Posted on Leave a comment

PAHANG BENAR SEMULA MAJLIS AKAD NIKAH

Pahang benar semula majlis akad nikah

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | | 26 April 2020

KUANTAN – Urusan akad nikah di Pahang yang ditangguhkan sementara sebelum ini dibenarkan kembali dengan beberapa syarat termasuk kehadiran tidak melebih lapan orang dan tempoh masa dipendekkan tidak lebih 20 minit.
Melalui syarat dan tatacara yang ditetapkan itu, majlis akad nikah hanya dibenarkan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) atau tempat yang difikirkan sesuai bagi memastikan keselamatan, pematuhan syarat dan tatacara serta pemantauan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,keputusan itu diambil Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil kita situasi semasa berkaitan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurutnya, hanya jurunikah, pasangan pengantin, dua saksi dan seorang wali yang dibenarkan hadir ke majlis akad nikah dan mereka ini dikehendaki mendaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon kepada kadi daerah atau wakilnya.

“Upacara adat istiadat dalam majlis akad nikah tersebut tidak dibenarkan sama sekali dan beberapa keping gambar majlis akan diambil oleh Paid bagi tujuan penyediaan laporan, rekod serta kemungkinan perkara-perkara berbangkit.
“Jika terdapat mana-mana pihak yang tidak mematuhi tatacara ini, kadi daerah atau wakilnya dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Pahang, boleh menangguhkan majlis tersebut,”katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, keutamaan diberikan kepada bakal pasangan pengantin yang telah mendapat kebenaran berkahwin (telah mendapat borang Akuan Akad) daripada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid).

“Bagi tujuan ini, bakal pengantin perlu membuat permohonan atas talian menerusi capaian https://emunakahat.pahang.gov.my/ dengan melengkapkan Borang Permohonan Khas Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh PKD seterusnya diemelkan ke Paid berkaitan.

“Pihak Paid akan membuat semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengenai maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam borang permohonan, bagi mengesahkan pihak yang hadir bukan dalam senarai Pesakit Dalam Siasatan (PUI) dan Pesakit Dalam Pemantauan (PUS),” katanya.
Beliau berkata, mana-mana individu yang tersenarai sebagai PUI atau PUS tidak dibenarkan hadir ke majlis akad tersebut.

Katanya, borang permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tujuh hari sebelum surat pemakluman kepada pemohon akan diserahkan melalui e-mel bagi menentukan tarikh dan masa majlis akad akan dilaksanakan.
“Surat pemakluman itu perlu dicetak oleh pemohon bagi tujuan pengesahan perjalanan hadir ke Paid.

“Seterusnya kadi akan menentukan giliran tempoh waktu pelaksanaan majlis akad nikah mengikut jadual dengan mengambil kira perbincangan bersama pihak pemohon,”katanya.

Menurutnya, pemohon dan pihak-pihak yang terlibat dalam majlis akad perlulah melepasi dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang akan dilaksanakan di peringkat Paid termasuk pemakaian penutup mulut dan hidung, melepasi ujian suhu dan penggunaan pensanitasi tangan.

“Mereka juga perlu mengambil langkah penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, patuh susun atur kedudukan majlis yang ditentukan dan membuat sanitasi di tempat majlis akad,”katanya.

“Diharapkan semua syarat dan tatacara yang dikeluarkan ini dipatuhi.
“Ia bukan sahaja satu alternatif kepada bakal-bakal pengantin malah bagi memastikan keberkesanan usaha dalam membendung penularan wabak Covid-19 di negeri ini,”katanya.

Posted on Leave a comment

Proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan perlu lebih menyeluruh

25/04/2020 10:51 PM

KUALA LUMPUR, 25 April — Proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan perlu lebih menyeluruh lagi bagi memudahkan rakyat menyesuaikan diri dengan normal baharu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ia penting untuk dimanfaatkan rakyat termasuk dalam bidang pendidikan dan perniagaan sekaligus membawa ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih maju dan berkembang.

“Saya dimaklumkan, sistem e-kerajaan ketika ini mungkin baru 30-40 peratus. Maka saya sudah arahkan supaya kita segerakan dan percepatkan supaya dalam mana-mana keadaan masyarakat sekalipun, kalau kerajaan sudah mendahului maka rakyat akan menyesuaikan keadaan.
“Proses pendigitalan baik dalam soal pentadbiran kerajaan, dalam urusan perniagaan, dalam kehidupan harian ini akan menjadi satu trend masa depan kita dan saya kira kesan penggandaan akan berlaku.

“Ini satu perkembangan menggalakkan, satu trend baru dan saya kira kalau ekonomi Malaysia ke hadapan, ia tidak boleh seperti yang ada sekarang, mesti melihat dalam bentuk-bentuk baru seperti mana yang saya sebutkan tadi,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam satu temu bual khas yang disiarkan di RTM, Astro Awani, TV3 dan Bernama TV malam ini.

Dalam temu bual selama 45 minit itu, perdana menteri turut menekankan pentingnya penyediaan infrastruktur pendigitalan yang baik kerana keadaan negara tidak lagi seperti dahulu ekoran penularan wabak pandemik COVID-19 dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, melalui sistem pendigitalan yang kukuh, ia mampu merubah masyarakat dalam berurusan seharian dengan peniaga kebun dan nelayan yang turut sama memanfaatkan teknologi ini dalam memasarkan produk perniagaan mereka.
“Inilah contoh normal baharu yang membawa impak kepada sistem pendigitalan negara. Ini juga salah satu cabaran baharu untuk kita bergerak ke hadapan. Keadaan akan kembali semula seperti dahulu tetapi dalam bentuk baharu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menarik perhatian, situasi normal baharu ini juga tidak bermakna Jemaah Kabinet tidak bekerja, sebaliknya memanfaatkan teknologi yang ada untuk berkomunikasi dan menjalankan tugas sebaik-baiknya.
“Dalam keadaan PKP ini, seharusnya mereka (menteri) duduk di rumah. Namun saya sudah keluarkan arahan mesti ada kerja-kerja yang harus dilaksanakan dan mereka harus datang ke pejabat. Kerana apa yang menjadi fokus kerajaan adalah isu COVID-19.

“Mungkin dalam keadaan sekarang ini, tidak banyak kenyataan-kenyataan dikeluarkan hinggakan rakyat ingat menteri tidak bekerja. Menteri bekerja dan dua bulan ni tidak ada gaji pun.
“Namun saya memberi jaminan bahawa Jemaah Menteri akan melaksanakan tugas sebagaimana yang diamanahkan untuk kepentingan rakyat walaupun dalam keadaan yang sukar, supaya waktu esok (akan datang) kita sudah mulakan balik kerja seperti biasa, tidak terganggu dengan bebanan tugas yang terlalu banyak sekali,” tambahnya.
— BERNAMA

Posted on Leave a comment

43 kes positif COVID-19 dikesan babitkan PUI Bali di Kuantan

43 kes positif COVID-19 dikesan babitkan PUI Bali di Kuantan
Hasimi Muhamad, Astro Awani | April 25, 2020 16:44 MYT

Langkah tersebut ujarnya, untuk memastikan pusat perubatan tersebut selamat dan diyakini bebas daripada jangkitan COVID-19. – Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 43 kes positif membabitkan kluster dalam pemantauan (PUI) Bali di sebuah pusat perubatan di Kuantan, setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, 30 individu sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), sembilan telah sembuh manakala seorang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes indeks iaitu kes ke-4,684 bagi kluster itu mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia dan kemudian berkontak rapat dengan kes ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks.

“(Sementara) tiga orang telah meninggal dunia iaitu kes ke-1575, kes ke-5064 dan kes ke-4129.

“Sebanyak 2,301 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, melibatkan anggota kesihatan dan pesakit dari pusat perubatan tersebut.

“Daripada 43 kes yang disahkan positif di dalam kluster ini, sebanyak sepuluh orang adalah anggota kesihatan pusat perubatan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.

Jelas beliau, langkah-langkah kawalan penularan jangkitan COVID-19 sedang giat dijalankan dengan kerjasama rapat KKM, termasuk proses dekontaminasi dan pemindahan pesakit ke hospital-hospital KKM yang berdekatan.

Langkah tersebut ujarnya, untuk memastikan pusat perubatan tersebut selamat dan diyakini bebas daripada jangkitan COVID-19.

Posted on Leave a comment

Malaysia to revisit 12MP in light of COVID-19, weak oil prices – Mustapa

Malaysia to revisit 12MP in light of COVID-19, weak oil prices – Mustapa

Bernama | April 24, 2020 19:17 MYT

Mustapa said the oil and gas sector had a big impact on the world economy — not only Malaysia but also major oil producing countries. – Filepic/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia will need to realign its economic planning under the 12th Malaysia Plan (12MP) in view of the COVID-19 pandemic and the recent oil price crash.

Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Datuk Seri Mustapa Mohamed said planning for the 12MP was done when the economy was okay in 2019 and therefore there was a need to realign although work on the five-year plan, which covers the period from 2021 to 2025, had almost been completed.

“When I came to the ministry five to six weeks ago, the 12MP was almost in place. But with the current situation (whereby) revenues have been affected and, equally important, this new normal, it is going to take a while before companies are revived and the small and medium enterprises (SMEs) can be back on their normal footings once again. Companies are holding back investment decisions.

“So we have to revisit some of the assumptions made in the last few months when preparing the 12MP, ” he said during a webinar session organised by the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) today.

The session was moderated by IDEAS chief executive officer Ali Salman.

Mustapa said the oil and gas sector had a big impact on the world economy — not only Malaysia but also major oil producing countries.

“When it comes to planning, some of the numbers that we crunched earlier are no longer relevant and now we are going back to the drawing board in terms of forecast of economic growth, in terms of allocations — of course, it would be affected — and other implications on the country’s economy,” he added.

Malaysia has been very dependent on the oil and gas sector, which currently contributes 20 per cent of the government’s revenue, and the downtrend in oil prices will affect the country’s revenue.

Mustapa noted that in the initial stage of COVID-19, governments had not anticipated the magnitude of the health crisis’ impact on the global economy.

However, he said, Malaysia was able to weather the storm as the government had been very much focused in combating the COVID-19 pandemic with the support from the private sector and government-linked companies.

In Malaysia, local businesses, especially in the tourism sector and the SMEs, have been significantly affected by the pandemic.

“When it first started, not many people expected the pandemic to last this long. In the beginning, we did not fully understand the full impact. Take tourism for example; the sector has been worst hit. A few hotels have been closed completely as they had very low occupancy rates of five to 10 per cent.

“This is unprecedented. Various organisations have done surveys and shared the findings with us and all those indicated that micro-enterprises and others have been badly affected. Even retailers have been telling us that their businesses have been badly affected,” he added.

He noted that the authorities would likely consider opening up more sectors as the Movement Control Order entered the fourth phase between April 29 and May 12.

“Going forward in the next few weeks, there will be more people coming back to work, including the SMEs, that would further lighten the burden of Malaysian workers,” said Mustapa, adding that fiscal injections via stimulus packages would stimulate consumption.

“The gradual opening of the economy will continue to drive private consumption. It has got to do with confidence, but at this time, there is a change of consumer buying pattern as people are spending on food and essential products such as medicines.

“Going forward, we have to depend on the private sector as businesses are opened and tourists start coming in by next year to drive a total recovery of private consumption,” he noted.

According to him, COVID-19 also provides an opportunity to reform the Shared Prosperity Vision 2030.

“In a way, it is an opportunity to have a look at the fundamentals, of how we have been doing things in the past. We have to speed up digital government. We have done well in that initiative, but we have to look a lot more into that as well as on digital commerce,” said Mustapa.

Asked whether the government would consider re-introducing the Goods and Services Tax, he said: “The focus now is on the bread-and-butter issue. No one is left behind. The priority now is the current situation. Middle- to longer-term issues will have to come later.”

— BERNAMA

Posted on Leave a comment

COVID-19: KERAJAAN PAHANG UMUM 6 LAGI INISIATIF

COVID-19: KERAJAAN PAHANG UMUM 6 LAGI INISIATIF

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 22 APRIL 2020: Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan enam lagi inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak pandemik COVID-19 di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif pertama adalah sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 2,400 veteran tentera berpencen tanpa gaji yang menjadi ahli Persatuan Veteran Tentera Negeri Pahang dengan jumlah peruntukan RM90,000.

“Insiatif kedua adalah sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 anggota sukarela Rejimen 505 Askar Wataniah dengan nilai peruntukan sebanyak RM45,000.

“Kerajaan Pahang juga memberi sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 565 nelayan tidak berlesen dengan peruntukan RM84,750,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Dato’ Sri Hj Wan Rosdy berkata, inisiatif seterusnya adalah barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 penerima sepertimana dipohon oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan nilai peruntukan RM15,000.

“Seterusnya adalah sumbangan kepada pengurusan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kerana menanggung perbelanjaan makan dan minum 60 pelajar anak Pahang yang kekal tinggal di rumah sewa dengan nilai peruntukan berjumlah RM20,000,” katanya.
Menurut beliau, nilai keseluruhan bagi keenam-enam inisiatif terbaharu ini ialah RM614,750.

“Dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Pahang sebanyak 28 inisitif dengan nilai peruntukan RM24.962 juta atau kira-kira 3.37 peratus daripada Bajet Negeri Pahang 2020 sebanyak RM739.89 juta
“Jumlah penerima keseluruhannya pula melibatkan kira-kira 101,894 ketua isi rumah atau kira-kira 27.86 peratus dari 365,800 ketua isi rumah di negeri ini.
“Diharapkan, kesemua 28 inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya membantu rakyat yang terkesan teruk dengan PKP dalam usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19 ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Posted on Leave a comment

Kenyataan Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 2020

Kenyataan Media Pengumuman Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 2020

Kategori: Berita Semasa

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa‘ala alihi wasahbihi ajma‘in
Adalah dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur, telah memperkenankan Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 1441 Hijriyyah bersamaan 2020 Miladiyyah ialah RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Sahaja).
Semua umat islam di dalam negeri ini hendaklah mengeluarkan Zakat Fitrah mereka bermula daripada awal Ramadhan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri.

Memahami keutamaan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan pematuhan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaedah bayaran melalui Amil Zakat Fitrah tidak disediakan. Justeru itu, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) telah menetapkan kaedah bayaran pada tahun ini adalah sepertimana berikut:
a) Secara atas talian (internet) melalui capaian https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/. Hebahan dan perkongsian alamat capaian ini akan dibuat melalui media massa.
b) Aplikasi PahangGo (Akan Dimaklumkan)
c) Aplikasi SnapNPay (Akan Dimaklumkan)
d) Zakat Fitrah Pahang 15888. Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat bayaran secara atas talian (internet) seperti di atas.

Kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah 15888 ini adalah pilihan kepada mereka sepertimana berikut ;
i.Tidak mempunyai kemudahan membuat bayaran secara atas talian (internet)
ii.Tidak mempunyai anak atau saudara mara atau individu yang boleh membantu membuat bayaran secara atas talian
iii.Tiada wakil untuk membayar Zakat Fitrah secara atas talian bagi pihak mereka

Melalui kaedah ini, pihak Majlis akan mendahului bayaran bagi pihak pembayar dan memerlukan pembayar membuat bayaran semula kepada Majlis selepas berakhir tempoh PKP.
Jika ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam tempoh Ramadhan dan khidmat Amil Fitrah disediakan maka kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah 15888 ini tidak lagi disediakan.

Keharusan menggunakan kaedah bayaran melalui Zakat Fitrah Pahang 15888 ini adalah berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Syarak Negeri Pahang.
Selain kaedah-kaedah bayaran yang dinyatakan di atas, pihak Majlis akan terus meyediakanlain-lain kaedah bayaran alternatif kepada mereka yang tidak kemudahan membuat bayaran secara atas talian (internet) agar tanggungjawab menunaikan Zakat Fitrah dapat ditunaikan.

Sesiapa yang didapati memungut Zakat Fitrah tanpa dia diberi kuasa atau dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ini umat Islam digalakkan menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah dan juga patuh dengan apa-apa ketetapan pihak berkuasa selama tempoh PKP ini berkuatkuasa.
Di kesempatan ini, saya bagi pihak Majlis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan selamat menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ini.

Sekian, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain,
DIMP.,SAP.,AMP.,PKC.
Setiusaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
TARIKH : 23 APRIL 2020M / 29 SYA’BAN 1441H

Posted on Leave a comment

COVID 19 : SUMBANGAN BARANGAN MUIP DI PUSAT KUARANTIN ???? DAN ????

COVID 19 : SUMBANGAN BARANGAN MUIP DI PUSAT KUARANTIN ???? DAN ????

??????? 20 April 2020 bersamaan 26 Syaaban 1441H

Dua buah pusat kuarantin di daerah ini menerima sumbangan barangan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Sumbangan barangan berupa al-Quran, surah Yasin, kain pelikat, telekung serta alat mainan untuk keperluan mereka yang dikuarantin di Pusat Kuarantin KPTM dan HTAA.

Posted on Leave a comment

COVID 19 : BANTUAN KEWANGAN MUIP MELANCARKAN OPERASI HTAA MENANGANI COVID 19

COVID 19 : BANTUAN KEWANGAN MUIP MELANCARKAN OPERASI HTAA MENANGANI COVID 19

??????? 27 Mac 2020 bersamaan 2 Syaaban 1441H

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sejumlah bantuan kewangan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membiayai pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan bagi melancarkan operasi pengurusan HTAA menangani COVID-19.
Peruntukan bantuan kewangan berkenaan digunakan untuk pembelian peralatan antaranya televisyen untuk ‘teleconference’, 20 set alat bantuan pernafasan, peralatan screening dan beberapa peralatan rawatan yang lain.
Selain itu, peruntukan sebanyak RM60 ribu juga diserahkan kepada HTAA bagi bantuan khas kepada keluarga pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di hospital ini.

Posted on Leave a comment

COVID 19 : MUIP BANTU GELANDANGAN SUMBANG DAN AGIH 200 BUNGKUSAN MAKANAN

COVID 19 : MUIP BANTU GELANDANGAN SUMBANG DAN AGIH 200 BUNGKUSAN MAKANAN

???????. 7 April 2020 bersamaan 13 Syaaban 1441H –

Golongan gelandangan juga tidak terabai dalam menerima sumbangan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Mereka merupakan golongan gelandangan dan miskin bandar disantuni menerusi pengagihan sumbangan 200 bungkusan makanan. Penglibatan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan, sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO seperti Dapur Infaq serta MRA bagi menjayakakan program ini. Sumbangan diagihkan dari pukul 6.00 petang hingga pukul 8.15 malam.

Posted on Leave a comment

Muip mengagihkan beg bekalan keperluan harian kepada asnaf di negeri Pahang.

Muip belanjakan RM1.8 juta bantu asnaf
NORAWAZNI | | 11 April 2020

Muip mengagihkan beg bekalan keperluan harian kepada asnaf di negeri Pahang. –

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sudah membelanjakan lebih RM1.8 juta bagi membantu golongan asnaf di negeri itu yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Penolong Pegawai Zakat Unit Faqir Miskin Muip, Mohd Nasrul Hakim Mat Daud berkata, sehingga kini pihaknya telah mengagihkan sebanyak 30,715 beg bekalan keperluan harian secara berperingkat menerusi pegawai Muip cawangan dan jawatankuasa masjid.

Menurutnya, jumlah bantuan terbabit dijangka bertambah setelah kerajaan mengumumkan lanjutan PKP fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini.
“Kita yakin lanjutan PKP akan menyebabkan lebih ramai asnaf akan kehabisan bekalan makanan kerana tidak dapat bekerja dalam tempoh lama.
“Jadi pertambahan itu dijangka berlaku dua kali ganda dan pihak kita sudah bersedia serta terus membantu mereka (asnaf),” katanya.

Selain golongan asnaf, Muip turut memberi bantuan kepada mualaf terdiri daripada masyarakat orang asli, Cina dan India di Pahang.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah bantuan yang paling banyak diagihkan mengikut daerah iaitu Kuantan sebanyak 5,050 diikuti Cameron Highlands (4,500), Pekan (4,460), Jengka (3,800), Jerantut (3,600) Temerloh (3,169), Bentong (2,260) dan Raub (1,500).
Mohd Nasrul Hakim berkata, fasa pertama agihan bantuan bermula 23 Mac hingga 6 April lalu dan fasa kedua akan dilakukan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai bantuan untuk orang asli, beliau berkata, bantuan untuk asnaf orang asli banyak dilakukan di daerah seperti Cameron Highlands, Pekan, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera.
“Sebahagian bantuan sudah disampaikan dan bagi kawasan pedalaman akan dilakukan secara berperingkat dengan bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

Katanya, pihaknya hanya mengagihkan bantuan makanan, namun sekiranya ada keperluan mendesak seperti memerlukan susu anak, pegawai Muip cawangan dibenarkan mengambil keperluan itu di Pasaraya Darul Makmur (PDM).