KURSUS ASAS HAJI 1446H/2025M

Dalam siri pertama ini, peserta didedahkan dengan tajuk Sejarah & Pengenalan Tanah Suci Mekah & Madinah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hilmi Bin Mat Said. Tajuk ini bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai latar belakang sejarah kedua-dua bandar suci ini. Mekah, tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW dan lokasi Kaabah, serta Madinah, tempat peristirahatan terakhir baginda, adalah pusat spiritual yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia. 

KURSUS ASAS HAJI SIRI 1

Kursus Asas Haji Siri 1, pada 20 Oktober 2024, telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih daripada 700 orang bakal jemaah haji dari pelbagai kawasan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai ibadah haji serta panduan penting yang perlu diikuti sebelum menunaikan ibadah suci ini. 

Kursus ini telah menarik minat pelbagai pihak, termasuk bakal jemaah jaji yang baru pertama kali akan menunaikan ibadah ini serta mereka yang pernah menunaikan haji dan ingin mengulangkaji ilmu mereka. Sambutan positif ini diharapkan akan berterusan dalam siri-siri kursus berikutnya, dengan matlamat untuk melahirkan jemaah yang lebih bersedia dari segi rohani dan jasmani. 

Sepanjang kursus ini, Ustaz Baihaqie menyampaikan penerangan tentang falsafah di sebalik ibadah haji dan umrah, yang melibatkan pengisian jiwa dengan nilai-nilai murni seperti kesabaran, kesyukuran, dan keikhlasan. Para peserta didorong untuk memahami bahawa haji bukan sekadar ritual fizikal, tetapi juga perjalanan rohani yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

KURSUS ASAS HAJI SIRI 2

Kursus Asas Haji Siri 2 berlangsung dengan sambutan yang amat menggalakkan, dihadiri oleh 846 bakal jemaah haji. Siri kedua ini bertemakan Falsafah dan Pengisian Jiwa: Penerangan Ringkas Ibadah Haji dan Umrah. Kursus ini memberikan pendekatan yang lebih mendalam untuk memupuk kefahaman spiritual dan rohani bagi para peserta, yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Ustaz Baihaqie bin Muhamad Zin

Dengan kehadiran peserta yang ramai dan suasana yang interaktif, kursus ini berjaya mencapai matlamat untuk mempersiapkan bakal jemaah haji dengan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam, bukan sahaja dari segi pelaksanaan ibadah, tetapi juga dari segi pengisian rohani yang menjadi tunjang utama dalam menjalani perjalanan spiritual ini. 

Dalam siri ini, Ustaz Zawawi menjelaskan secara terperinci mengenai tiga rukun utama dalam ibadah haji, iaitu niat ihram, wuquf di Arafah, dan tawaf. Beliau memulakan dengan penerangan tentang niat ihram, yang merupakan langkah pertama dan penting dalam ibadah haji. Ustaz Zawawi menekankan bahawa ihram bukan sekadar berpakaian ihram, tetapi juga mempersiapkan hati dan niat yang suci untuk menunaikan ibadah ini dengan sepenuh keikhlasan kepada Allah SWT. 

KURSUS ASAS HAJI SIRI 3

Kursus Asas Haji Siri 3, pada 3 November 2024, mendapat sambutan hangat dengan kehadiran seramai 721 bakal jemaah haji. Siri ini bertemakan Rukun Haji: Niat Ihram, Wuquf, dan Tawaf, dengan penyampaian oleh Ustaz Zawawi bin Mamat 

Dengan pendekatan yang penuh hikmah, Ustaz Zawawi berjaya memberikan kefahaman yang jelas kepada para bakal jemaah tentang pelaksanaan rukun haji ini. Kursus ini telah membantu para peserta meningkatkan ilmu dan keyakinan diri dalam melaksanakan ibadah haji dengan betul dan sempurna, selain menyediakan diri secara rohani dan fizikal sebelum ke Tanah Suci.