UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

MESKIPUN terpaksa membayar sejumlah RM143,500 kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebagai denda yang tidak masuk akal, Persatuan Bola Sepak Celtic tidak pernah serik menunjukkan solidariti dan simpati terhadap penduduk Palestin yang ditindas kejam oleh rejim tentera Zionis, Israel yang semakin memuncak ketika ini.

Ada sebab mengapa penyokong Celtic begitu lantang menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin dari dulu hingga hari ini tanpa berbelah bagi. Jika kita hayati bait lagu berjudul The Fields of Athenry yang dinyanyikan peminat Celtic – lagu itu dicipta pada 70-an – ianya menceritakan mengenai sebuah keluarga yang hidup dalam kebuluran selepas tanah mereka dirampas pada era Kebuluran Besar Ireland pertengahan abad ke-19.

Kira-kira 100,000 penduduk Ireland terpaksa berhijrah ke Glasgow, Scotland pada era itu untuk mengelak mati kebuluran.

Menurut lirik lagu The Fields of Athenry, akibat kelaparan, si ayah ditangkap kerana cuba mencuri makanan daripada keluarga yang mencuri tanah mereka. Dia dipenjara dan dihantar ke Australia. Hukuman paling berat kepada pesalah di Britain zaman itu yang menjadikan Australia sebagai tempat pembuangan banduan.

Penyokong Celtic (kelab bolasepak Scotland yang diasaskan oleh mereka yang berketurunan Irish) bersimpati dengan nasib Palestin berikutan kisah sejarah nenek moyang mereka hampir sama dengan nasib Palestin ketika ini. Tanah mereka dirampas dan kemudian terpaksa menjadi pelarian.

Sebelum perlawanan bola sepak antara pasukan Celtic FC menentang St Johnstone FC berlangsung pada minggu lalu, UEFA mengarahkan penyokong Celtic menurunkan poster, sepanduk, kain rentang dan bendera Palestin menghiasi hampir keseluruhan stadium yang mampu memuatkan 60,000 penyokong itu. Arahan itu telah mengundang kemarahan penyokong pada ketika ini.

Ribuan penyokong Celtic FC menunjukkan sokongan kuat terhadap kebebasan dan keamanan rakyat Palestin.

Penyokong Celtic dan Palestin

Celtic yang berpangkalan di Glasgow, dianggap salah satu tempat paling berhaluan kiri di Britain. Mereka juga menyokong semangat sosialis, kelas pekerja dan juga sangat aktif dalam menentang dasar apartheid.

Sejarah moyang orang Scots berketurunan Irish yang kebuluran pada era The Great Famine di Ireland yang menyaksikan jutaan rakyat di sana ketika itu mati dengan cara sangat sukar dibayangkan meniup semangat penyokong Celtic.

Oleh kerana tanah mereka dirampas golongan kaya membuatkan diaspora orang Ireland ke seluruh dunia. Mereka mahu lari daripada kemiskinan melampau, penindasan di tanah sendiri dan mahu mencari masa depan lebih baik untuk anak dan cucu mereka akan datang.
Ramai antara mereka yang menetap di Glasgow dan membentuk komuniti Irish yang kuat. Nama seperti Roy Keane antara nama yang sangat simbolik dengan masyarakat Ireland dan Celtic.

Oleh kerana itu, ramai orang Ireland mengambil keputusan berhijrah ke Glasgow gara- gara Great Famine tersebut. Namun mereka berhadapan konflik dengan masyarakat Glasgow pada ketika itu kerana mereka rata-rata berpegang kepada mazhab katolik.

Tugu peringatan Andrew Kerins atau dikenali sebagai Brother Walfrid mega berdiri di luar Stadium Celtric.

Celtic FC ditubuhkan pada 1887 oleh Andrew Kerins atau lebih dikenali sebagai Brother Walfrid, seorang kerani berketurunan Irish yang bekepercayaan katolik. Atas sifatnya sebagai seorang yang dermawan, dia cuba membantu imigran Ireland di Glasgow untuk keluar dari kemiskinan. Salah satu daripada caranya adalah dengan menubuhkan pasukan bola sepak yang boleh menjana wang pada era revolusi sukan ketika itu.

Stadium Celtic FC dibina pada 1888 setahun selepas penubuhan kelab itu.

Celtic mulai menjadi harapan kepada orang Ireland di Glasgow. Di mana mereka kini boleh berimpian untuk bermain ataupun bekerja di dalam kelab tersebut.

Celtic kemudian menjadi kelab paling berjaya di Scotland dan pada masa yang sama berseteru dengan pasukan sebandar iaitu Rangers.

Beberapa tahun lalu, bendera Palestin dikibarkan dalam pertemuan antara Celtic dan kelab Israel, Hapoel Beersheva. Pihak Israel membantah secara rasmi perbuatan itu dengan mengaitkan penyokong Celtic sebagai membawa propaganda politik ke dalam padang.

Penyokong Celtic membuat solidariti itu ketika aksi berdepan Beersheva kerana kelab itu hanyalah 20 batu dari Gaza, tempat yang dibom oleh Israel beberapa hari sebelum perlawanan tersebut.

Adakah UEFA merasakan mereka boleh memisahkan bola sepak dengan manusia? Dengan menuduh ianya motif politik.

Penyokong Celtic tidak peduli, walaupun mereka tahu mereka telah melakukan salah satu perkara paling kontroversi. Solidariti daripada penyokong Celtic kepada Palestin tak pernah luntur. Bukan sahaja bendera Palestin, malah mereka menggunakan kaffiyeh sebagai banner dan mafla mereka.

Wakil penyokong Celtic menyatakan mereka tidak membawa propaganda politik. Kerana mereka tidak menaikkan bendera Fatah mahupun Hamas. Sebaliknya mereka hanya menaikkan bendera Palestin dan tidak ada salahnya mengibarkan bendera negara lain, kerana banyak juga kelab lain yang melakukannya perkara sama.

Dalam konteks yang lebih besar, penyokong Celtic menyatakan solidariti mereka kepada orang awam Palestin yang ditindas oleh rejim zionis.

Malah sebelum ini mereka adalah penyokong yang paling lantang bersuara tentang dasar apartheid di Afrika. Mereka juga menyokong suara masyarakat Basque yang mahu merdeka dari Sepanyol.

Tradisi kelab Celtic itu sendiri dibina oleh masyarakat yang terpaksa lari daripada penindasan di bumi sendiri. Nasionalis mereka dihukum termasuk dihukum bunuh di Ireland Utara.

Solidariti penyokong Celtric FC tidak pernah luntur terhadap Palestin.

Mengibarkan bendera Palestin menjadi kes besar di mata UEFA.

Penyokong yang digelar The Green Brigade itu juga mengibarkan banner: “Refugees welcome, a club founded by immigrants,” ketika konflik Syria. Di mana ketika itu Arab Saudi dilaporkan menutup pintu kepada pelarian perang Syria. Di mana ketika itu pelarian Syria ini terpaksa melarikan diri ke Turki, Jordan dan Lebanon.

Penyokong Celtic bersama sama dengan beberapa kelab lain terutama sekali di Jerman, menyertai kempen ‘Refugees Welcome’.

Penyokong Celtic adalah penyokong yang sangat lantang dalam isu kemanusiaan. Tetapi UEFA dan beberapa media pro Israel mulai mengecam mereka dan menganggap The Green Brigade telah membawa semangat anti Israel dan anti semitik ke dalam lapangan bola sepak.

Penyokong Celtic menafikan mereka anti Israel atau anti semitik, mereka cuma mengecam tindakan pihak yang menindas dan mereka menyatakan solidariti kepada pihak yang ditindas iaitu Palestin.

Mereka juga menyatakan akan melakukan perkara yang sama kepada Israel, jika mereka berada di pihak yang ditindas dan Palestin yang menindas.

Malah penyokong Celtic sendiri menyatakan mereka antara yang lantang mengecam fasisme dan nazisme.
Namun UEFA tidak mendengar penjelasan tersebut dan mereka mengenakan tindakan kepada Celtic atas alasan gagal mengawal penyokong mereka dengan membawa agenda politik ke dalam bola sepak.

Celtic berdepan tindakan

Celtic diminta memberikan penjelasan di atas apa yang berlaku. The Green Brigade kemudian menyatakan mereka akan membayar apa sahaja hukuman oleh UEFA ke atas mereka. Dan tidak akan menyesal langsung dengan tindakan mereka.

IKLAN
Menerusi kenyataan UEFA.com menjelaskan: “Hukuman bakal dikenakan kepada Celtic atas kesalahan mempamerkan kain rentang atau bendera yang tak dibenarkan.”

“UEFA melarang sebarang ekspresi mesej politik terutama sekali yang mengundang rasa ofensif kepada pasukan lawan.”

Kesalahan yang dilakukan oleh penyokong, seperti mengibarkan bendera terlarang dan membakar suar boleh menyebabkan kelab didenda melebihi £100,000 oleh UEFA.

Sejarah berulang

‘Kesalahan’ mengibarkan bendera Palestin ini bukanlah aksi solidariti pertama dari penyokong Celtic kepada penderitaan rakyat Palestin. Pada 2014, mereka pernah mengibarkan bendera Palestin ketika aksi menentang KR Reykjavik pada Julai 2014. Akibatnya, Celtic pada ketika itu didenda £16,000 oleh UEFA.

Penyokong Celtic membayar denda tersebut. Dan angka yang diraih di Gofundme dari seluruh dunia sangat luar biasa. Dalam masa 24 jam sahaja mereka sudah mendapat £40,000. Jauh daripada sasaran £15,000 yang mereka tetapkan. Dan dalam masa dua hari dilaporkan tabung bantuan mereka sudah meraih £90,000.

Mengapa £15,000 dahulu? Ini kerana £15,000 merupakan jumlah denda yang perlu dibayar oleh Celtic pada 2014 selepas penyokongnya mengibarkan bendera Palestin.
Jadi, apa yang mereka akan lakukan dengan wang yang sebanyak itu? Di mana angkanya sangat jauh lebih besar. Penyokong Celtic memutuskan untuk mendermakannya kepada dua badan kebajikan Palestin iaitu Medical Aid Palestine (MAP), sebuah badan kebajikan yang membekalkan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan perubatan kepada mangsa konflik dan pencerobohan wilayah di Palestin.

Seterusnya kepada Lajee Centre iaitu pusat bertanggungjawab menawarkan harapan dan medium ekspresi kepada kanak-kanak pelarian Palestin di kem pelarian Aida, Bethlehem melalui program-program kebudayaan dan sukan.

Pasukan Celtric FC meraikan kemenangan terhadap Johnstone FC dengan 4-0.

UEFA kemudian memutuskan bahawa penyokong Celtic tetap bersalah dan mendenda kelab £8,615 sebagai rekod itu adalah kali kesembilan penyokong Celtic didenda oleh UEFA. Dan yang paling besar masih lagi denda £16,000 kerana bendera Palestin ketika aksi berhadapan dengan KR Reykjavik.

Dan ketika UEFA mengumumkan hukuman tersebut, tabung bantuan denda penyokong Celtic sudah ada £172,000. Jadi secara terkumpul penyokong Celtic sudah didenda £24,615 ataupun sekitar RM143,500.00.

Kemenangan bermakna buat Celtric FC

Dan hikmah pada kali ini sangat besar. Di mana kesemua baki £163385 iaitu hampir RM1 juta daripada denda itu disalurkan kepada kebajikan Palestin seperti yang mereka rancang. Jumlah itu sangat besar. Mereka mendapatkannya dengan cara yang sangat unik.

UEFA mendapat kritikan teruk daripada ramai pihak kerana mereka berterusan menggunakan kad politik ke atas isu kemanusiaan.

Pada perlawanan bola sepak antara Celtic FC menentang Johnstone FC hari itu, Celtic FC memenangi dengan jaringan 4-0

Sumber: Axello Tacts/axello.net