CADANGAN NAIK TARAF MASJID

FASA 1: RM 4 JUTA

 

Dana sebanyak RM 4 juta diperlukan bagi menaik taraf Masjid Tepian Putra demi kemudahan dan keselesaan jemaah. Fasa pertama ini melibatkan perluasan ruang solat, penambahbaikan kawasan wuduk dan tandas, serta pemasangan sistem pendingin hawa yang lebih efisien. Selain itu, kami bercadang untuk melengkapkan masjid dengan sistem audio-visual yang berkualiti tinggi, menjadikan masjid ini pusat yang kondusif untuk ibadah dan pembelajaran.

*SEGALA SUMBANGAN WAKAF DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967*