RAWATAN MENYAHKUMAN DISINFEKSI DAN SANITASI DI MASJID TEPIAN PUTRA

Berikutan wabaknovel coronavirus Covid 19 yang melanda sekarang ini, Masjid Tepian Putra telah melancarkan operasi rawatan khas menyahkuman disinfeksi dan sanitasi bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari pada 21 Mac 2020 memandangkan lokasi Masjid Tepian Putra yang terletak di tengah Bandar Kuantan dan sering menjadi tumpuan para pengujung.

Ianya sebagai langkah mencegahan awal dan kerja-kerja disinfeksi ruang dan permukaan adalah solusi optima bagi menyahkuman di kawasan kontiminasi kritikal membolehkan kawalan microorganisma dilakukan di semua tempat termasuklah Ruang Solat Utama, Ruang Solat Luar, Tandas, Laluan Pejalan Kaki dan Tempat Letak Parkir.

Kerja-kerja dekontaminasi ini dilakukan oleh Syarikat Amir Jaliha Enterprise memerlukan bahan yang sesuai dan peralatan mesin khas dengan menggunakan SANI-SPRAY atau ECOS TIMSEN iaitu bahan khas formula disinfeksi yang terbukti selamat dan berkesan dalam menghapuskan bakteria dan virus disamping menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang lengkap dan teknik yang betul bagi memastikan semua langkah keselamatan diambil.