Kewujudan DNA sebagai pembawa infomasi genetik
Tahukah anda bahawa DNA diturunkan dari generasi ke generasi, dan dengan DNA lah boleh memberi jawapan kepada kita tentang siapa ibu bapa genetik kita, siapa nenek moyang kita, keturunan apakah kita, dan sebagainya? DNA atau nama saintifiknya Deoxyribonucleic acid membawa informasi genetik yang dipanggil genes, didapati dari keturunan kita (ibu-bapa-nenek-datuk-moyang).
DNA mengandungi hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, dan fosforus. DNA mula dijumpai Friedrich Miescher pada 1869. kemudian dikaji lagi oleh William Astbury (1937) serta James D Watson & Francis Crick (1953). (1237 tahun selepas Rasulullah saw wafat (632M))
Watson J.D. and Crick F.H.C. (1953). “A Structure for Deoxyribose Nucleic Acid”. Nature Journal
Bukti Al-Quran mendahului sains:
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
(Surah Al-Furqan: ayat 54)