnin) di Washington, Amerika Syarikat. Melalui perjanjian tersebut dapat disimpulkan bahawa:-
a. Perjanjian ini berat sebelah. Dengan adanya perjanjian ini bermakna rakyat Palestin telah kehilangan 77% bumi Palestin dan kuasa pemerintahan rakyat Palestin dihadkan semaksimum dan Cuma dapat memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja.
b. Dengan adanya perjanjian ini akan memberikan ruang yang cukup luas kepada kerajaan Israel untuk meluaskan penempatan mereka di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
c. Dengan termeterainya perjanjian berat sebelah ini, rakyat Palestin tidak mempunyai senjata jika diserang oleh tentera Israel.
d. Pergerakan HAMAS tidak bersetuju dengan isi kandungan Oslo 1993 kerana ianya satu perjanjian yang berat sebelah dan rakyat Palestin tidak pernah membincangkan isi kandungannya sama sekali. Rakyat Palestin tidak pernah didedahkan isi kandungan perjanjian Oslo 1993.
e. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, special affair (perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. urusan lain diuruskan oleh israel. kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan.
f. Perjanjian ini sememang menyekat perjuangan HAMAS dan meletakkan HAMAS dan pejuang-pejuang sebenar pembebasan Palestin serba salah. Namun HAMAS meneruskan usaha-usaha berasaskan prinsip hak rakyat asal Palestin yang tidak boleh diperlakukan sebagai pihak yang bersalah, sedangkan Israellah yang datang menjajah dan merampas, manakan boleh diberikan keistimewaan untuk mengambil hak lebih dan meletakkan rakyat Palestin di stu penjuru yang akan menerima pukulan yang semakin teruk.
Hasil persetujuan OSLO Yassir Araffat, pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan kerajaan) ditubuhkan. ‘Kerajaan’ baru ini diiktiraf oleh beberapa negara tetapi bukan US dan UK.
US sememang memainkan peranan besar di dalam menentukan hala tuju kekuasaan Israel di bumi Palestin. Ketika pentadbiran Clinton , empat kementerian dikenalpasti diketuai oleh Yahudi, diantaranya Perbendaharaan, Luar Negara (Albright) dan Keselamatan. Daripada 11 orang senat US, 7 orang adalah Yahudi termasuklah Pengarah CIA.
Fasa 6: 2000 – Intifadah ke-2 hingga sekarang
Pada 28 September 2000, Ariel Sharon sebagai ketua Parti Likud in (Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 – 14 April 2006) merancang mencabar umat Islam dengan memasuki Al-Aqsa. Ariel Sharon selaku presiden parti likud israel yang merupakan seorang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan sabra satillah (Beirut) telah melakukan lawatan ke Baitul Maqdis dengan iringan seramai 600 anggota keselamatan dan dengan keizinan perdana menteri pada waktu itu Ehud Barack.
Peristiwa ini telah menyebabkan kemarahan rakyat palestin yang berada di Masjidil Aqs pada waktu itu. Mereka bangkit menetang dengan membaling batu dan juga selipar kearah pasukan keselamatan israel. Peristiwa ini telah mengorbankan 5 orang warga palestin dalam peristiwa tersebut. Secara keseluruhan 4130 warga palestin syahid dan 9000 daripadanya ditahan dipenjara israel kerana atas tuduhan mengancam keselamatan israel.
Di baitul muqaddis mereka mengadakan perarakan besaran bagi mengecam tindakan sharon tersebut,dan demontrasi merebak keseluruh palestin.Israel telah bertindak menyerahkan Gaza kerana kebangkitan rakyat palestin tersebut. Dipihak Palestin 4130 telah syahid dan 766 daripadanya adalah kanak-kanak yang kebanyakan ditembak dari jarak dekat oleh tentera israel atas alasan mempertahankan diri. Seramai 45487 warga palestin cedera yang terdiri dari kanak-kanak, belia serta orang tua.
Israel juga bertindak menangkap seramai 8600 warga palestin yang mana 288 daripadanya adalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun dan 800 daripadanya adalah warga wanita.Mereka merobohkan sebanyak 75105 buah rumah dan membuat tembok penghalang di sepanjang sempadan palestin.Mereka juga menebang 135 529 batang pokok dan membunuh binatang peliharaan warga palestin dengan hasrat supaya warga palestin kebuluran.Intifada kali ini menyaksikan pembunuhan israel keatas pemimpin hamas antaranya Syeikh Ahmad Yassin dan juga Aziz Rantisi.
Di pihak israel pula 1068 warga israel berketurunan yahudi terkorban terutamanya askar yang melancarkan misi ke wilayah palestin.Warga israel yang cedera juga dijangka agak ramai namun bilangannya tidak didedahkan oleh israel.Ekonomi israel mengalami keadaan merudum sebagaimana tahun 1948 dimana sebanyak 11% pengangguran berlaku,dan sektor yang paling terjejas ialah pelancungan dimana 70% mengatakan israel tempat paling tidak selamat didunia.Disebabkan krisis ekonomi ini telah menyebabkan 550 000 warga israel kembali semula ke negara asal.Intifada kali ini telah melonjakkan populariti hamas sehingga mampu memenangi pilihanraya tahun 2006.
Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi kerana dan ini berlaku dan dikenali sebagai Intifadah yg ke-2.
Pada 2005-Rakyat palastin berjaya memberikan tekanan dan ancaman kepada kependudukan Israel di semenanjung Gaza. Israel terpaksa membuat keputusan untuk membawa keluar bukan saha orang Israel malah segala penempatan tentera dan institusi pendidikan dan lain-lain yang mereka bina dari Gaza walaupun sudah 38 tahun mereka menguasai Gaza.
Pada tahun 2005-juga bermula pembinaan tembok-tembok kematian iaitu tembuk konkrit berketinggian lebih 30 kaki melingkari perkampungan Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Pilihan Raya Palestin dan Kemenangan Hamas
Pada 2006 PA (pihak pemerintah Palestin) mengadakan pilihanraya buat kali kedua. Pilihanraya tersebut boleh dikatakan bebas kerana disaksikan dan dipantau oleh pemantau luar negara khusunya Jimmy Carter (bekas Presiden US) dan menyaksikan HAMAS menang besar. Kemenagan HAMAS mengatasi FATAH sungguh tidak diduga semua pihak termasuk Israel. Ini menyebabkan kemenangan tersebut tidak disokong dan tidak iktiraf negara Israel, Amerika dan beberapa kuasa besar. Keadaan tersebut membawa kepada sekatan terhadap Gaza.
Hamas Membentuk Kerajaan dan Pentadbiran
Dengan pimpinan Dr Ismael Haniyyeh sebagai Perdana Menteri (lihat di SINI), Gaza membentuk barisan kabinetnya dengan barisan ahli-ahli Parlimen dikalangan calun-calun yang menang. Beberapa kementerian dibentuk bagi menguruskan pelbagai keperluan pentadbiran dan menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat.
Pada 2007 suatu inisiatif kerjasama digerakkan oleh kedua-dua pihak Fatah dan Hamas yang di adakan di Makkah serta mereka berdamai demi kesejahteraan Palastin.
Hamas di bawah pimpinan PM Ismail Haniyyeh sentiasa meningkatkan pentadbiran di Gaza bagi menghadapi perkembangan-perkembangan dan cabaran-cabaran semasa. Terkini pada 2 September 2012, barisan baru menteri-menteri kabinet dibentuk iaitu;
Ziad al-Zaza – Minister of Finance & Deputy Prime Minister
Mufeed al-Mukhallalati – Minister of Health
Yousif al-Ghreiz – Minister of Public Works and Housing
Ismail Radwan – Minister of Islamic Endowments
Mazin Haniyeh – Minister of Justice
Jawad al-Farra – Minister of Local Governance
Ali Tarshawi – Minister of Agriculture
Menteri-menteri yang kekal dengan jawatan mereka ialah;
Fathi Hamad – Interior Minister
Perdana Menteri mengulas penyusunan semula kementerian-kementeriannya : “Haniya said the reshuffle was “normal procedure after nearly six years of work by some ministers and in order to achieve specific goals for the current period.”
The reshuffle was approved by a meeting of members of the Palestinian parliament, known as the Palestinian Legislative Council.
2006 hingga sekarang: Sekatan Israel terhadap Gaza
Kemenangan besar Hamas mengatasi Fatah sangat tidak disangka Israel dan Amerika khususnya. Mereka yang sekian lama malebelkan Hamas sebagai pengganas telah mendapat sokongan majoriti rakyat khususnya di Gaza. Mereka juga terasa terancam kerana Hamas yang akan memegang tampuk pemerintahan pihak berkuasa Palestin adalah merupakan organisasi yang berpegang kepada prinsip perjuangan dan tidak akand apat ditundukkan oleh pihak Israel dan Amerika.
Lantas pada akhir 2006, Israel yang mendapat sokongan Amerika dan beberapa negara besar seperti eropah telah mengenakan sekatan (Blockade) terhadap semenanjung Gaza.
Kepungan yang tidak berperikemanusiaan ini diperkukuhkan lagi apabila AS mendalangi rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan yang diketuai Hamas di Gaza pada 2007. Dengan kerjasama rapat dari Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.6 juta penghuninya.
Israel mengepung seluruh penduduk Gaza dan merampas bukan sahaja tanah orang Palestin malah sumber air mereka; memusnahkan rumah, perniagaan dan tanaman mereka; memindahkan penduduk; membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya melalui serangan bersenjata untuk membunuh mereka yang disyaki militan; menjalankan penculikan, membunuh, menyiksa dan menghukum secara kolektif.
2008 – 2009 Serangan Israel terhadap Gaza
Sudahlah dengan kepungan (blockade) selama dua tahun rakyat Gaza tanpa makanan dan keperluan asas yang mencukupi, Israel terus mencerobohan selama tiga minggu ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 – 20 Januari 2009. Membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin, di mana lebih 80% daripadanya merupakan orang awam.
Enam ribu empat ratus buah rumah musnah dan kira-kira 75% bangunan musnah sehingga hari ini akibat kepungan yang berterusan.
Sepanjang pembunuhan ini tiada satu pun kuasa Barat yang mengutuk kekejaman itu.
Presiden AS Barack Obama yang baru dilantik tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia adalah rencana bekas Presiden Bush.
Kemusnahan ke atas Gaza dicapai dengan penggunaan teknologi ketenteraan AS: F-16, helikopter Apache, fosforus putih, depleted uranium, bom kluster, dan senjata baru seperti dense inert material explosives (DIME) yang menyebabkan kecederaan yang tidak pernah dirawat oleh doktor sebelum ini.
Senjata ini disediakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Pada hakikatnya Gaza digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru ini.
Pada September 2009, Misi Mencari Fakta diketuai oleh Hakim Richard Goldstone mendapati terdapat beberapa bukti menunjukkan pencabulan serius oleh Israel terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan di Gaza dan Israel telah melakukan satu jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.
ketika ini semua senjata digunakan seperti bom kimia berangkai (sejenis bom yang bila meletup di atas turun ke bawah bertaburan dan jika mengenai kulit, kulit akan terbakar sampai ke isi dan tulang.
Israel menggunakan semua senjata yang dimiliki (pastinya canggih dengan pertolongan US).
1.5 juta kg bom digugurkan di atas GAZA dan Israel bercadang untuk menguasai GAZA selama 24 jam sahaja, tetapi Allah masih memelihara penduduk Gaza.
Lebih 23 hari mereka menyerang GAZA dan hajat untuk hancurkan 50% GAZA namun Gaza masih dapat dipertahankan. Namun serangan tersebut telah menyaksikan 1700 orang gugur syahid dan lebih 2,400 kecederaan di samping berbelion harta, bangunan dan infrastruktur musnah.
Sehingga kini Gaza masih merupakan kawasan yang sukar dimasukki pihak Israel kerana kekuatan pasukan keselamatan yang dibina oleh pihak berkuasa Hamas bergelar tentera Al-Qassam walaupun hanya dengan membangunkan kekuatan ketenteraan melalui kepakaran secara manual disebabkan sekatan terhada Gaza oleh pihak Israel.
MASJIDIL AQSA DAN KEMULIAANNYA
Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).
Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.
Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)
Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.
Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.
Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam? [3]
Daerah-daerah Negara Palestin pada 1948
District of Acre (Akka)
District of Baysan (Beisan)
District of Beersheba (Bir As-Saba)
District of Bethlehem
District of Gaza (Ghazzah)
District of Haifa
District of Hebron (Al-Khalil)
District of Jaffa
District of Jericho
District of Jerusalem (Al-Quds)
District of Jenin
District of Nablus
District of Nazareth (An-Naasira)
District of Ramallah
District of al-Ramla
District of Safad
District of Tiberias (Tabariyya)
District of Tulkarm
………………LAMPIRAN……………
Tarikh-tarikh Penting;
1. 571M – Lahirnya Nabi saw.
2. 621M – Berlaku mi’raj al-Aqsa.
3. 636M – Sayyiduna Umar membebaskan Bait al-Maqdis & i,mengsytiharkannya sebagai tanah wakaf umat Islam.
4. Julai 1099M – Tentera Salib menakluk Bait al-Maqdis. 70,000 orang Islam dibunuh.
5. Okt 1187M – Pembebasan al-Quds oleh Salahuddin al-Ayyubi.
6. 20 April 1799 – Napoleon Bonaparte mambawa jews ke Palestin iaitu seramai 5000 org.
7. Nov 1892M – Kerajaan Uthmaniyah melarang penjualan tanah Palestin kepada pendatang Yahudi.
8. 27-29 Ogos 1897 – di bawah pimpinan Tudor Heartz telelah tertubuh Pertubuhan Zionis Antarabangsa di Switzerland dan memutuskan rancangan mendirikan negara Yahudi.
9. Nov 1917M – Kerajaan Britain mengistiharkan Deklarasi Balfour yang menjamin pembentukan negara bangsa Yahudi di Palestin. Bermulalah kemasukan dan penempatan pendatang Haram Yahudi di bumi Palestin.
10. Mac 1928 / Zulkaedah 1347 – Ikhwan Muslimin ditubuhkan di rumah Hassan Al-Banna (As Syahid), di Ismailiyah, Mesir. 6 tokoh yang terlibat adalah: Hafiz Abdul Hamid, Ahmad Al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail ‘Izz dan Zaki Al-Maghribi.
11. 1929 – Fatwa Jihad mempertahankan Palestin dikeluarkan dan umat Islam di Palestin mula bertempur dengan pihak British yang menjajah ketika itu.
12. 1935 – Fatwa haram menjual tanah kpd yahudi dikeluarkan.
13. 1947M – Resolusi 181 (UNSCOP 1947) : 55% dari negara Palestin diserahkan pada pendatang Yahudi.
14. 1947 – Ikhwan Muslimin mula menghantar sukarelawan ke Palestin menentang Yahudi.
15. Mei 1948 – Pengisytiharan pembentukan negara Israel.
16. Dis 1949M – Pengisytiharan al-Quds sebagai ibu negara Israel.
17. Jan 1956M – Majlis Fatwa al-Azhar mengharamkan sebarang kerjasama dengan Israel.
18. Jun 1967M – Tentera Yahudi Israel meruntuhkan dinding barat Bait al-Maqdis seluruhnya dan menghalau 650 org Palestin.
19. Ogos 1969 – Masjid al-Aqsa dibakar.
20. Mei 1980M – Pengeboman Masjid al- Aqsa menggunakan TNT.
21. Jan 1981M – Pelampau Yahudi diiringi tentera Israel menceroboh Bait al- Maqdis dan menghalang ahli jemaah daripada menunaikan solat; dan menaikkan bendera Israel.
22. Dis 1987M – Intifadah pertama bermula dan lahirnya parti Islam HAMAS.
23. Julai 1988 – Penerusan penggalian bawah tanah Masjid al- Aqsa yang mengancam strukturnya.
24. Dis 1993 – Perjanjian Oslo(PLO khianati umat Islam Palestin) .
25. Okt 1999M – Ehud Barak mengarahkan musolla Marwan dijadikan tempat ibadah khusus Yahudi.
26. Sept 2000 – Bermulanya Intifadah ke 2.
27. Jun 2003 – Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjid al-Aqsa.
28. 25 Jan 2006 >HAMAS membuat kejutan dalam PR dengan menguasai 60% kerusi.
29. 28 Dis 2008 >Israel menyerang Gaza (1 Muharram 1430H) Palestine dan bermulanya Intifadah ke 3.
Semoga menjadi sempadan dan tauladan kepada kita umat Islam di Malaysia. Sesungguhnya semangat bangsa(Arab or Melayu) sahaja tidak membawa kita ke mana-mana tanpa Islam sejati. Lihat! Tidakkah orang Arab Palestin(Fattah/PLO) yang bersetuju dengan perjanjian Oslo 1993, perjanjian yang mengiktiraf wujudnya Negara Israel dan pemilikan 77% tanah umat Islam kepada Israel. tk..
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. AL-MAIDAH=82
………………RUJUKAN ……………
[1] http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=437:sejarah-palestin-part-1&catid=33:sejarah-palestin
[2] http://yusofembong.blogspot.com/2009/01/sejarah-palestinjahatnya-yahudi-dan.html
[3] http://palestin.amirnet.org/?page_id=199
[4] http://sogerk.multiply.com/journal/item/38/Sejarah-Palestin-?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
[5] Perang Teluk http://rudy-primadi.blogspot.com/2011/05/perang-teluk.html
[6] http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/05/intifada-ke-2-palestin-tahun-2000.html
[7] Nakbah http://nixnadizy.blogspot.com/2012/05/tahukah-kita-tentang-nakbah-palestin.html
[7] Sejarah Perang http://sejarahperang.com/
[8] Sejarah Palestin http://www.lamankongsi.com/2012/01/sejarah-israel-palestin.html
[9] History of Palestine http://www.masada2000.org/historical.html
[10] Ensiklopedia Islam: http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2008/12/hari-isra-miraj.html
[11] Keperluan Manusia Kepada Mi’raj-Mursyid Ikhwan: http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2010/07/keperluan-manusia-kepada-miraj.html
[12] Index Tajuk-tajuk Penting Isu Palestin : http://www.palestine-encyclopedia.com/EPP/SubjectIndex.htm#Subjex
Posted by BERPAUT KEPADA YANG ABADI at 4:56 PM
Labels: Palestin: Sejarah Dan Masa Hadapan (Bhg 1).