Black Holes Dan Kejadian Bintang-bintang

Black Holes Dan Kejadian Bintang-bintang

Dalam surah Al-Waqi’ah ayat 75-76 Allah berkata,

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maksudnya: “Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit).”

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Maksudnya:”Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya.”

Mawaaqi’un Nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi’ dan nujuum. Mawaaqi’ berasal daripada perkataan waqa’a yang bermaksud fall down, drop, to tumble , dalam bahasa Melayunya bermaksud jatuh, tersungkur atau merundum. Nujuum pula bermaksud bintang-bintang. Justeru Mawaaqi’n nujuum diertikan sebagai tempat jatuh merundumnya bintang-bintang. Adakah ayat ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam?

Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih esar daripada matahari, maka letupan ini sememangnya dahsyat. Ia adalah tarikh mati bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki-baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black holes. Bintang-bintang jatuh merundum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov.

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin