Posted on Leave a comment

Komet Dan Blazar

Komet Dan Blazar

Kejadian bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah ‘bintang yang cahayanya menembus’. Dalam surah at-Thaariq ayat 1 -3 menyatakan:

وَالسَّمَاء وَالطَّارِقِ
Maksud: Demi langit dan “At-Taariq”

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ
Maksud: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia “At-Taariq” itu?

النَّجْمُ الثَّاقِبُ
Maksud: (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).

Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai ‘yang bercahaya’. Justeru, an-najmu at-thaaqif juga dapat diertikan sebagai bintang bercahaya yang menembusi langit.

Said Hawa pula mengatakan an-najmu at-thaaqif dikaitkan dengan komet yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai tiga bahagia iaitu nukleus, koma dan ekor.

Komet Hyakutake yang muncul pada tahun 1996
Pada hari ini pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuannya menghampiri kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.

Blazar
Sciences News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From the Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar pada tanggal 3 Julai 2004. Al-Quran telah membuktikan terlebih dahulu kejadian-kejadian ini, maka ayatNya yang manakah yang ingin kamu dustakan lagi?

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin

Posted on Leave a comment

Black Holes Dan Kejadian Bintang-bintang

Black Holes Dan Kejadian Bintang-bintang

Dalam surah Al-Waqi’ah ayat 75-76 Allah berkata,

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maksudnya: “Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit).”

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Maksudnya:”Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya.”

Mawaaqi’un Nujuum mengandungi dua perkataan iaitu mawaaqi’ dan nujuum. Mawaaqi’ berasal daripada perkataan waqa’a yang bermaksud fall down, drop, to tumble , dalam bahasa Melayunya bermaksud jatuh, tersungkur atau merundum. Nujuum pula bermaksud bintang-bintang. Justeru Mawaaqi’n nujuum diertikan sebagai tempat jatuh merundumnya bintang-bintang. Adakah ayat ini berkaitan dengan black holes atau lubang hitam?

Black holes terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa raya. Memandangkan sesetengah bintang adalah 10 hingga 15 kali ganda lebih esar daripada matahari, maka letupan ini sememangnya dahsyat. Ia adalah tarikh mati bagi bintang-bintang ini. Ledakan yang dahsyat ini dikenali sebagai supernova. Saki-baki peninggalan (remnants) daripada bintang yang meledak ini akan jatuh ke satu garis pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai tarikan graviti yang tinggi. Apa sahaja yang memasuki kawasan ini termasuk cahaya tidak dapat keluar daripadanya. Saintis menamakannya sebagai black holes. Bintang-bintang jatuh merundum dan hancur di dalamnya. Hal ini dilaporkan oleh NASA di imagine.gsfc.nasa.gov.

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin

Posted on Leave a comment

Kejadian Bintang-bintang Sebagai Petunjuk

Kejadian Bintang-bintang Sebagai Petunjuk

Seperti yang disebutkan dalam surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, “Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa’.Kedua-duanya menjawab, ‘Kami datang dengan tunduk’. ”

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menajdi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan di dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Bariers (Parker Barry R.,Plennum Press, New York,1993).

Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimaksakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 – 400 bilion.CNN.com bertarikh Julai 2003 melaporkan jumlahbintang di langit melebihi 70 sextilion (7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.

Di dalam al-Quran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, “Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya.” Antara faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi petunjuk jalan (sama ada arah Utara Selatan Timur dan Barat) terutamanya bagi para pengembara.
وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُون
Maksudnya: “Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju).” (Surah an-Nahl ayat 16)

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin

Posted on Leave a comment

Kejadian Siang Malam

Kejadian Siang Malam

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat…”(Al-a’raf: 54)

Ini ialah ayat yang mengisahkan tentang proses penutupan malam pada siang dan siang pada malam merupakan sebuah simbolik yang indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses putaran bumi pada paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi tidak berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada proses penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam kehidupan kita sampai waktu ini.

Sumber: Cahaya di Atas Cahaya,Menyingkap Rahsia alam menurut Al-Quran & Sains,Prof Dr. Zagl’ul Al-Najj’ar

Posted on Leave a comment

Orbit -Tempat Peredaran Bintang2

Orbit -Tempat Peredaran Bintang2

Dalam surah Al-Waqi’ah ayat 75-76 Allah berkata,

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maksudnya: “Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit).”

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Maksudnya:”Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya.”

Bintang-bintang merupakan salah satu ciptaan Allah yg maha indah dalam alam semesta ini. Keindahannya tergambarkan laksana gumpalan gas yg terbakar, bersinar dan menyala dgn zatnya sendiri. Bintang selalu menyalakan sinarnya selama berjuta juta tahun tanpa mati sekalipun di sebabkan oleh proses reaksi oleh nuklear yg terkenal dgn sebutan proses sublimasi nuklear.

Kenapa Allah bersumpah dgn tempat-tempat beredarnya bintang (orbit) tetapi bukan bersumpah dgn bintang itu sendiri? sebab orang-orang arab jahiliah pada zaman Nabi Muhammad mengenal sumpah dgn tempat beredarnya bintang-bintang ,mereka mengatakan tempat beredarnya bintang-bintang itu adalah suatu yg maha agung, maka layak baginya untuk bersumpah dgnnya, kerana jauhnya tempat beredarnya bintang tersebut dari kita. Sekarang kita menemui kedalaman yg lebih dari maksud sumpah tersebut. Sesungguhnya memang benar tempat beredarnya bintang-bintang iaitu orbit adalah suatu ciptaan Tuhan yg sangat mengkagumkan bagi manusia, jarak yg terbentang antara manusia dgn matahari sekitar 150 juta km.
Di dalam Al-Quran telah menceritakan tentang orbit, di mana tempat bintang-bintang beredar. Maka, AyatNya yang mana satu yang ingin kamu dustakan?

Sumber: Cahaya di Atas Cahaya, Menyingkap Rahsia Alam Menurut Al-Quran dan Sains, Prof Dr. Zagl’ul Al-Najj’ar

Posted on Leave a comment

Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)

Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (QS Al-Anbiya’ : 30)

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Terdapat dua perkataan dala ayat ini, Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab rataqa yang bermaksud sew up, ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa arab fataqa yang bermaksud unsew, tear apart iaitu dibuka atau dibelah. Ini melambangkan sesuatu yang terbuka dan terungkai.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalm ayat ini.”

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:” Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampun mengetahui tentang hal ini.”

Akhirnya beliau berkata, “Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dna kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik.”

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin

Posted on Leave a comment

Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap

Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap

Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksaksa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan :
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Maksudnya: “Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘Kami datang dengan tunduk’.”

Di sini Allah menyatakan langit dan bumi diperingkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Perkataan Dukahn yang di maksudkan di sini ialah asap,dalam bahasa inggerisnya ialah smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkata wal kejadian alam sememangnya panas.

Astronomers Report Hubble Find, Report Reveals Light from Oldest Galaxy
Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, cloud of gas, fog of neutral hydrogen and helium, hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud, gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud seperti bentuk awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi dan yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi adalah satu objek, maka langit yang di nyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. kesemua objek ini lahir daripada asap.

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Quran ini adalah profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, beliau merasakan seolah-olah ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena-fenomena ini benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daropada asap itulah lahirnya bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.

Akhirnya beliau berkata, “Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Quran. Dengan membaca Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang.” Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Understanding Islam, Darus Salam Publications,edisi kedua, Mei 1990.

Sumber: Quran Saintifik,Meneroka kecemerlangan Quran Daripada teropong Sains,Dr. Danial Zainal Abidin

Posted on Leave a comment

Pengembangan Alam Semesta

Pengembangan Alam Semesta

Sejak alam ini wujud melalui ledakan Big Bang, ia terus mengembang hinggalah ke hari ini. Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah Az-zariyat ayat 47 Allah menjelaskan :
وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

Maksudnya:”Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.”

Dalam ayat ini menggunakan ayat muusi’uun. Dalam bahasa arab perkataan muusi’uun berasal daripada perkataan wasa-‘a. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-‘a sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang bermaksud ‘menjadi besar’ atau luas. Justeru Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan ayat ini bermaksud, “Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru langit dan kami meninggikannya tanpa tiang.”

Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. beliau berkata, “Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal denagn Quran kerana sombong denagn sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.”

WMAP has produced a new, more detailed picture of the infant universe. Colors indicate “warmer” (red) and “cooler” (blue) spots. The white bars show the “polarization” direction of the oldest light. This new information helps to pinpoint when the first stars formed and provides new clues about events that transpired in the first trillionth of a second of the universe.
CREDIT: NASA/WMAP

Pada hari ini dengan bantuan alat yang canggih, penemuan-penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk, Astronomers Detect First Split-Second of the Universe,Space.com melaporkan pakar-pakar astronomi NASA menemui bukti-bukti baru yang mengukuhkan lagi teori Big Bang. Mereka mendapati pada peringkat awal, kejadian kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. PEnemuan ini melaporkan berdasarkandata yang disalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada tahun 2001. Satelit ini dikenali sebagai Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. Ini mengukuhkan teori alam mengembang sekali gus menampakkan kebenaran al-Quran.

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin

Posted on Leave a comment

Jenis tumbuhan terbahagi ikut tempat & iklim

Rasulullah saw tidak pernah berjalan ke seluruh dunia untuk mengetahui perbezaan jenis tumbuhan ikut iklim atau tempat. Sahihlah bahawa Allah yang menyampaikan Al-Quran kepada baginda.

Jenis tumbuhan terbahagi ikut tempat & iklim
Tumbuhan-tumbuhan di muka bumi terbahagi kepada tempat dan iklim. Di tempat dan iklim yang berlainan, terdapat jenis-jenis tumbuhan yang tersendiri, mengikut kesesuaian tumbuhan itu. Al-Quran sudah menghuraikan berkenaan perkara ini, padahal Rasulullah saw tidak pernah berjalan jauh ke merata tempat untuk melihat alam. Mari lihat contoh-contoh yang diberikan di bawah.

Jenkins Martin D., Groombridge Brian, “World Atlas of Biodiversity: Earth’s Living Resources in the 21st Century”, World Conservation Monitoring Centre, United Nations Environment Programme. (2007)

Contoh:

Cactus = Di gurun atau padang pasir
Teratai = Di air (kolam/ tasik/sungai)
Hutan Boreal = Di tempat beriklim sejuk
Paya Bakau = Di pinggir laut/sungai
Hutan Hujan Tropika = Di khatulistiwa
Rafflesia = Di kepulaun Borneo

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Kemudian kami pisah-pisahkan bumi dengan pemisahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan.
(Surah `Abasa: ayat 26)

Posted on Leave a comment

PROSES KEJADIAN HUJAN DAN AWAN MENURUT AL-QURAN

Hujan merupakan salah satu perkara terpenting bagi kehidupan di muka bumi.Ia merupakan sebuah prasyarat bagi kelanjutan aktiviti di suatu tempat.Hujan yang memiliki peranan penting bagi semua makhluk hidup, termasuk manusia disebutkan pada beberapa ayat dalam Al-Qur’an mengenai maklumat penting tentang hujan, kadar dan pengaruh-pengaruhnya.

Maklumat ini, yang tidak mungkin diketahui manusia di zamannya, menunjukkan kepada kita bahawa Al-Qur’an merupakan kalam Allah.Sekarang, mari kita kaji maklumat-maklumat tentang hujan yang termaktub di dalam Al-Qur’an.

PROSES KEJADIAN HUJAN DAN AWAN MENURUT AL-QURAN

Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap.Pertama, “bahan baku” hujan naik ke udara, lalu awan terbentuk. Akhirnya, curahan hujan terlihat.Tahap-tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-Qur’an berabad-abad yang lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan

“Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira” (Al Qur’an, 30:48)

Kini, mari kita amati tiga tahap yang disebutkan dalam ayat ini.

TAHAP KE-1: “Dialah Allah Yang mengirimkan angin…”

Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air tersembur menuju langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfir. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan uap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut “perangkap air”.

TAHAP KE-2: “…lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”

Awan-awan terbentuk dari uap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Karena air hujan dalam hal ini sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

TAHAP KE-3: “…lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya…”

Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu mengental dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Semua tahap pembentukan hujan telah diceritakan dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Selain itu, tahap-tahap ini dijelaskan dengan urutan yang benar.Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, lagi-lagi Al-Qur’anlah yang menyediakan penjelasan yang paling benar mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang pada ribuan tahun sebelum ditemukan oleh ilmu pengetahuan.
Dalam sebuah ayat, informasi tentang proses pembentukan hujan dijelaskan:

“Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” (Al Qur’an, 24:43)

PROSES KEJADIAN HUJAN DAN AWAN MENURUT SAINS

Proses pelepasan air daripada awan
Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu.Proses ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera kembali semula ke bumi dan kebanyakkan proses berlaku dalam bentuk air hujan.

Bagaimana titisan air hujan terbentuk?
Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil,tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia.Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan.Kebanyakkan daripada air yang terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera.Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.

Pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair
Kondensasi ialah proses pertukaran air daripada bentuk wap kepada cecair. Proses ini memainkan peranan penting kepada kitaran air kerana kondensasi penting dalam proses pembentukkan awan.Awan seterusnya pula menghasilkan hujan dan inilah cara utama untuk air sejatan kembali semula ke bumi.Kondensasi ialah proses yang terbalik bagi sejatan pergerakkan wap air dari daun tumbuhan kepada lapisan atmosfera

Proses transpirasi
Proses transpirasi ialah proses pengangkutan lembapan air melalui tumbuhan dari akarnya kepada liang-liang kecil pada permukaan daun,dan di sinilah ia akan berubah bentuk menjadi wap air dan dibebaskan ke atmosfera bumi. Transpirasi ialah proses sejatan air dari permukaan daun. 10% daripada kelembapan bumi dijangka disingkirkan oleh tumbuhan melalui proses transpirasi.
Secara umumnya, proses transpirasi pada tumbuhan tidak dapat dilihat oleh mata kasar sungguhpun air akan menyejat dari permukaan daun, tetapi tidak anda.

RUMUSAN

Kesimpulannya disini itu bukanlah memaksa para mukmin untuk menghentikan kajian sains tentang kitaran hujan setakat peringkat kejadian awan sahaja.Realitinya, sebahagian mufassirin ada membincangkannya.Imam Ibnu Katsir melalui tafsirnya tidak pun menolak terbentuknya awan-awan di langit hasil dari wap-wap air dari laut.Begitu juga Sidi Abdul Qadir Al-Jailani melalui tafsir sufinya secara tidak langsung. Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili pula jelas-jelas mengatakan sumber hujan ini datangnya melalui wap-wap air laut yang tersejat dengan memesrakan penemuan sains ini dengan apa yang diutarakan oleh Al-Quran.
Dari sudut lain, runtuhnya dakwaan yang mengatakan anggapan bahawa hujan itu berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut adalah pandangan Muktazilah semata-mata! Jika benar, mengapa pula mufassirin seperti Ibnu Katsir, Abdul Qadir Al-Jailani, Wahbah Az-Zuhaili tanpa segan silunya ke arah mendokong kenyataan ini.Jika benar sekalipun ia datangnya dari Muktazilah, ia tidak pun memudaratkan pendokong-pendokong kenyataan ini dari kalangan Sunni.Demikian kerana Muktazilah tidak pernah pun meletakkan bicara asalnya hujan dari laut semata sebagai dasar-dasar akidahnya! Lagipun, akidah jenis apakah yang menjadikan isu datangnya hujan dari air laut sebagai pegangan mereka yang utama? Akhirnya, pandangan ini tinggal menjadi semata-mata pandangan dan bukanlah ciri eksklusif bagi golongan-golongan tertentu.Paranoid terhadapnya pula dilihat sebagai melucukan.
Oleh itu, pentingnya berlaku adil dan waras dalam berfikir. Lebih-lebih lagi jika perkara-perkara yang berkaitan dengan kejadian-kejadian alam yang memerlukan analisa yang halus sebelum membuat sesuatu keputusan.Tidak cukup hanya memetik sepotong dua nas-nas dari mana-mana sumber, ditambah lagi dengan tafsiran yang semberono dan tergesa-gesa tanpa mengambilkira mujmal-mufassalnya, am-muqayyadnya serta mubham-mufassarnya.Lebih buruk, jika disilap tafsirkan kemudian menyalahkan pula penemuan-penemuan yang sudah sekian lama diterima umum.
“Wallahu a’lam”

Sumber Rujukan :

http://wanfauzi.com/proses-kejadian-hujan-menurut-islam/

http://www.keajaibanalquran.com/earth_formationofrain.html/

https://saripedia.wordpress.com/tag/proses-terjadinya-hujan-menurut-alquran/

http://detikislam.blogspot.my/2012/08/penjelasan-sains-dan-islam-tentang.html